Saturday, May 24, 2008

Mini gath 937 i


En biggie antara ahli pertama yg hadir

Wednesday, May 21, 2008

Time test - Selamat Hari Jadi

Ini adalah cubaan pertama aku blogging dgn fonbit sony ericsson w660i aku. wink! wink!

*tilto, i know u'll be dead in envy knowing I'm a step further doing this blogging stuff.. with ma phone! hohoho!!



anyways, what is it that is so special about this pic?

hmmm.. gambarnya agak blur untuk subjek utama, sedangkan latar pulak clear. masalah teknik fotografi dengan kamera bina dalam 2.0 megapiksel 4.8mm, 1:3.2.

bukan itu fokusnya. fokus yang ingin aku sampaikan cuma satu. itu adalah hadiah sempena sambutan hari lahir aku yang ke dua puluh xxxxx lewat dua bulan lepas, di samping selai muscle tee rona biru kundang, seutas jam tangan biru (lagi), dan tali leher dari cik siti sayang. warna biru juga. dan juga yang ucapan selamat. Aku hargai semuanya. Syukur. Terima kasih ye! kiranya rezeki aku murah tahun ni. Sebelum sambutan ulang tahun semacam ini aku raikan, seperti kebiasaannya aku akan menghadiahkan sesuatu yang aku damba-dambakan kepada diri sendiri. Tahun ni aku tambahkan hutang kad kredit untuk belikan yours truly henfon Nokia N77 yang ada fungsi TV dan yang best sangat tu, the package comprises a free registration of U-Mobile 018 exclusive number - a promotion for early bird users like me self. Nombornya teratur. Saya suke. Pastu diberi percuma pula langganan TV mobil. Ahh.. Semuanya sangat menyeronokkan, sampailah masa bila guna servis tu semua, liputannya terhad pulak. Duh. Selalu kan cenggitu? Service beyond ordinary - the minus side. [disclaimer - servis U-mobile semakin baik sekarang. progressively.)

ye, aku lari dari fokus asal. again. pasal jam tangan seperti gambar di atas. jam tangan kedua aku terima sempena hari jadi aku yang ke dua puluh xxxxx tahun ni. memang hebat jam ni. inilah pertama kali aku memiliki, er, dihadiahkan jam watchmaker yang bila dipakai, dapat dirasakan dalam segenap sendi betapa jitu kejuruteraannya, teliti bahan buatannya, teguh dan solid bila menyentuhnya. aku tertawan. ahhh. lebih² lagi aku adalah 1 antara 1000 orang yang memiliki jam seumpama ini. Edisi terhad. yang ini bernombor 0678/1000.

jarang aku ada perasaan beyond perasaan biasa macam nih. this watch really gives me that beyond feeling.. camana nak describe aku pun tatau camana nak explain. but the feeling is nice. uplifting.
hari ni aku terlupa pakai jam tangan. perasaannya agak pelik. pergelangan tangan kiri rasa ringan. macam rasa terlupa bawak henfon pulak. huhuu.
thanx for the wonderful watch! :p

g.e.b.u.

salam.

aku masih demam. kahak, pening, nafas hangat, setiap satunya saling berpindah milik menguasai sistem tubuh badan aku yang makin berisi dengan penuh konsisten ni. cuma aku agak pelik. meskipun aku demam dengan penuh bergaya, serakah selera makan aku berganda hebatnya.

"Khai gemuk".
"Taklah, baju aku yang besar.. baju fit dah tak musim dah sekarang", aku membidas.

"Khai gebu".
"er.. ok thanx".. [terima jelahhhh.. dengan pipi merah tersipu-sipu].

ye. aku sedang berada dalam klimaks berat badan tertinggi setakat ni. 70kg. zaman aku rajin² berkunjung ke gym dengan azham dulu, memang target aku nak dapat berat badan unggul 73kg. itu penuh dengan mass otot.. bukan lelemak tepu macam sekarang ni.

bukan nak kata aku ni vain dan terlalu self-centric.. tapi perkara saiz badan ni memang agak kritikal dalam orbit pemikiran aku.. lelebih lagi setiap masa aku mengadap cermin kat bilik mandi.

