Wednesday, August 27, 2008

Dubai


Tempoh transit jam terakhir sblm ke hashemite kingdom

Monday, August 25, 2008

star nite

ni saje kawan bubuh gambar pintu masuk dari dalam d'EssG sempena majlis makan malam YBhg TS bersama peserta deepeeyea bilangan 120o8. kalau perasan di pintu masuk itu digerbangi tetiang ala garden wedding, dan di luar tu ada pameran yang hebat.. amat kemas dan teratur. di dalam, segenap slot dinding ditampal gambar yang dimagnify saiz poster tapi diprint dalam bentuk tiles.. amat smart.. dan menimbulkan aura yang sangat grand. pentas toksah cakaplah.. memang semangat dengan lampu lip lap dan bintang kejora segala...

tapi kalau kawan nak cerita overall.. hmm.. mula dengan kumpulan kawan sendirilah ye:

120o5: penuh dengan perasaan sebak dan pilu. nothin much on the performances, pameran (nanti bias plak kan.. sebab kawan perform dan in charge juga utk pameran.. huhuhu) or hiasan dewan.. tapi aura kesedihan memang berat menyesak dada kami semua. unlike others, malam itu memang malam terakhir kami beraksi di lembah ki*ra.. esoknya semua orang dah kena evac asrama. menjelang jam 11 malam tepat, sebaik dinner itu tamat, kami semua mencabut nametag latar cerah itu (skang dah kekuningan warnanya) menandakan tamat sudah gelaran peserta kursus.. yang menunggu isnin kemudiannya adalah gelaran penolong pengarah, penolong setiausaha, penolong pegawai daerah.. dan kawan juga telah terconvert menjadi penyelaras projek (sebelom ditukar menjadi penyelaras program). di ki*ra air mataku tertumpah.. huhu.

220o5/6: hiasan dewan paling superb. super hebat. kumpulan ini adalah yang pertama mencipta suasana serba baru d'essG denga facelift yang gah. blok-blok abjad sebesar budak darjah satu dengan replika rerama yang melambangkan kitaran metamorfosis sudah lengkap untuk menerjah realiti karier. persembahan yang diingati - nyanyian live lagu hindustan OST cerita Mann yang menyebabkan kawan ternganga dengan tangan memegang sudu tak sempat suap ke mulut sampailah diorang habis menyanyi.. pheuh.. punyalah menusuk kalbu.. tegak roma di tengkuk..

120o7: penuh dramatik. persediaan saaaaaangat last minute. kawan sendiri panas punggung tengokkan persediaan yang agak tergelincir dari jadual asal. tapi biasalah petede nih.. kalau kata jadi tu, jadi jugaklah. hiasan dewan melampau.. penuh d'essG dengan karya lukisan dari Balai Senilukis Negara. kerja encik peterpan la tuh yang jadik floor manager. time nih ada tarian jawa.. koir borneo yang syok [tinggi-tinggi gunung kinabalu.. kinabalu..kinabalu..]... yang seronok time tu tengok expenghulu menari tarian india terhenjut-henjut.. haha.. chomel. paling syok, majalah diorang yang sangat menarik.. hwaahhh!! finale sangat best, lagu malaysia berjaya.. finale penuh impact. terasa puas tu sebab kelam kabut di awalnya terbayar dengan kesempurnaan yang dipersembahkan. malam itu juga kelihatan encik ZP menari tarian bhangra.. katanya tak pernah menari tapi mcm dah biasa je.. it's in the blood bro!

220o7: berbanding kumpulan terdahulu.. yang ini persediaannya lebih teratur. yang kelakar bab pameran.. nasib baik by the time dinner nak start, diowang wat perubahan sket. yang menjadi kenangan adalah persembahan ala-ala boria cum choral speaking cum dramatari cum stomp performance yang sungguh catchy dan bersemangat. ada tarian zapin yang penari wanitanya kenit-kenit .. huhu.. tarian asmaradana yang tersendiri.. dan koir yang akhirnya menjadi jua setelah konduktornya ditukar [barangkali]. nyanyian iringan dinner juga menarik dengan iringan suara latar chipmunks yang akhirnya menguasai pentas dengan alunan vokal mantap untuk lagu kuintai cinta dalam rahsia. dan malam itu majlis makan malam terakhir di bawah pimpinan dato' di in*an.

