Thursday, January 29, 2009

Kawan Saya

Saya ada seorang kawan baru. Nama kawan baru saya itu ialah Imran. Muka dia seperti orang arab. Tapi dia sebenarnya orang india. Saya tak berapa kenal dia. Tapi saya mula kenal dia sebab dia sudi bermain pingpong dengan saya.

Sudah dua malam kami main pingpong bersama-sama. Walaupun Imran tak pandai main pingpong tapi dia gigih mencuba. Imran seronok belajar main ping pong. Sepanjang suku abad hidupnya tak pernah tahu apa itu pingpong."Usaha tangga kejayaan!", saya katakan kepada Imran yang asyik kalah dalam setiap pusingan. Sengaja saya biarkan Imran menang sekali. Bukan main lagi dia berwajah bangga mengalahkan gurunya. Harapan saya supaya Imran akan terus menjadi kawan sepermainan pingpong saya. Sebab itu saya bagi dia menang dengan taktik kotor saya ini. Walaupun baru menang sekali, dia telah menunjukkan ciri-ciri bongkak dan lupa diri dengan cemerlang.

Saya seronok bila saya sudah ada kawan sepingpong. Dulu, saya ada ramai kawan yang sudi menemani saya untuk macam-macam perkara. Sekarang kawan-kawan saya jauh dari saya. Walaupun ada masanya saya terasa sunyi, tapi tidaklah sampai saya jatuh sakit kerana rindu dendam yang terlampau.

Sekarang ini setiap pagi saya mesti bersarapan dengan masalah dan dosa. Dulu di Malaysia saya makan juga benda yang sama, tapi dipanggil Masala Tose. Di sini, masala dosa dimakan begitu saja dengan macam-macam pencicah sambal kelapa tu. Sedapnya masala dosa. Masih terbau minyak sapi di celah jari hantu tangan kanan saya.

Ah. tercerita pasal makanan pula. Lapar sebenarnya.

Saya ingin tujukan klip video ini kepada salah seorang sahabat baik saya, nishashburn kerana saya tahu dia mesti akan sukakanya. juga kepada kawan-kawan saya yang lain. Semoga suka. (saya peminat regine velazquez pula sekarang.)



selamat malam. eh.. dah pukul 3 pagi rupanya.. patutlah saya mengarut yang bukan-bukan.

Monday, January 26, 2009

kite runner

3 bulan. hari ni baru habis baca. I skipped my lunch and all my weekend plans sebab terlalu asyik nak menghabiskan bacaan ke helaian terakhir naskhah pertama Khaled Hosseini.

Di sebalik kesungguhan tu sebenarnya aku sengaja cari alasan supaya dok rumah dan tak keluar hari ni sebab duit lenyap 5 digit .. dan tetiba aku rasa aku benci ngan manusia setempat sebab aku dimangsakan dalam arena rampok. Keji. So, novel Kite Runner menemani hari aku dengan penuh emosi dan penghayatan yang tiada taranya.

Aku mengaku aku menangis 3 kali sepanjang aku baca Kite Runner. Tak sangka bleh tersentuh sedalam itu.

First, masa Amir menjadi bacul, membiarkan Hassan dikerjakan dek Assef si bangsat tuh. Dan bila Baba menangis terpaksa merelakan Ali dan Hassan keluar disebabkan penipuan Amir sendiri. Aku tak dapat terima macamana harga sebuah persaudaraan dan persahabatan sanggup digadaikan demi rasa bersalah sebab menjadi penakut.

Second, setelah berpuluh tahun meninggalkan bumi Afghanistan, dan Amir kembali berjumpa si tua Rahim Khan.. dan masa itu Amir discovered Hassan ditembak di kepala bila cuba mempertahankan rumah tuannya.. dengan harapan tuannya akan kembali ke sana. Mulianya Hassan begitu taat setia dan tidak berdendam walaupun dia tahu Amir pernah mengkhianati persahabatan dan kesetian dia.

terakhir, dan adegan yang menyebabkan aku sebak sangat bila Farid, pemandu yang bawak Amir mencari anak Hassan, dia menggunakan dialog yang sama seperti yang Hassan pernah ungkapkan kepada Amir-jan nya sebelum peristiwa berdarah itu berlaku..

