Tuesday, May 25, 2010

balik kampung


makin dekat harinya nak balik Malaysia. Ni kali keempat aku menjejak semula ke tanah air tercinta, dan barangkali sebab kerap semacam itu, aku tak berapa jakun nak balik. macam dah ready sangat je.  huhu.

ekceli ada banyak perkara nak diselesaikan kali ini. selain tarikh 6 Jun untuk menghantar dulang-demulang dan menyarung-cincin-mengikat-janji-setia, aku perlu hadir berkursus juga. oh, bukan kursus yang itu. ni kursus yang aku tertinggal tahun sudah yang mengundang dengan rasa kecewa tertinggal satu perjalanan komuter. syukurlah, masih dibukakan peluang untuk turut serta.

aku telepon mak tempohari. katanya abah dah tak dapat mengawal motions penyahtinjaan chota dan bada nya lagi. kesian pada mak, kadang termuntah2 membersihkan kesan-kesan peninggalan. belum biasa. kesian mak. aku rasa nak kena bawa abah buat 'Ultra Sound scan, tgk post-void residue pada prostate' - seperti kata Dr. Chandrasekhar Chandilya dari Apollo Hospital. Untuk kawalan air kecil, aku kena dapatkan Urimax  0.4mg. hmm.

yang rasa tak seronok tu sebab aku terpaksa tinggalkan pejabat dalam tempoh yang panjang. tapi bila kenangkan asyiklah takde letrik, network kerap sangat down, laporan yang dah dibuat kena taip balik, emel yang hantar tersangkut kat draft. tensi.. tensi.

aku rasa nak buat road triplah. pusing satu semenanjung. siapa nak ikot?

Tuesday, May 11, 2010

award lagi?


thanx Chech - ada ayat yang mengatakan "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa".. maka u pun telah diberikan award juga. sila baca previous entry

award ni ditujukan khas buat 12 orang penerima, yang bila aku baca blog mereka, membuatkan hati saya ceria - menari-nari bagai bunga kembang setangkai ditiup angin yang nyaman. It's not in any particular order tho, so janganlah berebut korang dapat nombor berapa.
lagi 4 aku tak mau bagi.. sebab diorang dah laama tak update blog.

So, untuk yang dah dapat anugerah, silalah publish gambar anugerah itu dalam blog korang, dan seperti biasa berterima kasih kat saya sebab memberi anugerah, kemudiannya memberi anugerah itu kepada yang lain.. nak bagi kat saya semula pun boleh. huhu.

Bye

Monday, May 10, 2010

and the award goes to....


...me!

yeay!

me - as in myself 'khairabdullah the blog'?
hello! :)
lama tak hello korang yang suka skodeng diri ai.
sebab my typist selalu overshadow, i terpaksalah bagi peluang.

owh. I terharu ni.. I dapat anugerah ok!!

eh..

ni bukan untuk i ni..

ni utk typist i..

sentap!

~


aha! (^_^)

1. thank and link the person that give you the award.
Psenk - how to pronounce dat? macam PERSENGKETAAN - amek 'perseng' tu pendekkan jadi psenk.
thanx la.. saya tataw lak saya 'beautiful', sampai layak dapat anugerah.

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
jap.. award ni utk blogger yang cantik kan? so org pompuan ajelah yang buleh dapat ni?
takyahlah sampai 15 kot.. nak bagi anugerah kena ikhlas dan tulus kan??

1. semestinya my Sarah : for having the beautiful patience for me all these years
2. Adninosaurus - for always having beautiful entries, presented in words.
3. Pengkisahan tentang dirinya: FendiOsman - for revealing the good, the bad, and ugly; beautifully.
4. daDIDIdu - short, sweet, and beautiful. your blog, i mean.
5. altitontuya - cakes, escapades, weddings, shoes - in 'beautiful' photos.
6. Mama Khalish - beautiful life, shared.
7. K~Lynn - beautiful listings, everytime.

dan sesiapa sahaja yang berasakan dirinya beautiful sebagai seorang blogger - semua adalah pemenang.

3. contact said blog and tell them they've won the award.
will do - janji India.

4. state 7 thing of yourself.
1. i know i'm very good at doing nothing
2. refer answer no. 1
3. other than doing no 1 (and 2), some people say i'm shopaholic. No I'm not.. naahh..
4. i love traveling. but only with fun people.
5. i love to eat, like my brothers.. but dun wanna be fat, like my brothers.
6. i hate running on treadmills. or exercise for cardio and abs. i'm so gonna be fat.
7. i get bored easily. I do things for the thrills of discovering, and after that will be bored.




