Thursday, July 31, 2008

entah kenapa kawan tergembira jua

Salam.

rasa rindu pula tidak menetuk dada khairabdullah. seminggu rupanya.

seminggu lalu.. apa je ye yang kawan buat.

keluar ngan angah jumaat malam lalu. teman dia karaoke. angah yang tengah mengkodok dalam kisah cinta hidupnya melayan lagu-lagu melankolik teramat sekarang ini. sabtu siang pula menjejak komiknya ke Mutiara Damansara. eh. lambatnya bagitau cerita. hari ni dah jumpa jumaat lagi kan? haahaha.

Belah malam Sabtu pula, kawan menambah rakan jenayah karaoke kawan. penjenayah vokal terbaru: sepasang suami-isteri yang suaminya kuat bergelek, dan sepasang sahabat 'kami-sekadar-kawan-dan-tak-sengaja-pakai-baju-merah-sedondon' mendera tekak sampai ke pagi. supaya tak rasa bagai single yang loser paling cemerlang, kawan tak betah duduk diam. orang gelek, kawan gelek. orang lompat, kawan lompat. owh. bila fikir balik masih loser bunyinye. lanchrit sungguh.

Ahad pagi itu memandulah kawan balik kampung - terus ke kota tinggi sebab mak Abah kawan ada di sana. Berselisih dengan rombongan bermotosikal Tengku Yem di Simpang Perani.. humangaaaai begitu ramainya escort. sementara nak tunggu lineup rombongan tuh selesai, 2 batang rokok habes. huhu. Dalam perjalanan, mintak mak buat lempeng. 1st piece ngan ayam masak kicap. huhhhh.. sedapnyaa. 2nd piece ngan daging kari. 3rd piece dengan sambal udang. tak sempat 4th piece kawan dah terpeot kat sofa- tertido.

petang itu juga terus balik ke pontian. wah, rumah mak dah ada set sofa baru kaler maroon. pasnih kenalah belikan kain langsir maroon. esoknya kidnap kak adib utk bawak mak shopping barang dapur di pasaraya econsave pontian. terjumpa kedai roti baru - MammaRoti. hahaha. ade-ade je. Sebelum menjelang zohor, kami sudahkan perjalanan dengan aktiviti mengeluarkan duit dari akaun tabung haji anak-anak kak adib untuk membeli laptop untuk diorang juga. huhu.

kendian tuh, berlepaslah kawan ke IKWAS. diimport khas untuk membantu mencukupkan bilangan fasi utk slot LDK. betapa terharunya diriku ini, tanpa banyak soal terus bersetuju bila diajak untuk turut serta.

IKWAS.

teringat 3 tahun dulu kawan ke situ dengan ur-ur WAW3271 kaler merah, dok sebilik dengan Safuan. Kagum tengok Ellya yang super friendly dengan semua orang. Terpana tengok Fara Azuin menyanyi. Tergelak dengan gosip rambang adegan hulur belon di pentas. dan terselit bangga kerana kawan terkelompok dalam sahabat-sahabat baru yang serba-serbinya hebat - personaliti, penampilan, bakat dan kepimpinan. dalam pada itu ramai yang kata kawan ni berlagak. takpe. itu kawan tau. sebenarnya kawan ni pendiam dan pemalu tau. dan muka pendiam dan pemalu itu memang sedia dilahirkan royal.. maka kawan tak salahkan org lain kalau kata kawan ni anggek/kerek/sombong/ bongkak mahupun takbur. kalau kawan tengok orang lain dengan air muka kawan, kawan pun akan kata dia lagak juga. takpe. diorang tak kenal kawan lagik..huhu. ahh.. rindunyer.. di sinilah segala-galanya bermula.

...

dan selasa lalu kawan memulakan sesi LDK dengan perasaan yang bercampur-baur. barangkali inilah kali terakhir kawan dapat menjalankan tugas fasilitator ini dalam Program P*D U*g*u*. Manual dan idea yang kami usahakan dulu masih diguna pakai.

"Harimau mati meninggalkan belang. Kawan pergi tinggalkan manual." hahaha.