120o8: yang terakhir, dan paling terkini. hiasan dewan sangat cantik, pameran juga sangat kemas dan rapi. opening tualang 3, mcm 120o6. ada tarian jawa, lagu yang sama mcm 120o6. multimedia guna lagu Gemuruh, mcm 22o06. tarian etnik, ada yang menarik, ada yang macam overdose.. agak ralat sebab agak mencalar kerapian keseluruhan majlis. tapi highlight, yang terbaik antara semua persembahan yang pernah kawan saksikan, adalah tarian jawanya. liuk lentuk, gemalai dan aura keyakinan sangat captivating.. i will pay to see such performance again! memang kualiti terbaik. rapi, precise, penuh art.. one of the dancers really² stunned me. penah tengok aishwarya rai menari dengan hebat dalam filem taal? hmmm.. itulah perasaan yang melanda kawan masa tengok dia menari. endingnya gabungan tarian dengan joget usik mengusik. cute. dan VVIP bergambar sama dengan para performers di atas pentas sebaik persembahan berakhir.

makin lama, it gets better and better. kawan memang seronok tengok persembahan malam kemuncak ni. sebenarnya yang lebih seronok ialah persediaannya. time tu la nak menangis.. nak mengamuk.. nak merajuk.. nak sakit hati.. tapi atas pentas maintain je..

barangkali ini adalah catatan terakhir sebelum kawan terbang ke Hashemite Kingdom esok. sampai jumpa lagi.. doakanlah kawan selamat pergi dan pulang. nervous juga nak ke sana nih. semoga Allah permudahkan segala urusan.. amiiinn

Friday, August 22, 2008

occupied

sekarang ni kawan sedang menikmati detik indah tak cukup tangan wat kerja.

terasa syok.. exponentially better than having nothing to do.

minggu depan diarahkan mengiringi bakal doktor ke Hashemite Kingdom.

kena menyambut ramadhan di sanalah nampaknya..

Wednesday, August 20, 2008

Snippets (..and sing along folks!)

  • Too much of something never do me good. Having loads of naps (er.. sleep?) put me in a sleepless nite and get sleepy the next day. Too much food makes me fat. Too much karaoke bored me (really??.. huhu). Too much work makes me kelam kelibut. Too much leisure makes me lazy. Too much comics makes me hate reading beneficial reading materials even more.

Too Much of Something is bad enough,
But something's coming over me to make me wonder,
Too Much of nothing is just as tough,
I need to know the way to feel to keep me satisfied

Too Much: SG
  • Learn, appreciate and take actions on mistakes on the past. Me, a last minute person. As much as the thrills and frills somehow worked me at my best, I always regret for doing things too late a second to its due time. Studies, especially. Got something big next week and nothing, zero, nada, yillek is in my head now. Failed once, is ok. Twice is frightening, 3rd time? Aiyoooohhh!!


Regrets, I've had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.

My Way: FS

  • Money is soooo not to be saved. It’s meant to be spent. That’s my SOP so far. What matters is how wise u spend em. It’s another thing I always have issues with.. when the calendar struck by the middle of the month. Each day towards end of the month puts me in brokeback fountain status. Not that I’m homophobic, I never like the feeling of being broke. Loser. Big time.

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit: M.N

  • The car is not an asset. It’s a liability, and will lead you to other liabilities as well. Not to mention the ridiculous fuel price, the car alone needs treatments, repairs, and aging for wear and tear degrading condition. U rush, u got tickets. U slow, u’ll be late. U make up, maintenance will be more to look after. U neglect, pay even more.



Mobil mama, mobil papa

Kita nongkrong dipinggiran jalan

Mobil mama, mobil papa

Walau pinjam cepat dikembalikan

Mobil Mama: GF


  • Staying positive is damn hard. To my practice, I tend to become a pessimist and find out ways to turn things into views from the eyes of an optimist. I’m an original pessimist I guess. In a way, yeah, it’s good to think the worst thing that could ever happen. I’ll take all the preventive actions to make things right. I’ll try to look at the matter inside out of the box. But it makes me sick. And people will tell me to chill. And the little loser voice will tell me I’m not good enuff and incompetent if something goes wrong. What do you call that? Perfectionist wannabe? I taught myself the word syukur for things I failed, or unable to get.. and be content, and appreciate what I have around. And what do u call dat? Flawed perfectionist?

