Monday, December 29, 2008

fabulous five

ONE
Apartment telah berjaya dihuni. I so love it.. cuma agak menyampah sinki master bedroom tersumbat dan berbau t*ngkik. I can fry my fav cucur bilis adabi wif potato now in dat modular kitchen!! yeay! and what more can i say.. i so luv the tuan rumah who agreed to put SCARLET 42" kat living room.. wahhhhhhhhh! tambah plak ngan speka Altec Lansing yang kubawak khas dari tanah air.. hmm kepuasan entertainment rumah yang maksima. I got a maid for daily cleaning.. dengan kadar bayaran yang amat berpatutan. Lega rasanya. Yang best tu baru dok seminggu dah ader 10 students singgah melepak.. meriah rasanya..

TWO
Office juga dah siap direpair. Now I have shifted, and i have my own ruang kerja pejabat and ruang melayan tetamu on my own.. tak sabar nak equip ngan harta modal next year. skang ni semua pinjam consulate punye items. I personally ask the painter to paint baby blue to jive with the blinds. My room before smells like public toilet. Banyak tikus kencing. My xerox machine pun penuh ngan urine tikus tau.. siap tinggal cap jari kaki lagik.

THREE
On my way to Manipal, I was seated next to Natalie Imbruglia. Yes, that Natalie Imbruglia!! the singer of 'Torn' and L'Oreal model. She's a short-haired blonde now and i was so surprised when she introduced herself.
I upload my pics wif her later eh? Tak sangka kat sini baru dapat jumpa..

FOUR
I am now fully recovered from diarrhea. I dun want a hattrick. Cukuplah 2 kali suffer. Though my selera makan masih belum menunjukkan kerakusannya, but i dun hav a bitter tekak anymore. Syukurlah. No wonderlaa dapat status kapal keras, hasilnya cair.

FIVE
Dah lama tak nyanyi, tadi the students mintak guest of honor (akulah tu.. huhu) perform utk cultural event diorang. Teringat zaman jadi peepee dulu. Disebabkan tak siapsiaga.. pakcik acapella-kan saja persembahan itu. Walaupun lutut menggigil sebab tak biasa.. tapi jantungku berdenyut kegembiraan sebab terasa macam kat deeassgee atau audee I*TAN.


Wednesday, December 24, 2008

I Dun Wanna Miss A Thing

Sunday, December 21, 2008

ke cirit bintang

Semua owang musti sudah memasang azam tahun depan. Mau kurus, mau kaya, mau jadi lebih baik.

Kawan tak pandai pasang azam tahun baru. Kawan berazam ikut keadaan semasa.

Kali ni kawan berazam nak melawat beberapa lokasi. Bersungguh nih. Siap beli kaca mata gelap lagi supaya nampak smart dalam flight. Sementelah nak pergi, 2 kolej di Hyderabad kensel last minute. Takpelah.. kawan terus ke Pune. Kat Pune ni.. beriyalah nak observe fakulti perubatan dan pergigian sebuah uni ni.. elok2 kawan nak lawat, kawan kena rawat.

keciritan itu menyerang lagi!

kurus tubuh seksiku jadinya. malamku tidur tak lena, langkah jalanku lemah tak bermaya, dan nafsu makanku tersekat tanpa selera..

esok nak gerak ke Karad pula.. mampukah?

Azam nak melawat musnah.. azam tahun baru ntah camana pula.

Saturday, December 20, 2008

marahnye saya

berhempas pulas hari ini mengemas barang2 dari Malaysia..

tengok2 sos cili tinggal 3 botol je..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Wednesday, December 17, 2008

It's just a House, not Yet a Home

Dearies,

Whenever someone ask me "How do you find Chennai?"
(..I'm not that stupid to answer "on GoogleMaps!!" I will always answer "..lovin it each day.. :)", well, with a smile anybody can tell it's plastic.

I just had my very first dental treatment last saturday.. after so many years. I dun wanna tell u the ugly details. Up to now, I'm suffering this extreme sensitivity even if i gargle for wudu. But the results.. hmm.. confident smiles and brighter teeth. Disebabkan I have this gigi songsang.. the dentist asked me to consider putting on braces and cabut that gigi pemanis wajahku itu..

hmm.. mungkinkah uglybetty 2 tahun??? mungkinkah? oh tak mungkiiiiinn..