Teringat LDK pertama yang kawan handle. di INTIM. encik peterpan ada, masih segar dalam ingatan kawan. dan masa itu kawan banyak sebut tentang ketelitian. Meticulous. Sesi kali ni kawan nak emphasize isu menghormati senior. kawan pulangkan saja kat diorang,

"Satu hari nanti awak juga akan menjadi senior. Pasti tak suka kalau ada pegawai baru masuk, tunjuk lagak, atau tanya tandas *T* kat mana..". huhu.

Betapa terujanya hati kawan menyaksikan semangat dan kesungguhan pegawai baru yang dilantik. dalam 2 hari tergambar kesetiakawanan. kalau mintak diorang sebut 1000 perkataan yang skema dalam masa seminit, agaknya boleh kot. Masa ni takde lain, bebalik diorang sebut integriti, ketrampilan, hasrat negara, menurut perintah, komited etc etc yang boleh diassociatekan dengan kep*y*an. kena la pulak kawan yang jadi pemudah cara.. menjadi pemangkin ke arah aspirasi p*y* yang idealistik dan logik, tapi realitinya belum tentu pragmatik. ah. kerana diriku begitu p*y*. tapi betul. harapan kawan, semoga pegawai-pegawai baru ni semuanya bagus, lebih bagus dari kawan lagi..

dalam pada kawan menggebang diri masa L*K, tetiba terima panggilan dari bumi kapal keras itu. alhamdulillah, mofa negara ittew dah acknowledge penempatan kawan di sana, dan gandaan syukur bila diberitakan ada ruang untuk kawan berteduh di bawah bumbung yang sama dengan mofa kita. Alhamdulillah! Hilang stress separuh. huhu. kalau segalanya teratur.. maknanya tak lama dah kawan akan hinggap di bumi sendiri.

balik dari IKWAS, kawan sampai umah jam 1 pagi. kerana kantuk yang mega, kawan tertido dalam kereta sampai kol 6 pagi dengan pintu yang terbukak. tidur dalam kereta di depan pagar rumah sendiri.SUPER LOSER kan?. Sudahnya kawan ke pejabat dengan leher yang ringsa, dan mata separuh terpejam. hehe.

dan tiada apa lagi yang menarik untuk kawan sembang-sembangkan.

entri yang akan datang, kawan akan ceritakan kenapa dada khairabdullah menjadi terhad untuk tatapan umum.

sekian dulu. bye!

Wednesday, July 23, 2008

lelucon dari emel

kawan tgh clean up emel. tetiba terjumpa lelucon ini.
mcm pernah terbaca dalam reader's digest, atau mastika.

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Saturday, July 19, 2008

The solemn ceremony


Sebelum ke sana, di sini kawan berkesempatan hadir ke majlis konvo Melaka-Manipal Medical College. VVIP ialah TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, YDP Melaka.

Glorious n grand, dan kwn terfikir kenapa agaknya cuma 13peratus sebangsa kawan. Selbhnya, sahabat warga C,I dll. I lah yg ramai, 57persen.

adakah ini menanda aras bangsa kawan makan subsidi saja, atau tak berkelayakan menjadi pawang terhormat, atau yg kaya raya tak sudi menaja anak sendiri menjadi pawang, atau sbnrnya tak ramai mampu nak taja anak2 belajar di kolej swasta?

Hmm.. Ponder.

kwn hadiahkan senyum pada semua graduan yg berjaya dan diraikan hari ini. Tahniah! Manalah tau, esok lusa mereka jualah yg kwn mintak ubatkan sakit pening kawan, bini, atau anak cucu kawan.

Malaysia Boleh!

Thursday, July 17, 2008

Once and always


THE LEGEND! i had the chance to actually meet the legend of which i have always wanted to meet when i was in form 1 back in secondary school. He got his name, Esmawadi Mohd Isa, up on two of hall of fame boards. Two!

In dat pic above, he is third from left.

The teachers told us great things about him in assemblies, before we sat for PMR papers, while mentioning about leadership and attitude.. Almost everytime. It was always about him. I got in yr 1993 after he left in yr 1992. Never had the chance to meet him live, and see that qualities in real during my skool years.

