Aku selalu jadi sekretariat.. bukanlah maksudnya aku nak kata aku rajin, terel, mahupun hebat mengurus acara.. tapi semua yang aku buat dulu adalah sebagai sekretariat penuh..
sepanjang 4 hari ni aku bertugas di Bangalore.. seronoknya sebab kena jaga 2 perkara je. Dan membantu memana yang boleh. Jadi peningnya amatlah kurang, walau terpaksa tidur jam2-4 pagi setiap hari dan bangkit sebelum fajar menjelang.
aku terasa juga badan mudah lenguh dan letih. dah berusia badan aku ni.. dalam kereta on the way nak sambut YB dan delegasi kat airport.. asal kelip mata je terlelap.. kelip mata je terlelap.. bunyi hon bukan lagi sesuatu yang jengkel dan mengganggu.. huhu.
esok event dengan student di Bangalore. kena jadi pengacara mejlis. hehehe.
Friday, October 30, 2009
Monday, October 26, 2009
bukan semuanya indah
akhir2 ni jiwa sedikit kacau.
fun things are not quite fun anymore. or probably having too much fun will not do u any good.
some things in life may not be as perfect as per planned. it's so damn easy to say, tapi such a burden to experience on our own.
kadang tu mudah aje nasihat pada orang lain yang perlukan pandangan kita pasal kejadian-kejadian yang tidak diingini. dan bila kena pada batang hidung sendiri.. mulalah teraba-raba.. dan jiwa menjadi kacau.
i tend to think, i've been going through life not the smooth, easy way.. but sometime small things happened and i whine about it for some times, and it actually shook me off! mana pengajaran dari pengalaman masa dulu.. ??
apakah transisi lokasi dan kerjaya ini dah berjaya mengubah nilai-nilai kehidupan yang aku pegang selama ni? hati sudah tukar keras.. dan bila keadaan jadi sikit sukar, aku pun jadi bongok tak mampu berfikir dan bertindak secara matang dan rasional.
aku sentiasa pandang tinggi kat orang lain dan mengharapkan supaya daya intelek, kebijaksanaan dan jati diri sama tinggi dan terpuji, atau lebih dari yang disangka.. terutama sekali pada golongan yang lebih berusia.
tapi makin lama meniti jalan hidup ni, terang sungguhlah kebenaran bahawa usia bukanlah penentu kematangan. pengalaman juga tak semestinya menandakan seseorang itu mempelajari sesuatu dari apa yang terjadi. bukan semua orang tahu mengambil iktibar, dan menghargai pengorbanan orang lain.
ada masanya hati remuk dek perangai orang. tapi apalah guna meratap.. kerana timun tetaplah timun, kalau dilanggar durian hancurlah dia.
belajarlah bersabar, memaafkan, dan lebih bersyukur.
entri kali ini memang tak berstruktur. penceritaan caca-marba. tiada pengenalan dan subjek utama tidak diolah. tiada klimaks atau perjalanan pembacaan yang indah. sememangnya jiwa masih kacau.
sekian.

Wednesday, October 14, 2009
jenazah ke pangkuan
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Seorang pelajar aku di India meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya petang tadi. Esok aku akan ke lokasi embalment untuk menuntut jenazahnya, dan uruskan perkara2 yang perlu supaya jenazah dapat dipulangkan kepada keluarganya di Malaysia.
Barangkali, mungkin sekali akan perlu mengiringi jenazah itu jua ke Malaysia.
Di sebalik aku berkongsi rasa sedih mengenangkan sahabat dan keluarganya yang pasti berduka lara, jauh di sudut hati aku nampak rahmat Allah, barangkali ini sebabnya aku tak dibenarkan pulang berkursus tempohari. Kalau dah balik tu, mesti aku sambung cuti ke kampung halaman yang dirindui selalu, kan? dan mesti aku takde kat Chennai, kan? kalau dah aku takde takkanlah Chief Consul mampu mentahkikkan tindakan yang wajar dengan situasi yang tak pernah diuruskannya itu, kan? ye.. dalam sedih termengumpat pula ye.
Insaf.. insaf. Mohon ampun Chief!
Al-Fatihah buat Fatimatussolihah Aziz.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang syahid berkorban dalam perjuangan menuntut ilmu.. amiiin.
Sama-samalah kita doakan.

Thursday, October 08, 2009
Tuesdays with Morrie
Been trying to finish the book everytime i duduk termenung.
Hope for magic moments but it's not there. The good thing about the story is it's so real, but somehow turned out to be so unbelievably positive. Morrie is such a wonderful man.
Kalau ikut ajaran Islam, semua tuh dah siap diajar. Hidup secara wasadtiah, menyayangi sesama makhluk, memaafkan sesama insan (dan diri sendiri = taubat), menerima qada' dan qadar, kepentingan institusi keluarga dan sebagainya.. yang aku geram tu dia tak mention sikit pun pasal ajaran Islam, kagum ngan ajaran Buddha je.
OK.. back to work. buat kekawan yang gie PAC, selamat bersuka ria!