I must tell u that I miss blogwriting and blogreading. Nak tulis dengan gaya sesuai juga.. diriku ini sudah teraba-raba. Begitu lama tak menulis dengan gaya bersahaja. Asik kena wat surat formal ngan report je... huhu..

Keciritanku masih berlaku sekali sekala. dah kurus sikit.. walau perutku masih enggan menunjukkan kesan signifikan untuk pengurangan saiz kadar eksponen.

Alhamdulillah jua, sekarang ni urusan mendapatkan kediaman telah 99% selesai.. yes.. I am about to move in to my apartment. Kool. Well, property rent in Chennai sangatlah mahal.. especially biler dia tahu kita ni foreigner. This one I chose is not just for house, but because of the owner too. Dia penah keja kat Singapore and he knows at least what kind of expectation for a house I need. For furniture rentals, I have full access of choosing the items i want. Super kool. Datangla Chennai.. Greenbox dah bukak kat sini.. hehehe..

My personal effects arrived at the house today. 29 boxes jer. Other people brought sampai beratus2 kotak. Well, i can sense that it will be at least 10 times more when I am going back to Malaysia after 3 years.. looking at the way I have been doing my retail therapy so far. Rebecca Bloomwood takes Chennai.. hohoho

But no matter what I do and how much i tried to deny it.. I am missing Malaysia so dearly. I may have a great apartment, but then it's just a house.. not a home.

Miss y'all. Very very much.

Monday, December 08, 2008

Bakr Eid

Sebut Raya Haji owang Chennai tak paham.. they call it BakrEid.

I never really have the thoughts and feelings about missing this particular festive event of Raya Haji.. until this morning my brother called all the way from Kota Tinggi. They gathered for the feast and celebrate with the presence of each other..

..without me.

uh. tetiba mata bergenang bila mak sebut dia masak kuah lodeh ngan kuah kacang ngan ayam masak merah.

Selamat Hari Raya. Kami di Chennai cutinye esok. Nak jek Kak Wan mintak dia wat kuah lodeh ngan ayam masak merah jugak... huhu

Monday, December 01, 2008

Banjir di Chennai, Pengganas di Mumbai

.. dan aku sedang tercungap-cungap menjengah ceruk rantau Karnataka di antara dua lokasi penuh tragedi ni. Di Utara meletup, di Timur tenggelam.

Syukur Alhamdulillah, pada kejadian berdarah di Mumbai tu tengah meletup-letup, aku tengah melawat warga Malaysia, adik-adik bakal doktor perubatan dan pergigian di kawasan lain. Adik-adik semuanya selamat.. takde diberitakan barang seorang pun dimangsakan dalam Tragedi November itu.

Entah kenapa Mumbai berdarah, barangkali merajuk kerana aku tak sudi melawat tanahnya.
Entah kenapa Chennai menangis, barangkali pilu aku tinggalkan hiruk pikuk jalan rayanya.

Di Mysore, lokasi terakhir lawatan aku kali ini, aku diserang frekuensi lawatan yang kerap ke bilik air. Apa mungkin juga Bangalore tak sudi aku singgah lama menghirup udara kotanya, atau Dharwad yang mahukan aku terkulai menggagah tugas. Sudahnya 3 kali aku merenung pintu tandas dengan dahi terkerut-kerut menghalau kuman dengan proses penyahtinjaan, dan menatap lubang buangan itu termuntah-muntah sampai terasa perut senak menyesak dada. Atas, bawah, semua mahu keluar. Sengsaranya bila makanan tak terselera nak dijamah..

Taufan Nisha yang mengganas di Selatan India.. bukan setakat autorickhaw tenggelam, bas pun dah sampai paras bumbung.. berpuluh2 kematian, beribu-ribu rakyatnya kerugian.. dan pejabat aku juga operasinya tergendala dek taufan. Nakal juga si Nisha ni bila dia menjadi taufan..

Hari ni, selesai sudah rawatan keracunan makanan aku. Dah dicabut pun paip-paip halus dan injap dari tertanam di celah kulit. Dah lega.. lepas 4 dos antibiotik masuk berkampit-kampit ke salur darah di lengan kiri. Dalam kene rawatan tu sempat juga menjenguk pejabat yang lencun petang tadi. Nisha.. nisha.. haduihh.. dugaan sungguh!