Saturday, October 25, 2008
Diwali Lunch
Ni siang tadi.. gi rumah officer Imigresen Mr Makhan Singh utk makan-makan kat rumah dia sempena nak menyambut Deepavali di rantau orang. Itulah, dalam senarai tugas memang ada tertulis aku kena menghadiri majlis-majlis dan membina hubungan baik dengan agensi-agensi lain.. ni kira menjalankan tugas dengan sepenuh jiwa la ni.
Sebelah kiri tu Khaifil - dia ngan Matrade. Anak dah 3 kepala giler kool..
Yang senyum simpul tuh akulah. Kitorang beriya beli kurta skali bos dia En Zainuddin lagi power.. siap pakai kasut tuh.. kami tewas serta merta.
Far right abang Wan, keja ngan MAS.
Sib baik hari ni Chennai tak hujan.. kalau tak banjir la lagi.
Esok ada majlis penutup raya kat rumah Kak Wan.
Makan lagi!
Bila aku nak rindu makanan Malaysia ni?
Friday, October 24, 2008
aku rindu
Aku admit memang aku rasa sangat rindu kat Malaysia.. especially bila dah malam.. dok kat hotel sesorang.. nak kuar duit tak masuk lagi (sehari dua lagi dapatla kot).. dan aku akan terkenang saat-saat beshh kat Mesia.
- Aku teringat kelazatan kepak ayam dan sushi yang aku bleh gi makan bebila masa aku mau selagi kedai tu bukak.. atau teppanyaki yang panas dengan teknik pemakanan terkial-kial pakai chopsticks
- aku rindu nak drive kat jalanraya dengan kereta auto sambil dengar lagu dengan suasana pemanduan yang amat berhemah. I miss my hur hur..
- aku rindu kat kawan-kawan dan keluarga yang aku boleh jumpa bila-bila ada kelapangan
- aku rindu suasana kerja bila student datang utk dengar taklimat sebelum ke luar negara
- aku rindu IN*AN dan UD*A dan P*C dan PT*Ungg*l
- aku sangat rindu nak karaoke kat kotak hijau..
- aku rindu AST*O
Aku rindu Mesia. I'm officially homesick-in-denial
Sunday, October 19, 2008
5 Things About Chennai Discovered in 7 days

1. Teknik pemanduan sangat hebat. kereta mostly manual.. dan side mirrors bukanlah sebahagian pakej asas kereta baru dibeli. Jalan jem tak hengat. Everything possible.. u turnlah kat memana suka. wrong way pun takder hal. Auto (tut tut-keta roda 3 tu) membanjiri 60% populasi jalan raya.. macam lipas dia mencilok2. Entah camana ujian memandu praktikal diorang kan? sungguh mengkagumkan.
2. Property rent sangat mahal. Bayangkan apartment partly furnished sewa RM4000.00 sebulan. Sangat sukar mencari rumah yang sesuai di sini. Saya semakin stres sekarang ini.
3. Power failure amat kerap berlaku. Langkah penjimatan. Kalau blackout tuh makan sejam dua juga.. berpeluh jualah ketuyak kalau terkena hari yang panas terik.
4. Usah percaya dengan ungkapan "One minute Sir..".. semua itu karut. Kalau tak setengah jam, esok ajelah maknanya.
5. Hati kena kering kontang.. beggars akan tarik2 baju kalau kita keluar.. walau hati meruntun2 nak bagi atas dasar kemanusiaan, tapi atas dasar ekonomi dan keselamatan eloklah elakkan berjiwa mulia sangat.. u'll end up getting mobbed by the beggars..
p/s: diarrhea is a norm. kawan kat sini lawas je.. hehe
Saturday, October 11, 2008
Pemergian yang dinanti [???]
Salam.
Baru saja menjejakkan kaki ke Chennai. Touch down jam 0000 waktu Malaysia, 9.30 waktu tempatan. Alhamdulillah, perjalanannya lancar.. takde beg hilang, takde masalah apa2. Mr Bob, pegawai MAS di Anna International Airport of Chennai menyambut ketibaan kawan sebaik melangkah keluar dari pesawat. Kak Wan pun sedia menunggu kat balai ketibaan dengan Kaleem, dan Abdullah bawak kereta ke hotel.
Baru saja menjejakkan kaki ke Chennai. Touch down jam 0000 waktu Malaysia, 9.30 waktu tempatan. Alhamdulillah, perjalanannya lancar.. takde beg hilang, takde masalah apa2. Mr Bob, pegawai MAS di Anna International Airport of Chennai menyambut ketibaan kawan sebaik melangkah keluar dari pesawat. Kak Wan pun sedia menunggu kat balai ketibaan dengan Kaleem, dan Abdullah bawak kereta ke hotel.
Masih terasa suasana di KLIA beberapa jam yang lepas. Selain Mak & Abah, abang Kamal dan keluarga, Abg Ahan, Abg Jai dgn keluarga, Angah dan dearie.. kehadiran sahabat2 seperjuangan yang sudi turun sama tadi.. Ina, Nakiah, Tilto, Nisha, Fiqa, Rocco, Klynn, Adni, Izzad, Ezri & Era, dan Nazmi & Munie memeriahkan suasana.. Korang memang best.
Thanks atas doa dan sms2 sahabat-sahabat yang lain. Takpelah tak dapat datang..
Ini sekadar perpisahan sementara..
Besar sungguh tanggungjawab nak dibuat kat sini.. tapi kena belajar nak survive dulu. Basic things at least.
This place, antara 2 je.. u may like it, or u may hate it..
Tak sabar nak explore. Esok ada open house kat umah En Sayed. Yeay.. lawatan pertama!
