Wednesday, April 29, 2009

esok

dalam jawatan semasa, ini adalah program pertama yang aku rancangkan. tak sangka juga hampir sangat nak menuju ke hari kejadian.

selalunya program sebegini, zaman dulu-dulu aku in charge sikit aje. yelah. ramai kawan seperjuangan. sekarang buat sendiri. semua sekali.

aku cuba curahkan sepenuh pengalaman dan kemahiran yang pernah ditindikkan kepada diri aku masa bertugas di I*TAN dulu. kalau dulu handle pegawai, sekarang aku handle pelajar pula. benda elok, watpe kita simpan kan? elok kita pakai. banyak kali pun takpe.

bezanya, masa buat aktiviti sebegini kepada pegawai, pengalaman untuk diorang adalah sangat baru, dan diorang akan appreciate setiap perkara yang dipelajari. dengan pelajar, aku harap impaknya positif juga.

doakan semuanya lancar. amiin

Saturday, April 25, 2009

kembali beraksi... yeah!

minggu lalu adalah minggu paling mencabar kesabaran. 

bengkak, sakit, pening kepala, bosan, tak kerja (tak bole kerja), dan tv lcd lg 42 inci itulah yang menemani aku sepanjang minggu.

tekak pahit, rahang takleh gerak, malah ada ulser pula di bibir bawah juga. gosok gigi adalah aktiviti yang tidak fun malah memeritkan selama seminggu.pipi kananku yang mulus itu juga begitu sukar menerima sentuhan. selera makan tergendala.. Masala dosa? Chilli chicken? Nasi goreng? Semua menjadi bubur, atau sup campbell saja.

semua gara-gara gigi sebatang itu.

siriyes, aku lebih rela lari 20 minit dan termengah-mengah atas treadmill sampai tak cukup nafas, daripada mandom macam tu.atau, kena paksa buat sit up oleh Sashi, Karthick, atau Vinodh yang menimbulkan perasaan nak melempang atau terajang diorang sebab paksa aku buat benda yang menyakitkan dan tak berapa efektif ke atas lelemak manjaku. atau, duduk 2 jam dengar 'encik itu' membebel perasan dia best dan dia saja yang betul.

tapi siapalah aku untuk komplen sakit yang tak seberapa ni. tu, mangsa perang kat Sri Langka, manusia-manusia yang kebuluran kat darfur, atau pesakit kanser otak yang dibedah dan terpaksa melalui macam-macam prosedur yang..

cukuplah. aku bersyukur masih dapat hidup dengan kesihatan dan keupayaan normal. 

dan aku tarik balik stetmen tadi. aku tak nak dengar encik itu membebel. huhuhu :) 

esok, saya akan tekun bekerja semula. YEAHHH!

Monday, April 20, 2009

senget, cabut, jahit, bengkak

Semalam kepala aku senget sepanjang hari. Tapi syukurlah, banyak benda berjaya diselesaikan. Lega sekejap.

Akhir2 ni geraham kanan sebelah bawah terasa macam berlubang. Padahal baru je tampal tempohari. Nak makan juga susah. Lepas jumpa dr Vetri jumaat lepas, katanya ada gigi tertanam dalam tulang rahang, maka gigi itu perlu dibuang. Tengok x-ray, memang betul. ada seketul gigi sedang berposing baring dalam tulang rahang aku, dan pembesarannya selama ini menyebabkan infeksi pada tulang geraham, punca uatama kesakitan dan nafas berbau. Huh, patotlah!

Tengahari tadi berjumpa sekali lagi dengan Dr Vetri, dan aku dilayani oleh Dr Madhan. "mild pain sir, i'm going to inject some anaesthetics. Mild? kepala 'toot' dia! sakit bukan kepalang!!

Kreng-krong-kreng-krong.. dikeratnya tulang rahang tuh. krek-krok-krek-krok.. dikorek-korek gigi yang tertanam dalam tulang tu. chroot-chroot-chroot.. dicucinya bahagian yang dikerat, dibelah, ditekan, diumpil dan ditarik2 tadi. zeeet- zooot- zeet-khtappp.. dijahit pula bukaan yang menyebabkan saliva aku sentiasa terembes berona merah darah. Nasib baek numb, kalau tak aku rasa aku salah seorang mangsa American Psycho. Pembedahan 30 minit berjaya dijalankan dengan mulut sebelah kanan membengkak dengan jayanya dan kebas sebelah, kalau kena penampar pipi kanan ni pun boleh rilek je. Teringat kene penampar senior masa aku skolah dulu. huhu.