Sunday, May 09, 2010

lagu di kotak fikiran

aku minat muzik, tapi keghairahan aku mendengar lagu sangat berkurangan sesudah telinga aku penuh dengan bunyi hon di sekitar india.

sejak bila aku suka muzik? tak ingat.. tapi aku masih ingat perasaan euphoric dan puas lepas dengar lagu masa zaman aku kanak-kanak. lagu apa ye? tak ingat, tapi itulah, rasa macam 'terbang'.

antaranya, aku rasa masa aku tertonton Siti Nurhaliza masa dia perform Final Bintang HMI - yang telah mengubah hidupnya selepas kemenangan tu.

tercopong aku masa tengok dia nyanyi.

dan sedekad lalu bila aku mula berjinak2 menyanyi, aku makin faham, secara praktisnya, bukan mudah menyanyi.

di hari minggu yang tenang ni, aku halwakan telinga dengan mengyoutubekan diri, mencari semula rasa 'terbang' yang siti bangkitkan dulu.

tiada. nada, yillek.

tapi adalah satu klip ni yang aku rasa aku suka tonton, dan berharap dia tak transform jadi Mariah Carey yang suka nyanyi lagu pop upbeat yang takde jiwa, dan hilang peminat selepas itu, dan bercerai, menjadi gemuk, depress, kemudian kahwin dengan lelaki muda.

terlebih imaginasi di situ.

kalaulah dia masih akan menyanyi seperti ini..



untuk ezri - post bergambar

 ni gambar isi perut Gateway of India, dipancar mentari petang


punyala ramai manusia.. bau pun memacam juga. huhu

 kehadiran british digalakkan dan amat dialu-alukan?

itulah bot-bot yang akan membawa penumpang ke Elephanta - tapi aku tak naik sebab rimas.
 Gateway of India dari jauh, masa aku berjalan2 sambil berpeluh2 dengan hebatnya

 antara bebangunan yang menarik kat Mumbai. 

 art museum - tak rasa nak masuk juga.. hehe

 opis imigresen kat Mumbai

 tempat tumpang tidur- apartmen Azam

 ni kalau aku tak silap stesen keretapi dia - CST

 bangunan lama-lama kat mumbai.. banyak mcm ni

azam dan anak-anak dia - ayip dan ami

 orang mumbai mandi air laut - air masin?
 ni rumah shah rukh khan. tapi dia takde kat umah. jejalan kot

 
ni udang yang dikeringkan.. perisa mungkin ada sikit lain sebab aku nampak burung tu mentinja

Monday, May 03, 2010

Hari Keluarga

Sekadar melepaskan geram. Bukan menyimpan dendam. Hati sakit ibarat sakitnya kembung perut, dan menjadi lega bila mengentut.

Seharusnya, perkara mengendalikan hari keluarga ni dengan mudahnya boleh menjadi seronok dan penuh sukaria - baik dari segi perancangan, pelaksanaan sampailah kepada pembersihan.. sebab apa yang kita buat semua untuk kita-kita jugak, kan?

plan asal nak buat 2 Mei, telah diawalkan jadi 1 Mei. tuan tanah diberi tugas teknikal audio-visual, merangkap emcee of the day. si botak cari sponsor kewangan. putera lilin buat games. gadis puri, ditugaskan jaga hadiah dan urusan pendaftaran. si senyap buat keja logistik - khemah, kerusi meja dll.

tanpa perlu disuruh tuan tanah memulakan operasi mencari item2 untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah. OKlah, memanglah tak seberapa.. cuma dapat 7 voucher makan-makan kat hotel 5 bintang, dan 4 voucher tidur semalam dua di resort, dan hotel-hotel sekitar Chennai. Selain itu dapat juga beratus item kecil2 untuk dijadikan hadiah saguhati. itu saja yang mampu dikumpul dalam tempoh 2 minggu. tak harap pun sesiapa cakap terima kasih, cuma janganlah dikutuk seperti ini: "kalau makan free kat hotel ni saya malu nak pegi. cubalah dapat tiket balik malaysia ke.."

WHAT THE FART!

Oh, did I mentioned that we also managed to get 150 laptop bags filled with a t-shirt and some other stuff as our goodie bag for each and every person who came for the event?


And the farting custard who loudly kutuk our efforts for getting these giveaway items was actually the first person who tried to stuff-in some of the bags in his car before the distribution took place! Farter sungguh!

It's family day, farter! For everyone, not just for you and your family alone! bila buat lucky draw dapat seterika, ingatkan tak mahu ambik.. tapi ambik jugak.

Yet I'm still happy to work along with putera lilin, gadis puri, si senyap dan beberapa lagi orang lain yang tahu apakah makna komitmen dan menggerakkan kerja. Bukan tahu cakap saja.

Aku puas hati, sebab usaha yang kami bubuh menggembirakan ramai hadirin. Si Botak, cukuplah tabur kesalahan ko kat orang lain. Perempuan gendut, tak perlu sibuk dengan kerja orang lain sedang kerja ko sendiri entah ke mana. Belajarlah merendah diri bukan sengaja buat-buat sibuk macam ko yang buat semua kerja tu.