"for you a thousand times over".

Time just freezes right after i read that line. I felt like I am Amir, with the huge guilt stinging his heart over the decades for making such life so unfair for Hassan. The lies. The burden. The regrets.

Seperti diceritakan, Amir menangis mendengarkan ungkapan itu dari mulut Farid. Entah kenapa secara otomatik aku pun menangis bersungguh2 juga.

nasib baek happy ending...

Sunday, January 25, 2009

My 100th Entry

I just lost quite a lot of money. I'm pretty sure it's not misplaced. It must've been stolen. tapi apa buleh buat. duit dah hilang. banyak pulak tuh. Inilah cabaran pertama bila nak mula menyimpan. Sabar dan redha sajalah.

I wanted to share this short story with you guys (sambil kepala memikirkan siapa yang curik duit aku tuhhh...)

Just a short one. About four friends with their pride of their kids. I just wonder, have I made my parents proud of me? Teringat dialog dalam cerita 6th Sense.. masa budak tu cakap kat mak dia dalam kereta tuh.. sedeyyyy..


So here goes the story.


Four friends, who hadn't seen each other in 30 years, reunited at a party.

After several drinks, one of the men had to use the lavatory. Those who remained, talked about their children.

The first man said, "My son is my pride and joy. He started working at a successful company at the bottom of the barrel. He studied Economics and Business Administration and soon began to climb the corporate ladder and now he's the president of the company. He became so damn rich that he gave his girlfriend a top of the line Mercedes for her birthday."

The second man said, "That's terrific! My son is also my pride and joy. He started working for a big airline, then went to flight school to become a pilot . Eventually, he became a partner in the company, where he owns the majority of its assets. He's so rich that he gave his girlfriend a brand new jet for her birthday."

The third man said: "Well, my son has been doing pretty well too! He studied in the best universities and became an engineer. Then he started his own construction company and is now a multimillionaire. He also gave away something very nice and expensive to his girlfriend for her birthday: A 30,000 square foot mansion."

The three friends congratulated each other just as the fourth returned from the gents and asked: "What are all the congratulations for?" One of the three said: "We were talking about the pride we feel for the successes of our sons! What about your kid?"

The fourth man replied: "My son is HIV positive. He's a transvestite who makes a living dancing as a stripper at a nightclub.. He's a she, my son by birth, a daughter by now. "

The three friends said: "What a shame...what a disappointment."

The fourth man replied: "No, I'm not ashamed. She's my daughter and I love her. And she's lucky, too. Her birthday just passed and the other day, she received a beautiful 30,000 square foot mansion, a brand new jet and a top of the line Mercedes from her three boyfriends..

Monday, January 19, 2009

kapalkeras menawan khairabdullah

selama ini saya memandang kapalkeras sebagai sesuatu yang kasar, kotor, lambat, miskin, sakit, sesak.. dan sebagainya.

hari ini genap hari yang ke-105 saya melayari kehidupan di kapalkeras.

menjadi tipikal, ada masanya saya berasa agak malang berada di sini. ah, saya mengaku saya tidak segagah itu menepis segala kesukaran sambil berwajah yakin sepanjang masa, lebih2 lagi bila terpaksa meluncur keciritbintang beberapa kali sehingga tubuh terasa bagai tidak bertulang.

menjadi optimis, saya menganggap semua itu sebagai satu cabaran supaya saya menjadi lebih kuat dan tabah. tipikalnya, saya mengambil masa untuk sedar makna sebuah pengorbanan dan menghargai ruang dan peluang di depan mata. maksud saya, ruang dan peluang untuk belajar dan menjadi lebih baik.

menjadi satu perkara yang asing, di luar jangkauan penaakulan fikiran saya yang tipikal dan pesimistik itu, apabila saya tak menyangka bahawa semakin lama saya di sini, saya dapat merasakan yang saya semakin kagum dengan tanah dan warga kapalkeras ini.

