Thursday, March 19, 2009

keluar lagi..

hujung minggu ini saya akan keluar dari Chennai sekali lagi.. untuk tempoh yang agak panjang juga. seperti biasa.. 8-10 hari.

Kali ini barangkali saya akan sempat ke Agra. Menyaksikan Taj Mahal dalam perjalanan ke sana-sini di sebelah utara India.

Dalam pada itu saya masih tercangak-cangak merancang konvensyen yang saya nak buat awal bulan Mei nanti..

Dalam hati sangat seronok..

Tapi dalam otak rasa letih juga.

Claim tempohari pun belum buat lagi. And funds are running low now.

Hmm..

Monday, March 16, 2009

Yahoo!

saya tak pasti kenapa.
saya tak feymes.
saya tak cari musuh.
saya tak mahu promosi percuma.
saya tak mahu maruah saya dimain-mainkan orang.

untuk makluman, Yahoo account saya telah diculik dan disalahgunakan oleh seseorang.
password saya telah ditukar. saya tak punya access ke Yahoo! account saya sejak 14 Januari 2009 yang lalu. sejak itu saya tak pernah chatting atau menghantar emel menggunakan akaun Yahoo!. Lagipun, saya memang takde masa nak chatting.

kelmarin, sahabat lama telefon saya untuk mengucapkan selamat hari lahir. Dia juga kata saya tak senonoh menunjukkan 'anu' (alat kelamin) melalui webcam Yahoo! Messenger. Saya belum gile lagi nak tunjuk 'anu' saya walau secara virtual.

semalam, dearsarah kata dia pun pernah nampak perkara serupa.. dan telah melayan lelaki itu berborak di YM tanpa sedar itu bukan saya. nasib baik dia percaya itu bukan saya setelah saya explain. patutlah berbeza layanannya kepada saya.

orang itu tahu siapa saya. tapi saya tak tahu siapa dia.

saya harap kawan-kawan ambil maklum. jangan layan ID glet80 dalam Yahoo!. itu bukan saya. saya tak faham kenapa dia perlu bersusah payah nak pedajalkan saya.

saya tak tahu nak marah ke nak ketawa. saya cuma mampu berdoa supaya apa pun yang dibuatnya janganlah sehingga mencalarkan nama baik saya, keluarga, agama, bangsa dan negara.

kalau nak suka-suka pun, cubalah hobi yang lain.

**shole!

Saturday, March 14, 2009

of nearing 30

Usia saya kini genap 29 tahun.

Menjenguk kembali ke tahun yang ke-28 usia saya.. perjalanannya amat berwarna-warni.. umpama perayaan holi masyarakat utara India dengan serbuk rona pelangi yang dicampak ke sana sini. Dalam angka usia di takat 28 itu saya telah meninggalkan kerjaya penuh suka-duka di Bukit Kiara. Secara peribadi saya terkadang berasa bengkak sendi dan letih akal menjalankan tugas sebagai peepee di sana.. menghadapi isu dan kerenah serupa berkali-kali walaupun kumpulan yang saya kendalikan bersama rakan seperjuangan adalah berbeza-beza.. saya jadi sesak nafas. Tapi tugas diteruskan jua. Di situlah saya kenali erti bekerja secara berpasukan sebetul-betulnya. Melengkapi kekurangan dan kekuatan satu sama lain dalam harmoni. Dan mengenali individu-individu yang hebat dalam perkhidmatan saya. Saya belajar jadi lebih kental, lebih (montel) dan lebih yakin berhadapan dengan pelbagai krisis dan golongan manusia yang pelbagai taraf pangkatnya dan rencam jua keletahnya.

Barangkali untuk menceritakan peralihan hidup dan kerjaya saya adalah sekadar siaran ulangan sebab saya dah ceritakan hampir semuanya dalam entri-entri terdahulu. Percayalah, saya tak terjangka begitu besar peralihan itu. Ada masa saya masih terkebil-kebil dan terkulat-kulat mengimbas kembali betapa selambanya saya membuat keputusan dan betapa gementarnya saya menghadapi keputusan yang telah saya buat. Apa pun.. dah genap 5 bulan 5 hari saya hidup sebagai peneroka, dan perantau di tanah kapalkeras ini atas keputusan selamba saya tahun lepas.

Berbalik pada kisah hari kelahiran saya. Belum pun menjelang hari kejadian, DearSarah dah menyampaikan ucapan awal sehari. UseNa juga. Dan anak sedara saya si Kobang juga dah siap-siap sampaikan ucapan awal sehari masa saya tengah bersiap nak menghadiri majlis hari jadi sahabat senegara di Harrington Road tadi. Rupanya bukan setakat hadir majlis dia, tapi hadir untuk majlis saya juga. huhu.

Tamat sesi potong kek dan makansutra, kami berbondong-bondong ke Accord Metropolitan untuk sambutan majlis harijadi saya dan kak wan juga. Comelnya, saya dapat hadiah hari jadi helai baju.. hehehe.. terima kasih pada semua. Walau jauh di rantau orang, di sini masih ada juga yang sudi menerima saya sebagai sahabat dan keluarga. ramai juga yang hadir. 30 orang. ada tu saya tak kenal pun. kawan kak wan la tuh.