Aku nak pakat ngan gadis puri, putera lilin dan kawan-kawan seperjuangan.. cukup-cukuplah kita menanggung kerja orang yang tak tahu buat kerja sendiri, dan tak tahu berterima kasih ni.

Farters!

Mumbai Day Two

Ouh. Tak bole tidur sangat semalam.. angin baru-tempat baru plus bersulam amarah yang sukar dipadamkan walaupun bilik Farhan anak sulung Azam dah dipasang ekon maksima sejuk. Aku harap custard semalam tu mati keracunan makanan, pastu mayatnya dimakan anjing. Dan anjing tu pun mati keracunan juga. Sebab mayat yang dia makan tu hatinya busuk, penuh toksin. Astaghfirullah… syaitan ni memang mudah meniupkan misi kejinya ke telinga orang yang emosinya tengah dirasuk marah..

Sarapan pagi dengan roti jala. Wah! Dekat 10 keping aku taji. ~Habis lah~. Sedap laa Kak Afes masak. Lantas tak melepaskan peluang! Lupa terus pasal mumbaikar durjana semalam. Azam kendiannya bawak aku naik keta vintage dia bersiar-siar ke kawasan sekitar. Bertolak dari Khar Danda ke Bandra. Dia tunjuk aku rumah Shah Rukh Khan, Rekha, Salman Khan, opis dia yang 2 juta kali lagi best dari opis Chennai (bayar pun berganda eksponen, manalaaa tak best kan..), dan end up balik semula ke Regency Terrace nonton Mr Bean animated series ngan anak2 dia – Ayep dan Ahmi. Pastu layan My Name Is Khan.. hahaha.. takbleh tahan aku gelak bila Kajol kata “I will kill myself” pastu SRK kata “Please don’t die.. Please don’t die..” hahaha.. tak kelakar pun tapi tergeletek urat gelak aku masa tuh. Haha. Good onelah Sarukh!

Maka masa berpisah pun tiba. Org kata kalau dok menumpang, blah dulu sebelum kelihatan riak muka “bila orang ni nak blah ni” dari air wajah tuan rumah.. so aku pun mulalah mendail Meeru Cabs, Easy Cabs, dan sebagainya. Maka kol 1.30 sesudah membelasah semangkuk spageti extra grated cheese, aku pun meninggalkan Khar Danda ke South Mumbai.

~Pengembaraan bermula!

Aku mintak driver yang tak reti English tu bawak aku pusing2 kat South Mumbai tu. Mampus dia tak paham sampai kena call HQ sebab dia ingat aku nak pusing balik kat Khar Danda. On the way dia tunjuk aku rumah Salman Khan – pastu lalu hiway baru dengan tol 50 rupees – Sealink. Lalu atas laut tawww [jambatan ni 10 tahun baru siap.. hohoho].

Kalaulah Jambatan Bengkok kat Tanjung Puteri tu berjaya diusahakan dulu.. *sigh*

Sudahnya kami pusing juga ke Crawford Market, Victoria Station, Gateway of India dan Taj Mahal Palace Hotel, lalu terus ke West End Hotel kat New Marine Lines. Tak singgah, Cuma lalu je. Buruknya hotel ni.. kenapalah tazril nye uni nak buat dajal ka students dia camni. Haihh..

Lama juga aku melahu tatau nak buat apa.. kol sana sini, manalah tau ada member tersesat kat Mumbai Selatan ni.. maka finally dapatlah sorang kawan atas kawan aku- Si Rajesh dari Chennai. Magesh nama kawannya tu. Katanya nak datang lepak minum teh ke apa, janji call aku balik, tapi biasalah, India is so full of Indians. And Indians – most of them that I know – are so full of billshut. Custards!

So, naseb baik aku bawak lappie, maka aku pun siapkanlah kerja yang amat kritikal untuk aku siapkan sehingga selesai. TETT!! Bekerja dalam bercuti takpe ye.. jangan ‘bercuti’ semasa bekerja. Gi opis bukan untuk plan “hari ni nak makan kat mana yea” atau bergegas pulang sebab nak pegi gym sebab badan dah gemok lepas tu bila warm up jatuh mcm nangka busuk.. Gi opis, siapkanlah kerja. Tak siap, cuti pun buatlah, kan? Bukannya bila keja tak siap, bos ingat ko tak kompeten. Bila ko tak kompeten, bos ko suruh aku dan kwn2 aku yang buat kerja ko sampai kitorang tak dapat nak buat keja kitorang sendiri, even masa cuti pun aku kena buat kerja aku yang tertimbun, tahu tak? Memanglah ko tak tahu. Perasan good good saja.

Emo tetiber. Chill bro!