terdapat beberapa perkara yang saya lalui, dan karya layar putih yang saya tontoni. Ada beberapa ucapan yang saya dengari, dan bertemu beberapa insan yang wajar saya contohi.

semuanya terdetik mula apabila lelaki itu dengan selambanya mengatakan kapalkeras adalah b*ngsat. Kasar bunyinya, kan?. Saya memang tak kenan dengan lelaki itu, apatah lagi bahasa sopannya selalu keterlaluan. lantas dengan tipikalnya saya memandang serong kepada dirinya secara automatik tanpa perlu dipaksa-paksa. Dalam perspektif keserongan terhadap lelaki itu saya mula mencari alasan bahawa warga kapalkeras adalah jauh lebih bagus berbanding dirinya.

dan di situlah ianya bermula.

nilai kemanusiaan bukan pada warna kulit, bahasa, agama mahupun cara kehidupan. tapi sekuat mana menentang getir cabaran. setegar mana semangat untuk bangkit teruskan kehidupan. sebanyak mana cinta dan kasih sayang bercambah tanpa sempadan. sepintar mana memutar belit keadaan supaya segalanya menjadi kenyataan.

kekaguman saya amat tinggi sehingga sukar saya terjemahkan dalam perkataan. malah agak sukar juga menafsir..

.. kerana kekaguman itu dituruti dengan busuk, kotor, lambat, jahat, putar belit, kasar, sesak, sakit..

saya sekadar mampu mendoakan agar lelaki itu menggunakan akal dan budinya untuk melihat kehidupan. jujur dari hati, sebenarnya saya kasihan. saya juga kasihankan diri sendiri kerana seharusnya kesedaran itu perlu timbul dari otak dan benak saya, bukan melalui kemualan saya pada perangai dan sikap tidak terpuji lelaki itu.

sekian dulu. jumpa lagi!

Friday, January 16, 2009

Palacio

Dear all,

It's almost a month now since I shifted from the hotel to this apartment. I like. Feels like home. dan rasanya cukup selesa kalau setakat ada students atau tetamu sudi nak singgah..

Ok, I tak bubuh banyak2 gambar la. after all ni bukan rumah I pun, cuma rumah yang disewakan untuk i tumpang berteduh jer.

Niat di hati bila I hidangkan gambar2 nie.. harap u ol akan berselera jualah nak menjejak kaki ke Chennai yea. Barulah berseri sikit apartmen I dengan kunjungan u guys.



  • Pic 1 & 2 - Ruang Tamu. Tempat I nonton DVD hindustans.. huhu
  • Pic 3 - The Ruang Makan / hall . Luas nak mampos..
  • Pic 4 - Bilik terapi vokal. Little BlackBox. Sengaje swoh landlord cat kaler pure black on feature wall nan kosong ittew. I nak tampal poster2 artis kat sitteww. I bubuh 2 buah sofa cum bed di BlackBox supaye jika kepancitan sesudah terapi vokal boleh tido terus di sittew. Bijak kan?
  • Pic 5 - kat india rumah diorang mesti ada ruang Pooja. I convert Pooja area nih memula tempat study, pastu nampak tak seswai. So i letak barang2 hiasan sajer. Bangau 2 ekor tu diperbuat dari Gading Gajoh. Walaupon I bubuh di ruang Pooja, bukan bermaksud I menyembah bangau yer.
  • Pic 6 - Ahaa, ini I sediakan khas untuk tetamu beradu. Siap semua dah.. u datang bawak baju je.
  • Pic 7 - Terapi tekak. Little BlowBar. (maknanya blow away ur thirst). I akan furnishkan dengan barang2 nan relevan untuk membasahkan tekak nan kering. Posisinya amat strategik. Bebetul setentang dengan Little BlackBox dan berada di tengah2 semua area. Kalau ader jamuan, I akan bubuh minuman dan dessert di situ. Mungkin kena upah bartender sorang tolong tuangkan oren ker.. coke ker..
  • Pic 8 - modular kitchen. sorry yer berterabur sikit.. maknanya I guna laa tu walau sekadar masak megi, bancuh teh dan goreng cucur adabi sajer.. huhuhu
  • Pic 9 - kamar beradu I. U ol kalau datang, semua bilik kat apartmen ini adalah aksesibel kecuali kamar beradu I.. sajer swoh landlord buh lampu jiwang2 ayam supaya mudah I tidur walaupun di siang hari.. huhu.
OK u guys.. I dah open nie.. kalau mau datang shopping saree, barang2 stainless steel, mahupun lawatan formal.. singgahlah ke Palacio yea. Encik TAYO jangan kater I kekwat tak jemput lak.. huhuhu.












