Friday, August 28, 2009

sayu jumaat

Hari ni alhamdulillah, sempat ke masjid untuk solat Jumaat. Kadang tuh tak sedar dah masuk waktu dek ralit sangat menaip emel, laporan bagai. aduhaii..

hari ni perasaannya lain sikit. hati berdebar2 nak masuk masjid. lain rasanya. macam nak kena gi jumpa pengetua zaman sekolah dulu.

mungkin banyak sangat dosa berkerak.

atau, entahlah.. tapi syukur juga tak jadi apa2 yang pelik. aku kalau ada rasa menda2 pelik ni mula la nak terbayang kisah-kisah karut dalam majalah Mastika.

Keluar masjid, nampak ada kaunter zakat. berapakah rate zakat kat sini agaknya ye?

Keluar pagar masjid.. berbaris-baris orang mintak derma.. dan mintak sedekah. aku seluk poket.. memula rasa nak bagi tapi kenapa ntah tangan aku tak terkeluar dari poket.

kembara emosi aku hari ni ntah hape-hape.. huh

Thursday, August 27, 2009

bukan sekali

ala.. bukan sekali ni je.. dah banyak kali dah..

masa sekolah dulu..
masa diploma.. lagi best.. lepak ngan opi, jiwan, adek, baroq, lee, nuek.. kat paroi jaya. kadang sorang je.
masa degree lak sesama ngan naain, izzad, nuat, hairi, syed, farralala, shasha. kadang buka sorang gak.
kat KL pun selalu je.. buka pose sesorang. kadang buka dalam kereta je.. sebab jem.

benda biasa je ni.. buka puasa sesorang..

kat Chennai ni.. ala.. sama je.. lek aa.

mungkin bezanya takde bazar ramadhan.. dan tak jem macam kat mesia.

Tuesday, August 25, 2009

debug me

the syntax error message keeps on popping out when i want to execute the script of instructions to initiate something productive.

debug me.. please.

i know what dis bug is called. as I talked to khaifil, we call this bug as "ketepuan bekerja".

hari ni kena ke Bangalore lagi.. ada 50 pelajar nak sampai..

.. debug me!!

Thursday, August 06, 2009

bad.hair.cut

Untuk jejaka berambut pendek macam saya.. kalau tersalah potong rambut memang tiada ampunannya lagi. Minggu depan nak jejalan.. rambut saya dah kena keretung, siap senget sebelah kepala saya jadinya. Oleh yang demikian, minggu hadapan saya akan jejalan dengan memakai topi. hmmm..

gelak guling2

aku perlukan fun yang euphoric akhir2 ni. dan tetiba ader member call pakai voice converter mcm suara baby.. aku gelak pecah perut. sungguh kelakar.

pastu dia seronok dengar aku gelak non-stop, dia call aku lagi 3-4 kali guna suara pompuan, suara pembunuh bersiri 'scream', suara baby dan suara chipmunk.

dan aku gelak lagi sampai mengalir air mata.

lama tak gelak bersungguh-sungguh.. hilang separuh stress aku.

yang best tu dapat hilang stress tak payah bayar walau se-paise pun. huhu.

Sunday, August 02, 2009

yang ada.. yang tiada

  • Natraj menarik diri daripada ahli rombongan minggu depan.. akibat perhitungan kewangan tersasar di Dubai bulan lepas. sebab dia bagi Bvlgari Extreme sebotol.. maka aku tak amek ati la dia tak join rombongan. huahaha
  • Lumix TZ7 pujaan hatiku dah jadi milik Kak Wan. Hmmm... kamera apa pulak nak dibeli lepas ni. DSLRkah?
  • SET700 juga akan berkubur di kedai JJ esok. Trade in dengan NokiaXM 5130.. yeay.. :)
  • Karpet warna warni yang dikelepet oleh Kashmiri durjana di Bangalore telah aku tukar dengan karpet pujaan hatiku yang bertona coklat keemasan dari kedai Kashmiri Durjan itu.. haha.. victory on my side!
  • Kak Wan akan meninggalkan India minggu depan. Malam ni Puan Zarina bakal gantikan dia.. dijangka tiba mlm smlm.. tapi entah kenapa malam ni baru tiba.. huhu.. lawak.. lawak..

keringat tulang empat kerat

Khairabdullah mengaku penat. Benar, 20 hari merantau memang memerah keringat dan semangat. Geliga otak meligat, ada masa apa yang terancang bertukar jadi jerat. Huh.. melayan kerenah manusia memang macam-macam tabiat..

Ada juga yang ramah bertanya.."Dah tau penat apasal buat?"

Entah ye. takde sape pun suruh buat. Sendiri yang gegatal sangat.

Jawapan tipikal khairabdullah selalunya "Why not?". Bukan khairabdullah suka-suka menghabiskan duit rakyat. Pada pandangan orang lain yang berbeza niat, memanglah jalan sana sini tu sesuatu yang hebat. Siap ada yang kata lain kali bawaklah dia sama kalau sempat.

Esok Isnin pulak.. mesti lemas dengan kerja pejabat. Kuuuuuss semangat..