It was then. When i got myself easily in awe by other people's achievements and glory, hoping that i could be one as well. Way long before i somehow believed in myself, that i can be just as great, in my very own way, indeed on a different pathway.

Dulu kan kat skool, u wanted to b cool. Kita respect org yg hebat, kita kagum dgn hormat. Simpan harapan nak sama terer, tapi ramai lagi yg power. Bila sedar tak berbakat, enjoy sajalah mana yg sempat.

Hari ini, kwn duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn dia. Kami sama2 dipanggil utk jadi motivator kerjaya memasing utk karnival kerjaya di skool kami - senior wadi citer pasal being a lawyer, kawan merepek pasal servis yg elit ni.

Walaupun tak berapa lama lepak sama, dan premis institusi itu bkn lagi yg kami punyai dulu zaman membesar dulu, tapi kami sama2 bangga. Alumni gives back!. Para peserta, adik2 form four n fivers from esbeepee zon selatan dpt la dgr kwn membebel pasal servis elit ini, dalam masa yg singkat je. Rupanya kwn mmg rasi benda2 lecture n briefing ni.. Huhu. Provided kwn tau luar dalam la topik yg nak cerita.

Bila dah makin berusia menjejak asar ni, i realized those changes.. Seeing myself growing up (now the tummy is growing up fast) and survived through the life journey. And it's kind of cool too to have something remain unchanged, and i'm proud to cling and hold on to our tagline : ONCE A SDARIAN, ALWAYS A SDARIAN.

Tuesday, July 15, 2008

personaliti dalam kod layman

tuan-tuan dan puan-puan..

hari ini kawan terasa mahu menulis lagi.

lately i realized quite a lot of things.
sum nice stuff, sum not so nice too.


1. ada sesetengah orang mampu hidup seperti biasa
tanpa memikirkan apa yang orang fikirkan tentang dirinya.
Lantaklah. This is me being me. Personaliti mereka amat kukuh.
Juga tak peduli apa orang rasa, atau fikir atas
tindakan dan kata-katanya yang menyentuh perihal orang lain.
Pada mereka, dunia perlu menerima dirinya seperti seadanya.

2. ada juga yang super sensitif dengan orang lain.
nak jadi seperti yang dikehendaki oleh orang-orang di sekelilingnya.
personaliti tidak tegar terhadap diri sendiri, tetapi lebih
kepada ekspektasi yang diletakkan terhadapnya. pada mereka,
mereka perlu mengikut arus perdana supaya diterima oleh dunia.

3. a mixture of those two. berlagak macam "Lantaklah, pedulik hape"
tapi sebenarnya amat conscious dengan apa yang orang fikir pasal dirinya.

ilmu kawan tak tinggi, jadi kawan tak tahu barangkali ada terminologi
spesifik yang menggambarkan personaliti yang kawan sebutkan tadi.
Kalau kawan sempat menuntut ilmu psikologi, mesti kawan pandai.

tidak timbul soal yang mana lebih baik. setiap personaliti punya
kelebihan dan kekurangan masing-masing. kawan fikir, personaliti
itu timbul dari pengaruh yang besar tentang bagaimana caranya kita dibesarkan.
dan makhluk yang bagaimana kita bergaul semasa menuju alam dewasa.

personaliti kawan jarang sekali jatuh pada kategori 1. lebih pada no 2. kekadang no 3.

anda bagaimana pula?

Monday, July 14, 2008

careful what u wrote

hoh..

banyak sangat benda nak cite.. hehe.. takpelah, ceriter light-light aje. heavy-heavy i keep to myself ajela. i faced some incidents with this blog, misalnya having queries bout Gabby, or suddenly someone ask me "Tak balik kampung ke weekend lepas?".. out of the blue je. Rupanya, dada blog ini dirayapi silent readers juga.

terima kasih sudi bertandang ke laman kawan. maka kawan tujukan lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk" kepada silent readers yang tengah tersengih kepada dirinya sendiri sekarang ini. hehe.