Posted by Picasa

Wednesday, January 14, 2009

got some issues here.

just hate the fact that I am working in the same office with that fella.
it's tiring, and full of tension.
it makes me sick just to think about him.

his attitude.
his shadows.
his voice.
his name.
his st*pi*ity.
his arrogance.

really. he's a pain INSIDE the ar*e

Monday, January 12, 2009

2009 = 29

Entah kenapa hari ni, detik ni baru aku sedar umur aku bakal melanjut ke angka 20-an yang terakhir.

Aku di ambang 30-an.

Patutkah nervous?

Sebelum berusia 30 tahun.. apakah lagi benda yang perlu aku capai?

Adakah aku telah menjadi warga 20-an yang membanggakan?

Adakah aku telah bersedia?

Botox?

er..

Saturday, January 10, 2009

Rafitag

from Rafiqa Dhurri:

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. Kenal sebab jadi petede. Masa kursus. Ntah camana start.. rasa sebab kitorang sesama kewl kot. Tapi dia amat kewl la. Aku kewl dan hot. hahaha

ii. Menjadi amat rapat setelah sama-sama tersama sidang dalam penggal kedua kursus. Aku tak pandai berbual macam cik Dhurri.. aku suker mengarut je ngan dia. Aku rasa kejadian menjadi besfren yang kool biler kitowang kena homestay sekampung. Terbalik Chabang Empat tuh kitorang buat. Teringat arwah Ayoh Mat Puyoh. Al-Fatihah....

iii. Yang best ngan cik Dhurri ialah dia akan bagitau benda yang best dan tak best str8 to ur face. No bullshit. Lepas tuh takyah susah2 nak kaver pape. Nak kentut depan dia pun tak kesah. Tapi pastuh kena pukul lar..

iv. Dia minat muzik. Aku pun. Tapi dia rock. Aku teruna jiwang. Dia berangan bassist. Aku berangan vokalis. Dua-dua pun berangan. Eh, tapi aku dah rekod lagu aper.. huhu.

v. Ntahla, kebanyakan perkara memang disebabkan kitorang tersama sidang tu lah. Berjoget, perform, Chabang 4, beeteeEn, Square [sambil melintas jalan dengan gaya Yayasan Warisan Johor], we ventured the keakraban to the extend of having a pact of being rakan dobi.

vi. Kehebatan Rakan Muda Kongsi Dobi sampai ke peringkat mesin basuh aku pun dia pinjam beberapa bulan. hohoho.

vii. Aku senang berkawan dengan Dhurri sebab dia jenis selambadak (= selamba badak) dan bijak juga menjadi selekeh atau elegan pada masa yang seswai. Perkataan terhebat ciptaan Dhurri ialah 'kasut sedompok' : maksud kasut yang hujungnya bulat dan chomel macam ballerina pakai tuh.

viii. Walaupun sangat banyakperbezaan, servis ini menyebabkan kami share banyak sangat persamaan. Antaranya, sekarang dia juga sedang menghitung hari meninggalkan tanah air untuk berkhidmat di tanah asing. Aku dah genap 3 bulan kat tanah Chennai nih.

ix. Dia kekadang tatau mana duit dia habis. Aku tau. Dia suka sangat berjalan sana sini, kuar sana-sini. Minyak keter la tuh yang makan banyak duit gaji dia.

x. Cik Dhurri adalah orang yang bijak dan realistik. Aktif dan adventure. Gile ya, rasional juga ye. Ala pika apasal 10 je? banyak lagi benda aku nak tulis nie.