'Cuz we lost it all Nothing lasts forever

I'm sorry I can't be perfect

Now it's just too late and We can't go back

I'm sorry I can't be perfect

Perfect: SP

Tuesday, August 19, 2008

the knot - milmozibang


Alhamdulillah.. selamat sudah Milmozibang menikah sabtu lepas. sekali lafaz, dengan intonasi kontrol macho. takleh lupa perasaan terkejut lepas akad nikah selesai tetiba dia bangun dan meminggirkan tetamu.. owh rupanya dia semayang sunat.. huhu.. saspen je. ingat nak pensan ke.. atau tetiba jadi Runaway Groom ke.. hehe.. imaginasi terlampau pulak.
  • Kilko tak rapat dengan Milmozibang memula dulu. In fact, bila dia masuk dan menyemakkan bilik ofis dulu hati kilko berkira-kira penuh curiga. dan senyuman selamat datang itu separa ikhlas saje dalam paparan riak wajah kilko. huh. tapi bile fikir semula dgn kewajaran dan rasional, sebenarnya ruang itu kepunyaan dia sebelum kilko masuk menjajah. and hey, watdeheck.. dia minat menyanyi macam kilko, asal johor macam kilko, anak bongsu macam kilko.. it makes the two of them in one room. cuma tak taulah apa dia fikir pasal kilko plak kan.
  • as time goes by, persahabatan kilko dan milmo menjadi bertambah akrab biler kena perform bersama sepanjang bekerja di unit dipengaw. dari utara ke selatan, ke timur dan barat. p*l*da, ik*as, in*ura, in*im, kaykaybee, d'AssG hinggalah ke borneo juga kilko dan milmo menyanyi bersama semasa dijemput ke negeri di bawah bayu itu dengan persembahan separa akustik. kilko dan milmo juga menyanyi bersama dengan iringan instrumen tradisional Asw*ra yang mana merupakan pengalaman paling unik dalam sejarah perjalanan seni suara kilko dan milmo. breathtaking, sweet experience. hmmmmm. pertama kali rehearse kilko dan milmo terasa amat terharu sehingga terasa ingin mengalirkan air mata T_T. episod itu meningkat ke satu tahap lagi apabila milmo telah merakamkan vokalnya untuk lagu kesukaan pegawai baru petede.. lagu dipengaw. dan dalam studio yang sama, kilko juga tak mau kalah, telah merakamkan Dia / Belahan Kedua. di studio yang sama.. :p
  • kilko dan milmo memang rajin berkaraoke. lebih banyak berkaraoke berbanding pergi berjoging atau ke gym. kilko dan milmo rasa karaoke penting untuk menjaga kesihatan mental. semasa bekerja, atau berurusan dengan manusia, tak semua rasa dapat diluah dengan bebasnya. di karaoke? ye. segala rasa yang halus dapat diluah sepenuh jiwa.
  • kalau insaf dinasyidkan.
  • kalau sedih dibaladakan.
  • kalau gembira dipopkan.
  • kalau marah dirockkan.
  • gitulah kisah persahabatan kilko dan milmo. di sebalik menyusur denai minat seni suara, sebenarnya persahabatan antara kilko dan milmo sudah ibarat satu persaudaraan. bisnes partner..rakan gelak ketawa.. atau sekadar teman makan cuma. tiada apa yang berubah walaupun akhirnya kilko keluar dari unit dipengaw. tak lama kemudian milmo juga melangkah keluar sama. kilko dan milmo tidak lagi berkongsi bilik pejabat yang satu. tiada lagi maki hamun bila pesta berbalas pantun bermula. tiada lagi berebut-rebut siapa beradu di sofa empuk atau di bawah meja..
  • dan menengokkan milmo selamat menikah sabtu lepas, kilko tumpang gembira. banyak sungguh onak duri dan rintangan kisah cinta milmo dan pasangannya. penuh drama dan saspens. dan kilko sebagai seorang sahabat mendoakan yang terbaik untuk pasangan mempelai. semoga masalah dapat diakali dengan rasional dan keterbukaan, dan dikurniakan zuriat yang sihat, cerdik dan beradab. Amin.

Friday, August 15, 2008

Bikin panas


Got dis on my desk dis morning.

Hmm...