Aku terus ke farmasi beli ubat-ubatan. Di India, ubat-ubatan memang amat murah. 3-4 jenis ubat yang dalam preskripsi doktor tadi, cuma RM 10 je lebih kurang.

Sepanjang dalam kereta nak balik tadi, pedih, perit, ngilu, semua dah mula terasa. Aku rasa macam nak terajang aje si Bashir sebab boleh pulak dia bawak keta dengan penuh sentimental. Bibir dan pipi aku bengkak makin teruk. Ubat pelali makin hilang kesannya. asik2 aku meludah sebab air liur termangkin secara natural untuk terembes keluar. argh!

Sampai je rumah aku terus jerang air. Campbell soup mushroom aku siapkan 1 mug, masukkan cebis2 roti, makan. fuh.. nak telan pun sikit punye susah. lepas tu semua jenis tablet tuh aku telan. Dan aku tertidur kat sofa sambil tv masih menayangkan sitkom apa ntah tadi bila ubat tahan sakit mula menghilangkan keperitan aku.

Sekonyong-konyong si Pushpa kejut aku dari lena, "Sir, you want to put the sauce in your porridge?". Erk? Time tuh tersedar liur mengalir sampai ke dada. Likat, bercampur darah. Euw! Dan.. kenapa sebelah mata aku berair? tengok cermin, inilah muka yang terpantul:



.
.
.
.
.
.
.



Rajah 1.0: Kelihatan mangsa bedah gigi terpanik dengan kebengkakan mata kanannya.
Mangsa masih panik semasa artikel ini ditaip.



Rajah 1.1 : Cubaan senyum terbaik. Mangsa takleh nganga.. huhuhu



Rajah 1.2: Pandangan sisi kanan. Mangsa mendalami perasaan orang mata sepet.

Rajah 1.3: Pandangan sisi kiri wajah mangsa yang masih boleh tahan. Kwang kwang kwang.


Bos, esok MC ya!?

Sunday, April 19, 2009

Subuh Ahad yang berat.

Kepala aku senget sebelah sekarang.

Migrain, barangkali.

Malam tadi aku ajarkan kak wan Poco-Poco basic dan airwalk. Ada pula orang lain sibuk nak belajar juga. "Cool moves, man!", kata diorang. Ilmu ini bakal diturunkan kepada para peserta konvensyen pelajar nanti. Huhu.. teruja!

Sekembalinya ke rumah aku siapkan bahan-bahan untuk LDK. Khusyuk sungguh mengolah dan menambah baik, maka menaiplah aku siri panduan fasilitator untuk bekalan Khaifil dan Kak Wan. Dalam hati, harapnya panduan ni akan menjadi berguna bila aktiviti akan dijalankan kepada peserta awal bulan Mei nanti. Rock on!

Oh, ini mengelirukan. Arahan ni tak jelas. Yang ni pulak belum siap senarai itemnya.

Ketuk punya ketuk, mentari dah menjengah di ufuk timur jam 5.30 pagi.

.. rehat kejap, 3 jam selepas itu aku dah ada di pejabat.. nak print segala bahan yang aku dah siapkan.

dan kepala aku betul-betul dah senget sekarang ni.

Friday, April 17, 2009

Titip Kasih buat Mak

Sudah genap 6 bulan, 1 minggu.

Pagi-pagi buta aku telefon mak, tanya khabar, gelak-gelak sebab nak dengar mak ketawa. Tapi masih gagal juga nak mengakali Mak. Bila disebut perkataan rindu, kedengaran suaranya sebak di hujung talian.

Mak mengadu sakit tulang belakang. Osteoporosis, lantas visual figura bongkok-empat memenuhi kotak fikiran aku bila Mak dah tak larat berjalan meski 10 minit cuma.

Abah nak bedah mata. Selaput mata tuanya yang dah mengkal menghalang penglihatan. Katarak? Glaukoma? Entah, tapi kalau kedua-duanya aku bawa ke India memang aku nak Mak dan Abah dirawat kat sini.

Aku masih terpisat-pisat memikirkan sama ada nak sambung cuti atau cukuplah 10 hari nanti aku balik Malaysia bulan depan. Tekak mula terbayang nak makan lempeng tepung dengan sambal tumis ikan bilis, ubi rebus dengan ikan sepat masin, murtabak supreme kat Larkin Perdana, satay tepi laut Pontian, Seafood di Kota Tinggi, dan ayam Hotouch kegemaran Mak di Marrybrown.

Konfriiiim balik!! Hari ni jugak nak beli tiket! Cuti pun dah lulus! Yeayy!