Terima kasih kepada diri sendiri juga, kerana telah menghadiahkan diri sendiri teman tidur yang putih gebu dan berkulit halus bak kapas nan suci.

Bila dah balik rumah dan terkebil-kebil ni.. saya masih terpisat-pisat memikirkan apakah saya sudah menjadi cukup matang dalam usia sekarang. Matang, dalam ertikata melawan kehendak diri dengan dasar relevan dan rasional. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan perbaiki.

Apa pun saya amat bersyukur. Dalam serba kekurangan dan pelbagai kelemahan diri, saya punya seseorang yang teguh dan yakin untuk menerima saya sebagai teman hidupnya walau saya tahu saya kurang beri masa, perhatian dan komitmen kepadanya. Syukur juga, saya masih punya sahabat handai yang masih menghubungi saya sekali sekala, walaupun saya selalu saja senyap tanpa berita. Dan paling utama keluarga di seberang sana yang tak sudah-sudah mendoakan kesejahteraan saya hari ke hari.

Mengenangkan itu semua, saya memanjatkan syukur kepada Allah. Izinkanlah saya menerima berkat dan kebahagiaan ini untuk tahun-tahun yang akan datang jika dipanjangkan usia. Amin.

Tshirt "I survived India!" :Abe Makhan Singh dan Kak Linda bagi.
Tshirt biru yang gambar tengkorak tuh : si Feroz bagi.
Kemeja Rip Curl hitam : Mejar Maniam dan Kak Leela bagi.
Pen parker : Nanthakumar bagi.
Perfume Fash Point : Selva bagi.
Sekotak manisan : Balaji bagi.


dan yang putih gebu ni la hadiah saya kepada diri sendiri.
sangat syok tidur dengannya dengan aircon maksima..
yelah, tido sorang kan sejuk.. selimut kena tebal-tebal
saya namakan dia "fuh~fuh".. ibarat bunyi dengkuran manja saya.

Sunday, March 01, 2009

..setelah hampir lima bulan

Memule khairabdullah.blogspot.com ingin menyampaikan rasa terharu dan berbesar hati kepada fendiosman.blogspot.com dan cik adninosaurus kerana telah memberikan anugerah kepada blog ini. Telah berminggu-minggu dada kekar khairabdullah ini tidak dicoret sebarang berita. tapi tetap menang anugerah bagai Slumdog Millionaire pule lagaknya. terima kasih ye. Saya agak sibuk dengan urusan semenjak dua menjak ni. Boleh kata setiap bulan mesti ada delegasi yang datang. Saya nak datang Malaysia entah biler pulak agaknye ..

Akhir-akhir ini saya dah mula rasakan saya sudah immune dengan keadaan di sini. Tinjaku tidak lagi keciritan. Cuma sekali-sekala.. bila lupa basuh tangan masa nak makan.. atau apa yang dimasak tu adalah masakan sendiri.. hehe.. deadly!

Anway, bukan sekadar pada makanan, tapi juga bahasa perbualan sudah mula ke tahap selesa...
  1. The very first time that someone told that the way I speak in English sounded more like Hinglish was when having a conversation with RafiqaDhurri lat month.. but i didn't really bother much. I tot she was just trying to be funny.
  2. Last week in Bangalore I met Dr. Subba Reddy, dean of one of the colleges about to be visited for recognition. As we were chatting to kill time, he said, "It's very easy to understand your English Mr. Khairudin. I was talking to that professor [sambil menuding ke arah Prof x, delegasi dari Malaysia].. I find it a bit hard to catch up the words he said. You sounded more like an Indian". Muka saya menjadi pucat serta merta.
  3. Last 2 days I called a Dato' regarding some matters pertaining to this year's admission for one college up in Dharwad. His officer answered. A lady officer, sounded like a Malaysian Indian. After a while of explaining and QnA, she finally asked, "You are India Muslim, sir?"
  4. Sepanjang lawatan delegasi dari Malaysia, saya secara automatis menjadi jurugambar. Ada satu ketika saya memanggil semua orang supaya berpaling sebentar supaya gambar dapat ditangkap dengan cantiknya. Sesudah snap, dan menatap skrin kamera seketika, Dr Elise bertanya.."Elok tak?". Tanpa menyahut, hanya kepala saya bergerak umpama menggeleng, tapi semua orang faham mesejnya "OK".
Huh. Barangkali permainan watak dalam episod mengembek di kandang kambing dan mengaum di kandang harimau telah di'overdo'. Saya perlu melayukan English saya selepas ini.

Di sini saya ingin titipkan beberapa foto yang sempat diambil ketika saya bersama delegasi untuk melawat beberapa kolej pergigian. Saya banyak skip yang lawatan kolej tuh.. bukan korang paham pun tengok gamba department of periodontics, orthodontics, maxillofacial, bla bla..

Sila nikmati!