2. Tuliskan novel kegemaran kamu

saya bukan pembaca novel tegar. cuma saya masih ingat buku cerita pertama yang saya amat suka selain cerita sedih gadis penjual mancis. Tajuk buku itu Pusaran. Kisah seorang budok yang duko nestapo kerano ibunya batuuuukk. uhuk! Uhuk! bukan.. dia citer pasal budak bela kerbau ke lembu yang bulu menatang tuh ader pusar-pusar dan mereka berkawan baik. Citer tuh best giler.. walau aku dah lupa nama karakter utama.. cuma lembu tuh aku ingat nama dia Pusaran.

Tapi kat Chennai ni aku mula beli buku. White Tiger, Kite Runner, Being Indian, Talk to the Hand.. walaupun dah 3 bulan, 1 pun abes baca lagik.

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang

a) henfon2 aku
b) koleksi vcd karoke aku
c) koleksi perfume aku
d) koleksi kaca mata gelap aku yang baru berjaya dikumpul 2 pasang saje setakat ni
e) souvenir2 yang kwn2 bagi sebelum aku ke Chennai. Sentimentalz uols.

ok, i would like to tag Echah (hahaha echah kena tag!), Tilto, Adninosaurus, TAYO, duniaDinie, Nishahshburn, BebetHotMama, Didiseven, Chech (udah-udah la tuh citer pasal Khalish) and Peterpan. Sajer ranjau korang. huhu..

Slamat mengetag.

Monday, January 05, 2009

.. worth a winding road

I was, again, in Manipal accompanying YB to have a session with the students there.

I always liked Manipal.. but travelling by road for 1.5 hours is some sort of an adventure. Jalan sempit dan bagai ular berkurap kena palu. Pegi pagi balik petang the same day pulak tu.. aduhai..

I was holding up my breath to control myself from throwing out on our journey back to the airport when i heard YB said..

"you're doing well Khairudin.. keep it up"..

..in the midst of the winding road, with the shrieking siren by the police escort jeep, i threw a 'thank you' smiling eyes to YB.

dalam ati berkata.. "tak sia-sia aku ciritbirit" sambil memandang imbasan mentari terbenam di ufuk barat terpantul di muka sungai di Mangalore.

thanx YB. :)

Thursday, January 01, 2009

spill the beans

rupenya echah tag aku. hampir pensan tengok list dia..

The rules:
Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.

(fill in the blanks.. if u felt like ur name is there then u r chosen!)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Myself
First name:
Khairudin

Name you wish you had:
Firhad - ntah.. macam sedap je bunyi dia

What do people normally your name as:
Bang Khai. which I hate so much

Birthday:
15 Mac 1980 - ye.. hampir Asar usiaku

Birthplace:
Pontian, Johor.

Time of birth:
01.30 a.m. - sebab tu susah tdo malam, susah bangun pagi jua

Single or taken:
Single… but taken.

Zodiac sign:
Pisces - ikan yang sukakan air, dan sentiasa berteman

My appearance
How tall are you:
1.72 cm

Wish you were taller:
Tak. Syukurlah dengan ketinggian sekarang. Saya rasa ketinggian saya ini normal dan kacak. (vain)

Eye color :
Brown. Kadang Hazel. suka dok tepi laut dengan harapan mataku akan bertukar biru

Current hair color:
Hitam dengan hairgel. Keperangan tanpa hairgel.

Short or long hair:
Spiky short.

Ever dye your hair a bizarre color:
Ingin juga. Tapi umur dah Asar ni tak payah laa buang tebiat.

Last time you did something dramatic with you hair:
em.. saya tak suka create drama pada rambut saya.

Glasses or contacts:
Both. kalau nak melaram dengan shades, saya pakailah lenses.

Do you wear make up:
Pernah. Masa nak perform. Muka saya rasa macam Pisang Bersalut Tepung. Tak paham macamana pompuan boleh tahan pakai mekap dan berperasaan seperti pisang goreng.