Tuesday, August 12, 2008

staying out of shape (and feel good about it)



genaplah 3 tahun kawan tak berkunjung ke gym dengan rajinnya.
seusia perkhidmatan kawan, seusia Zimah, anak sedara kawan di kampung.

zaman dulu kawan kerempeng. akibat chirbhir sebulan kat sekolah dulu, kekerempengan itu berlanjutan ke zaman U.

yang paling tak best bila underweight ni, baju yang dipakai semua nampak tak molek. huh.

4 tahun sudah, kebetulan masa kerja di pelabuhan di kampung halaman, ada sebuah gymnasium kampung baru dibuka. murah saja bayarannya. pemiliknya seorang ahli bina badan.. abang husin namanya. dan membershipnya internasional. Ada Darmoko, ada Pritam, ada Azham, Ah Siang, Prem, dan beberapa anak melayu yang lain.

Seronoknya kami di situ dengan adanya semangat bantu membantu dan support menyupport tak kira ahli baru atau lama. terasa meriahnya, walau alatan sangatlah asas di sana. setiap bulan kami akan ukur lilitan lengan dan dada, tengok kemajuan. setiap hari lepas balik kerja, kawan makan dengan mak abah dan kemudian terus ke situ. merenjis peluh, membakar lemak seluruh badan.

sebulan pertama sakit satu badan. kalau dah main biceps, nak cuci muka pun kejang. muka dibawa ke tangan, bukan tangan ke muka seperti selalunya. tidur pun nyenyak semacam.. yelah dah kepenatan mengangkat besi pejal nan berat tu. tapi keseronokannya lain. kemajuannya jelas. badan rasa kejap walau ototnya masih segan-segan nak membesar. kawan target nak naikkan berat badan ke tahap ideal. Alhamdulillah berisi jugalah dada, lengan dan bahu walau tak setebal dada Darmoko dan abang Husin. diorang masuk bertanding tayang badan. kawan takdelah sampai ke situ..

di gym kampung itu, segala rasa tak puas hati pada bos, dan kecelaruan kerja dilepaskan dengan kerahan tenaga dan jeritan yang sengaja dilepaskan bila menjulang besi. puas. Arrrrgh!

bila dah masuk servis ini, kawan sekadar menjenguk gym sekali dua. entah kenapa hilang terus motivasi untuk mengulang keseronokan itu. Itu pun masa berkursus dan bertugas di IN*AN. Paling jauh pun setakat di Kompleks Komuniti Presint 16. Konon-kononnya belilah majalah Men's Health saban bulan demi meningkatkan motivasi itu, tapi sebagai manusia normal, segala saranan dan nasihat setiap helaian adalah sempadan yang kawan amalkan. Ada ke takleh makan ayam goreng? hish.. ngarut!

kenapa ye hilang motivasi?

barangkali kerana yuran di sini mahal. mengarut mahalnya. karut sangat. di luar batas kemampuan.

barangkali juga sebab kehilangan gym partner seperti azham, darmoko dan abang husin.

barangkali juga kerana berat badan kawan dah sampai tahap ideal. walaupun peratus lemaknya dah melebihi tahap wajar. hahaha.

and i feel good about it.

daa..

Saturday, August 09, 2008

Chilling@chiling


Recce ke chiling berjaya dgn penuh gaya laidback. Trekking sejam, mkn kfc tgh jalan dgn minum sirap yg rafikadhurri bancuh. Perjalanan dari Seri Kembangan singgah KFC, pastuh terus ke Setapak utk fetch cik zni, tembus batu cave-ulu yam-rasa-KKB- dan sampai ke chiling.

Melalui gerbang pertama, hati dah teruja dengar air menderu deras. dalam 5 minit berjalan, sampailah ke checpoint pertama - Jabatan Perikanan Selangor. Kene daftar nama. Dan peringatan sewajarnya diberikan oleh seorang uncle yang dah ada senarai FAQ dalam batu jemalanya.

Lintasan 1 ke lintasan 2 diapit rimbunan paku resam, dan denainya berlopak dan paling jauh utk menjejak ke Lintasan 2 itu. Nasihat, sila pakai kasut yang sesuai. Perjalanan seterusnya lebih tipikal trekking sehinggalah Lintasan 6. Dan di kala ketuyak baru mula berpeluh, terlihat air terjun dan kolamnya yg cantik. Wahhh!

Indahnya ciptaan tuhan. memang super cantik.

