Takde parti pun.. takde apa-apa. Cuma aku tengah duduk sekarang ni memikirkan impak atas segala kejadian yang berlaku semasa mengelolakan Konvensy*en Kepim*pinan Pe*lajar 2009. Baru habis semalam. 'Parti' post mortem tengah berlegar-legar dalam kepala aku. Berjayakah? Berbaloikah belanja duit rakyat bebanyak? Sepadankah penat lelah yang diberi dengan hasil yang dicapai?
Beb, it's super hard to create awareness and to change people. Siriyes. Apatah lagi aku ni bukanlah pakar motivasi, atau cendekiawan bijak laksana. Aku cuma pegawai biasa, yang kekurangan sana-sini.
Betul-betul aku amat appreciate apa yang aku belajar di INTAN. Event management. Protocol. Psychology. Professionalism. 'Plan B'. Communication. Punctuality. Follow-up and follow-through. Time management. Human touch. Reward and punish. Dan Encik Zafli*n, mentor peribadi aku dulu mengajar aku maksud bekerja dengan ikhlas bersama rakan seperjuangan yang lain. Thanks a lot Abang Bulu!
Syukur Kak Wan dan Khaifil sudi membantu sebagai fasilitator. Syukur juga last minit aku bawak Liyaquath, kerani kat konsulat sebagai urus setia. Syukur Tuhan aturkan semua itu.
Sangat banyak dugaan mengendalikan program ni. Setiap malam di Nandi Hills, aku dan urus setia tidur cuma 2-3 jam. Ada satu ketika aku diduga dengan tekanan yang amat berat. Bukan kena tindih dengan makhluk ghaib. Kisahnya VIP jemputan aku, Dato' PT, terpaksa tunggu lebih 1 jam hanya kerana yang tidak bertanggungjawab itu dengan selambanya bangun lambat. Hari aku dimulakan dengan panggilan telefon jam 6.30 pagi daripada Dato' yang sibuk bertanyakan di manakah pemandu yang sepatutnya tiba. Patutnya dia dah siap amek Dato' pukul 6.30 pagi, tapi rupanya dia baru bangun tidur 7.00 pagi. Bang*sat sungguh. Kelam-kelibut aku jadinya. Tak keruan hidup aku sepanjang hari.
Betul-betul mencabar batas kewarasan dan amarah aku. Tapi dengan penuh wajar aku aturkan kenderaan lain untuk Dato'. Selesai masalah seketika, walaupun kredibiliti tercalar dan kesabaran teruji. Dalam masa yang sama, ketara sekali disiplin dan penampilan pelajar sangat teruk. Tak menepati masa, malah selekeh, walau berkali-kali aku dah ingatkan. Aku amat kecewa, dan amat takut pelaburan duit rakyat ni sia-sia belaka. Bukan duit aku. Duit rakyat! Disebabkan tekanan mental dan emosi bertalu-talu, akhirnya aku kecundang jua. Aku mengaku aku sangat tertekan sampai menitik air mata aku depan students. Katalah aku cengeng. Katalah aku lembik. Barangkali bahu aku tak mampu lagi menanggung beban dek terlalu menahan sabar, merasa kecewa, dan terlalu mengharap sampai aku terpaksa bayar dengan beberapa rembesan air mata anak jantan yang memang tak boleh ditahan-tahan lagi. Atau barangkali aku terlalu penat dan aku tak tahu apa lagi yang mampu dan terdaya aku buat dengan kederat yang ada dan tulang empat kerat untuk kelolakan semua benda dalam satu masa yang sama.
Sudahnya, dengan geram dan sakit hati yang masih berakar dalam tangkai jantungku itu, semua orang aku sembur. Bos driver tu pun aku maki sesedap rasa. Aku terus cakap dia bodoh sebab tak pandai mengajar driver dia kerja sebagai driver. Driver tu pulak tak payah cakaplah.. kalau aku tak fikir aku ni pegawai dan aku memegang imej negara, maki hamun aku mesti dah berbakul-bakul. Students? hmm.. 1 jam aku membebel dengan intonasi marah non-stop.. dan aku rasa budak nak kentut pun takut.
Begitu tertekan dengan frustrasi, aku lepaskan portfolio aku dengan rasminya pada petang itu sebagai pengelola konvensyen. Lantaklah korang nak buat apa pun. Buat la apa korang nak buat. Berambuslah kalau nak sangat balik ke kolej atau berjalan-jalan di Bangalore. Pakailah apa korang nak pakai. Mahu bogel pun aku dah tak mahu ambil kisah lagi.
Bila dah kena marah.. baru la nak buat kerja. Boleh pun pakai lawa-lawa. Boleh pun bekerjasama. Boleh pun bersopan santun, meminta maaf, dan meminta tolong.
Sejarah tercipta untuk diri aku sendiri. Baik, buruk, embarrassing, whatever it is, terpulanglah kepada yang menilai. No regrets though, I learned my lesson very well. Really well.
Hari ni aku masuk pejabat. Penat masih terasa. Tapi dada aku rasa lapang.
Urat dan sendi masih sengal. Laporan masih dalam progres. Aku dah tak daya nak fikir sama ada program ni berjaya atau tidak tapi ramai pelajar berterima kasih dan memohon maaf. Biasalah tu. Aku rasa aku dah cuba yang terbaik menjalankan tanggungjawab. Biarlah kalau tetap ada yang degil tak mahu berubah. Aku dah tak marah.. sebab aku akan sentiasa ingat moment seorang pelajar berbangsa Cina, semasa bersalaman, tunduk mencium tangan aku semalam.
Terasa penat semua hilang serta merta. :)