Paint your nails:
Tag ni untuk pompuan dan drag queen sahajakah? Walaupun saya dilabelkan metro, tapi tak penah cat kuku. saya cat dinding.. dan kereta pun saya pernah hantar pegi cat.

Shy or outgoing:
Outgoingly shy. Saya teruna desa yang agak pemalu.. hikhik.

Sexy or cute:
Tag ini untuk perempuan dan adik-adik sahajakah? Saya boleh terima seksi, tapi cute itu agak terlalu comel untuk teruna lanjut usia seperti saya.

Serious or fun:
Serius. lalala.

A turn on:
em.. keadaan cukup isi di lokasi-lokasi yang strategik? (saya berlaku jujur.. jangan fikir saya gatal dan maniac ye)

A turn off:
Bau ketuyak. Gelojoh. Bodoh sombong. - mostly attitude.

This or That
Flowers or chocolates:
both not. saya tidak berapa romantik dan saya tak berapa suka benda yang mmnis sangat sebab saya dah cukup manis untuk semua tu.. hahahaha

Pepsi or coke:
both not. alasan sama seperti di atas.

Rap or rock:
Rock. Rap susah nak nyanyi.

Relationship or one night stand:
Relationship. for multiple night stands.. huhuhu

School or work:
Work.

Love or money:
drop 'or'…

Movie or music:
or = and

Country or city:
suburbs.

Sunny or rainy days:
in between. cloudy and breezy

Friends or family:

I love em all

Have you Ever
Lied:
Tak pernah langsung.

Stole something:
stole quite a number of things. 'meninting' adalah perkataan yang digunakan dulu. sekadar untuk nakal2. ye, saya menyesal dan telah bertaubat.

Smoked:
Never been smoked. I'm not salmon. I'm a casual smoker. Tidak begitu heavy

Hurt someone close to you:
Pernah. tapi bukan suka2. Selalunya sebab saya mau mereka tahu sesuatu yang dibuat itu salah dan perlu diperbetulkan.

Broke someone’s heart:
Pernah. Banyak kali. Bukan kerana orang itu, tapi kerana hubungan itu yang tidak menjadi.

Wonder what was wrong with you:
Em.. pemalas. penyebab banyak perkara menjadi tidak menjadi

Wish you were prince or princess:
tak mau. banyak kekangan.

Like someone who was taken:
banyak kali.

Shaved your head:
Ye.

Used chopstick:
Saya lebih suka fresh chopsticks berbanding used chopsticks. ah.. tetiba teringat teppanyaki dan sushi king.

Sang in the mirror to yourself:
Setiap kali di bilik air

Favourites
Flower:
Plastik - tahan lama

Candy:
Preserved plums

Song:
lagu yang kalau saya nyanyi akan menyebabkan saya terasa seolah-olah saya luahkan semua perasaan saya. : Kabut Serangkai Mawar.. hahaha

Color:
earth tones

Movie:
Hari tuh tengok Dil Chahta Hai. Bagus la cerita tu.

Singer:
Saya peminat Adni. Nazmi. Yantie. MHB. Ayien. Syam. Zul. Tariq. Phachat. Adi.. dan semua orang yang pernah menyanyi dengan saya. Saya suka orang yang tahu menyanyi dan saya kagum dengan kebolehan mereka. Saya tak kagum sangat dengan recording artists, kecuali yang telah membuktikan kehebatan vokal seperti Judika.

Junk food:
Fries, Pringles.. saya giler kentang.

Website:
www.j*pa.go*v.my. Selalulah kena bukak biler dah jauh ni kan..

Location:
TTK Road, Alwarpet. Inilah tempat tinggal saya sekarang

Animal :
Saya tak suka binatang. Binatang ternakan adalah untuk dimakan. Binatang yang bukan ternakan biarlah mereka hidup seperti binatang yang lain.

Ever cried over someone:
Paling terkini masa raya haji tempohari. tak bleh tahan bila mak nangis masa call dia. So, nangis samalah. homesick maah..