"Mak rindu, kalau boleh masukkan kau balik dalam perut pun Mak sanggup"..

..

..terdiam seketika, tapi aku masih cuba melawak dengan Mak,
"laa.. nanti orang kentut dalam perut Mak camana?"

Terdengar Mak ketawa, tapi aku tau Mak tengah menangis.
.. air mata aku pun bergenang sama..

Thursday, April 16, 2009

frustasi

No, my dear readers, me and mydearie are still in good relationship. In fact, I felt better since the yahoo ID fraudulent case. This frustration has got nothing to do with her.

I've been trying hard to carry out this job and responsibilities at my level best (just that kekadang sangat penat and I fell sick, so..)

Somehow, it is damn frustrating when decisions made were against the effort and spirit of certain tasks, against the justified, logical reasons.

Mau cakap apa lagi? Small potato saja mah!

Cakap banyak pun apa boleh buat Jack.. makan roti loh!



Saya yang menurut perintah.

Thursday, April 09, 2009

bizibiiiii..

aku bizi.. jarang aku balik rumah dantercatuk buat kerja tapi kali ni aku MESTI bekerja sampai kat rumah pun kena buat keja; buat agenda, email, buat report, coordinate itu ini, call students. aku tak gi gym yang aku bayar mahal-mahal tu, aku makan awal, dan aku tak kuar ke mana-mana. ofis, rumah, kerja.

dan malam ni aku bersungguh nak tengok American Idol. tapi tv buat hal.. arrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!

Thursday, April 02, 2009

Around India March 2009

Sidang pembaca,

Sekarang baru saya berpeluang untuk duduk sebentar dan mengapdet khairabdullah. Saya di Manipal sekarang. Kejap lagi saya akan berjumpa pelajar-pelajar yang baru saja tiba ke India awal Mac yang lalu.

Kejap tadi, baru je mengadakan sesi bersama beberapa pelajar yang terkandas perjalanan pelajarannya. Kesian ade, geram pun ada. Tapi sebagai abang (owww.. abang!), atau pegawai yang menjaga kebajikan pelajar di sini, saya mengambil langkah bersikap profesional dan memberi peringatan secara bermotivasi supaya mereka berusaha dan mengambil serius dalam pelajaran.

Ni ada beberapa gambar yang saya nak share dengan sedang pembaca sekalian. Sila tatapi!




Lawatan Kerja - ni kat Bangalore dan Tumkur. Lawatan Pengiktirafan juga. Jejaka yang rambut panjang tuh pemilik kolej, dan pelakon filem jua. Cool eh? kelihatan Zairan berusaha menandingi patung model sari di Favourite Shop.. heheh


Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta .. naik private jet ke Davangere tuuu. huhuhu.. kalo naik keta pensan semua ahli delegasi.



Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta lagi. ni kat Pune.
Kitorang dibawa melawat ke pusat biotek untuk bunga-bunga. Teruja!




Yang ni juga lawatan kerja. Saya tak mengiringi delegasi. So berkelanalah sendirian berkenal-kenalan dengan semua pemilik dan pengurusan tertinggi institusi2 nie. Abang penat!




Ni? Keagungan senibina Taj Mahal, seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya. White marble with carvings and precious stones embedded. Saya terkesima. 20000 pekerja. 22 tahun binaannya. 16 petak taman. 57 fountains. 3 gate. 3 makam isteri. 1 masjid di pintu barat..
Saya masih terkesima.




Transit di Delhi - ni Qutb Mina.


Juga di Delhi. Sempat merayap lepas mengadap Dato' kat Hi Comm. Jamma Masjid, antara tourist spot di New Delhi. Kagum betul dengan binaannya, dan kehebatan kerajaan Islam zaman dahulu kala.


Ni di Bijapur. Golgumbaz. Nampak Kubah tu? Kehebatan akustiknya adalah sangat mengkagumkan. kalau kentut pun satu bangunan buleh dengar. Tapi di Bijapur babi berkeliaran mengoutnumberkan bilangan lembu. Haram!! Haram!!



Sebenarnya saya dah mula rindukan Chennai. Apartmen saya.. Fur-fur.. dan owhhh.. kerja pejabat yang banyak tergendala.. aduhaiii. Malaysia lagilah saya rindu. Keluarga, sahabat, dan keenakan kepak ayam.. owhhhhhhhhhhhh...

NAK BALIIIIKKKK!!

sangat

saya sangat bizi, penat, dan kelam kabut serangkai mawar. Rasa mau fensan. Bertabahlah!