Monday, October 05, 2009
adakah korang juga macam aku?
aku rasa perangai buruk ni memang sukar dikikis.. sejak zaman aku kanak-kanak lagi.
BILA ADA KEJA, time tu laa aku suka mendengar lagu, menonton TV, membaca buku dan mengemas rumah.
BILA ADA KERJA. takde nye aku nak dapat fokus bebetul, nak pulun habis-habisan.
BILA ADA KEJA jugalah aku suka baca blog orang lain, belek fesbuk, pantang ada update dan friend request mesti aku cecepat approve.
BILA ADA KEJA yang mendesak jugaklaa aku cepat lapar. maknanya aku kena rajin ke dapur, atau mendail Marrybrown.
lepas tu bila keja tak siap2 mulalaa meraban. APASAL LAA AKU TAK FOKUS BUAT KEJA?
Adakah ini ada sebarang kaitan dengan baka? oh, Mak ngan Abah tak pulak macam tu aku rasa.
..
Barangkali, sekadar barangkali, ini ada kaitan dengan sifat semulajadi aku yang tak suka serabut2, tapi malangnya tak tercapai dek tindakan untuk compute yang sebenarnya keputusan untuk menyambil-lewakan sesuatu tugas itu akan menyebabkan keadaan yang lebih serabut..
atau.. aku perlukan kursus time-management?
atau aku dah tepu?
atau aku memang pemalas?
kekurangan motivasi?
atau segalanya berlaku secara kebetulan? telah ditakdirkan aku akan dilanda banyak kerja pada satu ketika dan ketika yang lain aku akan takde kerja sangat sampai boring?
atau entri ini adalah satu lagi alasan kenapa keja aku masih tak siap-siap?
atau aku memang perlukan adanya si dia di samping supaya sentiasa memberikan sokongan moral supaya hidup lebih terurus dan membahagiakan?
uwaa.. aku memang banyak sangat keja sebenarnya sekarang sampai tak cukup tangan!
adakah anda juga seperti aku?
adakah aku tak normal?
adakahhhh?

Friday, October 02, 2009
PROJEK DI RUMAH
hari ni cuti. aku tak mau buat kerja. tapi pepagi buta dah ada call dari KL. benci. disebabkan aku nak melarikan diri dari suasana kerja aku berazam tinggi nak berprojek hari nih.
inilah dia bendanya. cantek, kan!? 2 piece ni setiap satu diukir dari seketul batu marble putih, ditebuk dan diukir sedmikian rupa. dan aku beli dengan harga Rs1200.. siap mintak kaki kayu tuh. kaki kayu tu diukir dari sepotong kayu syesyum, boleh ditutup dan dibuka menjadi kaki. hebat tau! sebab kayu tu macam buruk je aku mintak free.. haha..
Dah angkut tuh, baru aku perasan base menda alah ni dah siap ada lubang. lagilah seronok.. boleh aku dengan lubang yang ada tu. terus pegi kedai hardware, beli barang2 untuk projek:
itu dia tuan2.. test pen, socket, 2-pin plug, power saving bulb, twin cable 2.5 metres. semuanya cuma Rs200.
berlatarkan karpet silk 5x7 yang aku baru beli arituh.. ahak ahak!
hmmmm..
bunyinya macam seronok sangat buat projek kat rumah. memanglah. ianya satu kepuasan.. dengan kebebasan yang ada kenapa kita tak gunakan?
keluar petang tadi aku ternampaklah figura nan mengghairahkan. bargain punya bargain.. seribu dua ratus rupee dia cas aku. cis. tapi takpe.. barang baek bayar lebih pun takper. tertancap saja mataku padanya.. wow.. cantek nihh.. mana boleh lepaskan! dahlah mengalami anhedonia.. keseronokan peribadi mesti dipuaskan! putih pulak tuh... memang aku suka!
jarang aku terpesona macam ni. pelik jugak. kali ni aku selamba je menyanggupkan diri. takpe. kali ni je pun..
bunyinya macam seronok sangat buat projek kat rumah. memanglah. ianya satu kepuasan.. dengan kebebasan yang ada kenapa kita tak gunakan?
keluar petang tadi aku ternampaklah figura nan mengghairahkan. bargain punya bargain.. seribu dua ratus rupee dia cas aku. cis. tapi takpe.. barang baek bayar lebih pun takper. tertancap saja mataku padanya.. wow.. cantek nihh.. mana boleh lepaskan! dahlah mengalami anhedonia.. keseronokan peribadi mesti dipuaskan! putih pulak tuh... memang aku suka!
jarang aku terpesona macam ni. pelik jugak. kali ni aku selamba je menyanggupkan diri. takpe. kali ni je pun..
Dah angkut tuh, baru aku perasan base menda alah ni dah siap ada lubang. lagilah seronok.. boleh aku dengan lubang yang ada tu. terus pegi kedai hardware, beli barang2 untuk projek:
berlatarkan karpet silk 5x7 yang aku baru beli arituh.. ahak ahak!
Sesudah membaca Bismillahirrahmanirrahim.. maka bermulalah projek miniku ini.. memula cocok kabel ke lobang, masukkan buntut soket, buang penebat kabel dan skrukan ketat2. pastu hujung sebelah lagi kita togelkan kabel juga, kendian pasangkan pada 2-pin plug. Hasil?.. tadaaaaa!!