Thanx fiqa, zni n nuz for makin this happen :)

Mesti nak gi lagi.. huhu

Friday, August 08, 2008

mahu berkelah di air terjun

salam. :)

entah mengapa kawan terasa mahu sangat berkelah ke air terjun akhir-akhir ini.. bukan nak camping atau barbeque.. cukuplah bawak KFC saje.. dan lepak di kawasan hutan rimba dengan air terjun. mandi, makan, mandi, makan, mandi, makan, mandi..

"Dari jauh bunyi berderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti

Lihatlah cantiknya
Air terjun namanya
marilah kawanku
mandi bersama"

lalalala.. ahhh.. teringat zaman riang sekolah rendah kena nyanyi lagu ni dengan riang rianya. memang ada air terjun di kampung - Air Terjun Gunung Pulai. Tapi sejak 2002, sejak air bah menenggelamkan kampung dengan balak menghempap rumah sekalian penduduk sekitar dan menghanyutkan 3 orang kanak-kanak menyebabkan kemalangan jiwa, Gunung Pulai sudah ditutup. Lepas SPM dulu kami ke situlah merempit sambil makan twisties.

Menjelang usia Asar ni, waterfall terakhir yang kawan lepak, itulah, kisah kawan cramp di gunung nuang tempohari. Mandi tak puas, sebab targetnya bukan nak mandi, tapi nak mendaki. Setakat ini yang paling hebat pengalamannya ialah air terjun Lasir di tasik kenyir dengan senior, puan mamalurvepapa dan cik nishashburn masa di terengganu,



dan ke Sekayu masa observe homestay encik peterpan di sana.



Lasir sangatlah indah, Subhanallah.. cantik, bersih, segar, nyaman, jernih, sejuk.. uh... kawan masih teringat setiap detik kami bermesyuarat di ruang bawah batu berbidaikan air terjun yang ganas menghempas ke batu. siap menggelungsur batu bersama deruan air ke kolamnya, dan bersenggayut dengan tali bak tarzan menerjun botol ke kolamnya yang dalam dan misteri. hilang segala daki dan kotoran. Sekayu pada kawan indah juga, tapi kerana terlalu komersil, maka hebatnya tidaklah segah Lasir.

dan akhir-akhir ini terasa teringin benar nak menikmati dingin air terjun.. berendam dan berenang-renang sambil menikmati alam ciptaan tuhan dengan deria yang 5. maka kawan berkira-kira, jika tidak esok lusa, minggu depan kawan akan menjejak ke mana-mana tempat sekitar selangor. contohnya ke sungai Sendat



atau Chiling?



lebih bernafsu nak ke chiling...

jom, ikut kawan ke sana..

Tuesday, August 05, 2008

Paranoid

Salam..

rasanya yang panas dah jadi suam. mamak bendahara, panglima dan algojo telah menerima raja yang baru. maharani yang memerintah sebelum ini telah bertukar angin ke nusantara seberang sana. sekonyong itu juga hikayat panglima di tanah gersang menyepi seperti buih laut dihempas ombak di pantai.

mengambil iktibar itu, kawan bertindak sama.

kawan masih menimbang-nimbang sama ada butang dada khairabdullah perlu dikatup, atau dibiar terdedah. biarkan nampak warna kulitnya. atau jerawat jika ada. rerambut halus atau kasar pada kekar dadanya, dan barangkali tersalut lelemak tebal di bawah dermisnya. ada yang kata seksi. ada yang kata jijik dan canggung.

..

dan kawan pernah kancingkan, tapi sekarang butang itu kawan tanggalkan semula.
kenapa ye?

..

paranoid?

..

takut?.. barangkali.

..

bila terpenjara dan terhad, kawan dapat rasakan siksanya terkekang. dunia yang luas jadi sempit dan rimas. rupanya bukan kebebasan kawan saja, lamandada ini juga adalah lapangan kebebasan sahabat-sahabat kawan untuk bertandang.

and freedom.. THAT freedom is priceless.

bezanya, lamandada ini sekarang telah terluput catatkata yang kawan rasakan mencuit atau 'tegak ke titik'. kawan dah lesapkan. yang tinggal hanyalah apa yang ada dalam tatapan korang semua sekarang..

kawan nak gi bilik temenung sat. macam berangin je organ dalaman ni..

Monday, August 04, 2008

what women want

Hello.

I got this from a friend via email.
hence i put it here for you ladies to get a better idea of men.

Well, i take number 14 seriously TRUE. hehe. Don't jump. You'll spoil the suspense.