Is there anything you wish you could change about yourself:
Banyak. Nasib baik ajaran agama menyarankan supaya kita bersyukur dengan apa yang ada..

Do you think you’re attractive
Mestilah.. dan saya menghargai anugerah itu.. hehe.

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
Tak mau. Saya lebih menjadi diri sendiri. Fairy tale tuh angan2 yang tah hape-hape. Cuma saya amat kesian bila teringat kisah gadis penjual mancis.

Do you play any sports:
Kuak lentang di ranjang. Takde masa nak main. dulu saya suka berenang. Dan main Volleyball. Dan pergi gym. sekarang semua itu adalah sejarah cuma..


Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

Mari kita mulakan dengan 16 perkara paling rawak….

  • saya suka tidur dengan memeluk sesuatu.
  • saya pemalas dan saya tak suka kepemalasan saya itu.
  • saya praktikal dan selalunya saya akan menyampah bila saya gagal organize diri saya sebaik2nya
  • saya sangat suka berbelanja. saya juga adakalanya boros tak bertempat. tapi saya bersyukur Allah kurniakan rezeki kepada saya serba cukup. Saya nak mula menyimpan.
  • saya terlalu dependent dengan henfon. kalau hilang, habislah.
  • saya nak mula main playstation.. tapi saya rasa saya akan menjadi lebih gemuk dan tidak aktif jika saya mulakan hobi baru itu
  • saya benci tapi perlukan kad kredit
  • giler perfume. tapi apalah guna perfume kat india nie.
  • sukar untuk fokus. saya mudah alpa dan terleka dengan benda lain.
  • selalu terhilang arah bile bercakap. paling benci bila kamus dalam otak tak berfungsi bila sedang berbual dalam bahasa inggeris. sekarang, bahasa inggeris saya bertambah baik dengan slanga Hinglish
  • saya tau orang selalu ingat saya ni berlagak dan perasan best. tapi saya tak pun.. cuma memang sejak lahir muka saya dianugerahkan aura yang semacam itu.. hehehe
  • saya benci kafir yang mengutuk Islam. walaupun saya tahu saya ni taklah religious sangat tapi saya benci manusia yang membeza-bezakan dan ingat agama dia je yang elok.
  • saya juga tak suka dengan teori darwin. kalau betul beruk berevolusi menjadi manusia.. kenapa tak nampak pun sekarang ni beruk pegi sekolah, memasak, atau mewujudkan parti politik? kata evolusi.. tak nampak pun. kenapa beruk masih tetap beruk? kenapa?
  • saya juga bencikan vegetarian (bukan sebab agama, jangan salah faham ye.. tapi sebab ETIKA) yang beranggapan manusia maging adalah kejam terhadap makhluk hidup yang lain. Abes, tomato, kentang dan bayam tu bukan makhluk hidup? Etika lah sangat. Saya tak kesah la nak jadi vegetarian, jadilah.. tapi tak payahla kutuk orang yang makan daging. Saya suka makan LambChop tau. marah ni.
  • saya lapar sekarang.
  • saya nak mandi dan keluar untuk makan dan membeli barang di luar.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
azab.. kalau korang nak, korang buatlah.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
echah - dia ni memang suka tag orang

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


1. Do you think you are HOT?
yeah. sometimes 'cool' too

2. Upload your fav pic(s).
takde kat lappie nih

3. Why do you like those picture(s)?
takde la.. saya suka sebab sangat hijau. korang tak nampak kan?

4. When was the last time u ate pizza?
bulan lepas. Pizzahut Chennai. Lepas tu baru tau pizzahut sini serve pepperoni pork.

5. The last song u listen to?
Thank You Guru

6. What are you doing right now besides this?
Chat ngan member kat Bangalore

7. What name u prefer besides yours?
Jon - pendek dan senang

8. People I tag:
[fill in the blanks yourself]

9. Who is No.1 - No.4?
semuanya pembaca blog saya sebab diorang je yang akan fikirkan nama mereka sendiri