sejak di India ni agak kurang meriah dunia muzik aku. setakat ni kalau dalam dunia muzik barat, lagu Lady Antebellum - Need You Now agak melekat dalam cuping telinga. Meninggalkan perassan seolah-olah duduk di dalam trem menuju ke destinasi urban, dengan hati yang berat.
tempohari masa balik Malaysia, terdengar 2 lagu dendangan artis tempatan yang cukup segar dan enak didengar. Satu, lagu Fabulous Cats - Cinta Kosmik. Something about the girl's vocals really shoot up to the sky. Nyaring dan kosmik. sangat padan dengan beat, melodi, title dan lirik lagu tu. Feels like everything falls into places.
Lagu kedua : Alyah - Dewi apentah. Pun cukup segar. walaupun dia nye style nyanyi ada bunyik macam Jaclyn Victor sket, tapi takdelah bunyi sampai tahap klon macam Elly Mazlein nak jadi Siti Nurhaliza. Kalau driving masa dengar lagu ni, rasa macam nak keluar kereta dan terus berlari.. hehehe.
Dengan 2 lagu tu, terasa muzik Malaysia dah ada identiti baru. Takyahlah sebut pasal Faizal Tahir, kadang aku rasa he pushed himself too hard to be heard. Siti Nurhaliza pun dah mula mengarut dengan lagu ala-ala berbalas pantun dengan Kris Dayanti. Nasyid dah lesap, last aku suka dengar nasyid utk lagu Aku Tanpa CintaMu. Dangdut? Wujud lagi ke?
Pastu bila terdengar lagu Cari Jodoh - Wali Band tempohari, terasa tertinggal sungguh kreativiti Malaysians nak banding dengan Indonesians dalam arena pembuatan lagu. Lagu tu simple je, tapi dia nye catchy tu memang menangkap.
Kat India ni, muzik sangat kuat pengaruhnya dengan bantuan industri perfileman dia yang super rancak. Part Hindi, aku rasa semua pun dah biasa dengar. Tapi kalau Tamil.. memana filem yang dibintangi Surya, lagu dia mesti meletup-letup!
Ah.. tetiba terbayang Asin nyanyi lagu "Mukunda mukunda.." hehehe.. Ammmaaa!
Apa lagu yang korang suka dengar sekarang?
Monday, June 28, 2010
Thursday, June 24, 2010
kembali lagi ke sisimu
tetibe terkenang lagu Farah Asyikin tu (yang katanya nak meneruskan agenda berbaju kurung sebagai artis.. setelah seksi tidak berapa mendapat sambutan)
Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar. Majlis lancar, cumanya agak terkilan sebab tak berkesempatan nak jumpa dengan semua kawan-kawan. Nak jumpa Aisyah Karev dan Ellya dalam sesi kepak ayam - gagal. Nak jumpa Bard dan Mazlan - gagal. Nak lepak ngan kawan-kawan seperjuangan di PTP pun tak berkesempatan juga. Nak berjumpa Pengarah Bahagian pun gagal juga! dah 2-3 kali buat appointment, semuanya tersasar.
So, apa aku dapat dalam Malaysia Trip yang lalu?
Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar. Majlis lancar, cumanya agak terkilan sebab tak berkesempatan nak jumpa dengan semua kawan-kawan. Nak jumpa Aisyah Karev dan Ellya dalam sesi kepak ayam - gagal. Nak jumpa Bard dan Mazlan - gagal. Nak lepak ngan kawan-kawan seperjuangan di PTP pun tak berkesempatan juga. Nak berjumpa Pengarah Bahagian pun gagal juga! dah 2-3 kali buat appointment, semuanya tersasar.
So, apa aku dapat dalam Malaysia Trip yang lalu?
- dapat berkaraoke secara besar-besaran di Redbox Plus, Pavilion bersama Nije, Nana, Nini, Titi, Pitpit, Zuzul, Ani, Ati dan Shasha. Sungguh mengebom!
- dapat bertunang.. lalala :)
- dapat jaga Abah
- dapat pi Perak for Cuti-cuti Malaysia!
- dapat tgk cucu sedara dan anak-anak sedara yang baru! sungguh chomel!
- dapat makan duyan!
- dapat berkursus. Sungguh memberikan kesedaran..
- dapat jumpa kawan-kawan
- dapat belajar teknik baru fotografi - higher ISO for better reflections, and play around with shutter speed for brilliant lightings!