1. WHY ARE MEN SUCH JERKS?

It's a testosterone thing. Much similar to your PMS thing, we men suffer from testosterone poisoning. Why do you think the average life span of a male is typically 10 years shorter (and it's not just from all the bitching and nagging we have to endure)? Hormone modifies behavior. We're just misunderstood.

2. WHY DO MEN ALWAYS HAVE TO OGLE AT OTHER WOMEN?



Again, this is a testosterone thing. Do you honestly think that all the testosterone just fell out of our bodies the moment we met you? Besides, women do it as well. Women are just much better at not getting caught. I'm fairly certain it's some sort of photographic memory deal. Women take one quick look and memorize it for later reference. Since men lack this ability, we try to burn it into our memory by staring as much as we can.

3. WHY DO MEN ALWAYS TOUCH THEMSELVES, ESPECIALLY IN PUBLIC?



We occasionally need to adjust "junior" and make him happy. It's much like adjusting your bra. Being in public is just an added bonus.

4. WHY DO MEN ALWAYS SAY SUCH STUPID THINGS?



We like to. It's actually a whole lot of fun to see our partner frustrated by a few simple (and well chosen) words.

5. WHY ARE MEN SO UNCOMMUNICATIVE?

You'd learn to keep your big mouth shut too if every time you open it you get into trouble with your partner.

6. WHY DO MEN HAVE TO ACT LIKE SUCH RETARDS?

Well, we don't actually have to; we do it because we enjoy it. It's the old fashioned pride in a job well done that's missing in so much of the world nowadays.

7. WHY CAN'T MEN JUST SHARE THEIR FEELINGS?

Do we look like women to you? Why is it so hard to understand that men and women are different? How are we supposed to share how we feel when we have no idea how we feel? Unless we're experiencing some extreme emotion like rage, hatred, disgust, or a brick on our foot, we have no idea how we feel. Personally, I get a headache whenever I try to figure out how I feel.

8. WHY CAN'T MEN CUDDLE MORE (I.E. LIE DOWN AND HUG)?

Please… How many hours do you think there is in a day? We oblige you as much as we can, but who the hell (besides women) can stand lying around for hours on end? We men… Men hunters… Need go roam… Starve in cave… Must go find wildebeest…Now sitting on our asses for hours on end on the other hand is a whole other story.

9. HOW CAN MEN SIT ON THEIR ASSES ALL DAY WITHOUT MOVING?

Men have very powerful sets of sitting muscles developed by evolution that enable us to sit for extended periods of time without getting tired. In prehistoric times, it was often necessary to sit in one spot for extended periods of time while hunting for prey. The more successful hunters were able to sit very still for very extended periods of time thereby passing on this ability to their sons. The fidgety types were all gobbled up by saber toothed tigers etc. The end result is that almost all modern men are born with this innate ability.

10. WHY CAN'T MEN JUST SAY "I LOVE YOU?"
Men are taught from a tender young age to be self-sufficient. To say that we love you is equivalent to saying that we need you. Most men consider that a character fault. It's not easy to admit to one's own character faults
.
11. WHY DO MEN SAY "I LOVE YOU" WHEN THEY HARDLY KNOW ME?

Ho, Ho, Ho… Aren't you special? Well, some men think it's a sure fire way to get into your pants. Surprisingly, it actually still works quite well.

12. WHY DOESN'T MY PARTNER EVER ANSWER ME?

We just simply don't have the energy to answer every single one of your questions. If we think we do not have the answer, or that you will not like the answer, we simply remain quiet and save the energy for other things.

13. WHY WON'T MEN EVER PICK UP AFTER THEMSELVES?

Why should we? It doesn't really bother us that much. Besides, we know darn well you'll pick it up.

14. WHAT'S WITH ALL THE BELCHING AND FARTING?

This usually only occurs after months of courting. It's our way to let you know that we're comfortable with you. Believe it or not, its actually a sign of affection. Besides, holding it for extended periods of time gives us stomach cramps.

15. WHY DO MEN HATE SHOPPING?


It's an evolutionary thing. Men hunt. Women gather. We just want to go out, kill it, and bring it back. Who wants to spend hours and hours to look at things we have no intention of killing? Err… buying?


................


those were not my answers tho. Jangan salah paham pulak yea.. i guess if men stayed that way thru out the centuries there'll be more single women nowadays. but somehow, there are some points to ponder.. just read between the lines :)

glad i'm a man.. hehe