Ye, back to the topic. bile silent readers memberi reaksi kepada kawan, mulalah kawan terfikir entah siapa lagilah yang meneroka dada khairabdullah ni. dan kawan terfikir pula pada laman sahabat lain yang terpaut pada lengan khairabdullah. apa pula reaksi orang pada laman sahabat-sahabat yang lain, yang terpaut pada lengan antara satu sama lain. Ada yang bahasa lancang, atau berhobi pelik, atau berfikiran radikal, ada juga yang amat leisure seperti tiada yang serius dalam kehidupannya. Kena yang baca tu open minded, oklah. kalau yang mengamalkan polisiall wrong doors, yang serba serbinya salah, itu tak boleh, ini tak boleh, pastu mengadu domba sana sini.. ha.. macamana? (mcm dah terlambat je baru nak fikir semua ni kan?).

yelah, kawan keja bukan dengan komputer macam zaman keja swasta, tapi banyak deal dengan modal insan negara. dulu lagilah, scrutiny tahap gaban. sometimes kan, rasa sesak nafas sebab kawan berat kena jaga nama baik jabate. kena jadi contoh yang terbaik. kalaupun bukan dari segala segi, sekurang-kurangnya pada perilaku dan penampilan. sesak nafas kawan. yelah, kawan orang kampung. kadang gi kedai pakai kain pelekat ngan singlet je, dengan selipar jepun, merempit dengan kapcai. tapi skang personaliti kena jaga. ketrampilan kena tiptop. bulu idung kena trim. rambut kena rapi. ketiak takleh bau asem. kalau bercakap kat depan, ayat kena teratur, liur takleh tersembur. kalau perform, kena jaga pergerakan. takleh gelek yang seksi, atau menyepak angin bila sound system buat hal.

hmm..

itu tak masuk lagi cerita politikus dan strategi permainan tikam keliling yang digunaamalkan oleh sesetengah kelibat orang. u can be strategic, without stepping on others' heads to go up. simple je. yang comel menggunakan senjata senyumannya, yang mulut manis mengucup kata di sana sini.. yang lurus menjadi bendul sepanjang hayat. huahua.

cukuplah pasal cerita yang kotor ni. jijik.

sekarang ni kawan banyak masa utk bersama keluarga dan sahabat handai. balik kampung almost every weekend. balik keja mesti beraktiviti. tambah pulak Angah ada kat KL ni. tapi rupanya tak semua orang dapat kawan penuhi permintaan, untuk nonton wayang bersama, atau keluar huhahuha, membeli sedozen donat, menghadiri majlis kahwin yang meriah, melawat sahabat yang saspek denggi di hospital, atau semudah membalas sms. kawan mohon ampun maaf kalau ada yang terkena sebegitu. dulu 1 henpon pun susah nak reply, inikan pula dah ada 2 ni.. huhu. ada masanya kawan rasa nak menyendiri, umpama hidupku kelak di negara kapalkeras itu, tapi acapkali kawan rasa elok kawan bersukaria bersama semua sementara masih ada kesempatan.

eh, 1-3 Aug ada PC Fair. Jom? Gabby bakal berpindah tangan, kawan kena menikah satu lagi nih

Monday, July 07, 2008

peralatan apakah diriku ini?

You Are Chopsticks
People see you as exotic, unusual, and even a bit intimidating (hoh??).
You are a difficult person to figure out(HOHHH???).

In truth, you try to live a very simple life (yes, correct).
But most people are too frenzied to recognize the beauty of your simplicity.


mentang2 la kawan suka makan sushi..

Thursday, July 03, 2008

Las Irresistablas


I went out to see the supplier tonite. Except for dkny be delicious, the other three bottles of parfum captivated me. Damn. The bottles are super cool. The smell? To die for. Tak penah kwn jatuh cinta pd botol perfume seperti ini. Givenchy ange ou démon, versace bright crystal and cd dior homme.

Kawan jatuh cinta. Ralit je tgk botol2 ni tak sedar masa berlalu. Serious art. Kawan terpesona. Asyik. Cantik. Kalolah kwn byk duit, kwn nak je simpan utk diri sendiri. Freak. Atau wat hantaran kawin. Utk si dia yg tersayang.

Cantiknya.. Kwn ralit lagi..