Menjelang 5 petang (4 jam aku menaip dengan jayanya), aku pun gegas menjalankan tanggungjawab sebagai pelancong. Tanggungjawab yang ini, saya sangat sukahh. Aku gamble je jalan kaki keluar hotel. Lalu depan Bombay Hospital. Tanya orang camana nak ke Gateway of India. Sampai hujung, belok kanan. Di sebelah kanan jalan itu, penuhlah saudagar kain baju dengan jualannya. Pelanggan aku tgk yang vogue2 (sila baca dengan bunyi vo~gay ala-ala siti) belaka pun ada juga. Sebelah kiri ada Gymkhana, mcm kelab utk org kekaya je gayanya aku tgk. Strolling for more than half and hour, I kill the boredom by ‘shchrrllack’-ing some pics of architectures along the way with my beloved a230.

Akhirnya tibalah ke Gateway of India yang di daratnya penuh dengan lautan manusia (manusia tempatan – it wasn’t really pleasant), dan di lautnya penuh dengan air laut. Huhu. Rupanya diorang berpusu-pusuan nak naik bot, ke mini feri kot – yang aku tak terasa teringin pun nak join seferi. Sesudah tawaf wida’ di monument yang dibina untuk memperingati tarikh tibanya imperialis British ke Bombay pada 2 Disember MCMXI (1911??), maka aku pun catwalk ke depan Taj Mahal Palace yang menjadi lokasi tragedi berdarah 26 November 2008 itu. 1 mangsa kekejaman adalah rakyat Malaysia ok. Kebosanan melampau nengokkan jenis manusia yang serupa baik di Chennai mahupun Mumbai, maka aku teruskan runway catwalk ke Nariman Point. Kat jalan tu banyak kedai2 muslim, jual perfume attar dan sebagainya. Walaupun Nariman tu tempat jewish.

Eh, perut lapar, dan tekak juga terasa kedahagaannya.

Lantas aku u-turn dan singgah kedai jus yang ada jual shawarma yang baunya sunggoh menusok lobang hidongku. Makanlah segulung shawarma yang sodapnya humangaiih dengan sebotol mineral water chilled yang amat menyegarkan. Alhamdulillah. Walaupun bukan beefsteak, tapi aku syukur Tuhan kurniakan selera dan nafsu makan padaku semula.

Pentas peragaan diteruskan sampailah ke SB Road. Wah. Menariknya jalan ni. Banyak penggerai, café, butik dan sebagainya. Leopold Café yang pernah berdarah dek Mumbai Attack 2008 tu pun ada kat situ rupanya. Penuh manusia OK! Haruslah aku makan malam kat situ esok ngan Tazril! Aku pun memborong fridge magnets yang sangat sukar ditemui di Chennai, OK lah tue – bak kata Siti Nursaidah Taruddin. Ye, dan 2 set cufflinks juga. Bagi kat Tazrillah satu set nanti.

Di hujung jalan ada satu panggung wayang bernama Regal. Ada tayangan jam 9.30pm – Date Night. Kejadahnya tiket sikit punya mahal sampai Rs200.00. Tapi aku fikir2, elok juga pi tgk wayang.. lagipun aku tak minum arak nak lepak2 kat pub ke kelab malam yang ada di sekitar.. Lagipun aku nak tgk lakonan Tina Fey dengan Steve Carell yang aku sangat suka setelah menonton Evan Almighty dan Get Smart. So aku pun beranganlah nak beli tiket. Tettt! Kaunter tutup, jam 9 malam nanti baru bukak. Dah.. nak buat apa plak ni?

Aku pusing balik, duduk tgk kerenah manusia. Kat Barrista Coffee dorang pasang TV.. IPL final match – Mumbai Indians vs Chennai Super Kings. Sachin Tendulkar vs Mahindra Singh Dhoni. Biru vs Kuning. Indians vs Indians. Yang mampu ke stadium, pastu singgah kat Sports Bar berbual ngan bellboy dia ngompat pasal kriket. Emo lak mamat ni. Layan ajelah. Bosan melayan kerenah mumbaikar penjaga pintu bar yang perasan bagus, aku pun melintas jalan tgk org jual baju.

Wah! Cargo pants army prints! Rs250! Cun! Tapi saiz semua gedabak. ~hampa~ (T_T)

Eh, dah kol 9 lah.

Eh, kaunter Regal dah bukak~lah. Yeay!

Dan aku pi tgk wayang. SANGAT-BEST-‘HOT-TAMALE-TRAIN’-lah! Aku rasa aku boleh tgk citer ni 10 kali mcm aku bleh layan Julia Roberts’ Pretty Woman, My Bestfriend’s Wedding, Erin Brockovich, atau Gladiator, atau 5th Element, atau Sitcom Friends atau Two and a Half Man. Rasa tak puas dan nak lagi. Baguslah filem nih. Ai lekomen lah tu eveliwan.