".. adakah itu lemak di perut atau?.. "

ye khai. stop living in denial. duh!

aduhai..

er.. nak tengok gambar aku dengan dagu berganda dua? jap.. ha.. tuh.. kat bwh tuh..

Monday, May 12, 2008

intimasi

salam.

baru je kembali dari kemaman semalam. alhamdulillah perjalanan selamat walaupun kantuk membelenggu segenap deria sepanjang perjalanan. co-pilot? hampeh. dia tidur sepenuh jiwa. cuma terjaga bila lehernya tak tahan kepala teroleng-oleng dek jalan berselekoh kat karak.

tiada apa yang baru utk diceritakan. seperti acapkali mengendalikan program itu (aku cuma sekretariat sesat) memang begitulah keadaannya. berjumpa sahabat dan makan bersama.

sebut pasal makan, indah juga memorinya. perjalanan pergi jam 10.20 malam ditemani kopi americano tak bergula. singgah hartamas untuk bekalan kafein yang mencukupi. mujur tak tertumpah seperti co-pilot yang memandikan stilettos dan sandalnya dengan kopi caramel yang pekat manis tu. oh.. berbalik pasal makan. ezri bersungguh nak jeli cocon.. tapi perjalanan bermula lewat, maka hajatnya tak kesampaian. esoknya mulalah kerja yang biasa. uruskan itu ini, sampai terlupa makan malam. makanya, malam tu kami keluar ke tebing sungai. hidangan seperti biasa kat warung Simple - nasi air daging, lawan pulak dengan milo ais tabur.. manalah perut aku tak membuncit! lewat pagi hari berikutnya, berpeluang juga aku ke Hai Peng. Ye la, hari dimulakan seawal 6 pagi.. perut pun menggoncang laparnya. dan kat restoran itu aku makan nasi dagang, telur suku masak 3 biji, tapai pulut. dan air cham C ais. hebat. syukur.

berbeza perasaan aku terhadap program ni pada kali ni meliputi banyak subjek dan aspek. secara teknikalnya, banyak dah berubah. pelaksanaannya lain. lokasinya lain. spiritnya juga terasa lain. barangkali topi yang aku pakai sekarang lain, maka spektrum penglihatan dan pemahaman aku juga berbeza. aku jadi mudah irritated dengan banyak perkara. barangkali ekspektasi aku terlalu tinggi. barangkali juga sikap aku yang sedia pesimistik itu yang perlu diubah. risau juga. atas kapasiti diri sebagai sebahagian daripada perkhidmatan, aku bimbang kecelaruan dan sikap kurang serius ini bakal menggugat keunggulan servis dengan terpilihnya calon-calon yang silap. sebagai personel bukan sekretariat, aku tak rasa kapasiti itu cukup wajar untuk aku memperkatakan apa-apa.

berbeza dgn kami dulu. mungkin kami dianugerahkan coach yang baik. dan kami tidak menyimpan niat yang menyimpang jauh. dulu kami tertekan mau jadi yang terbaik setiap hari. dan sebanyak mana usaha dibuat pun, masih tak cukup lagi pada kami utk mendabik dada atau merasa puas. syukurlah topiku dah bertukar sekarang. aku tak boleh bersekongkol dengan strategis dan oportunis yang bermotifkan sesuatu di luar kepentingan profesionalisme. tak boleh. aku pernah cuba dan kewajaran utk aku bekerjasama dengan makhluk sebegitu adalah sangat tak relevan.

entah hari ini aku rasa melankolik. di sebalik kegembiraan orang lain yang aku tumpang sama gembiranya, sebenarnya hati terbakar dengan banyak perkara.

tuan-tuan dan puan-puan, sampai berjumpa lagi ye!!

Tuesday, May 06, 2008

Si tua yang sakit

Aku tak berapa close ngan abah. There are few times kami pernah berbual dan dia akan bercerita pengalaman silam dia yang best.. keja jadi pemandu.. ngukur jalan serata Malaysia.. Itu pun dulu-dulu. Sekarang ni, dia makin berusia, dan aku pulak semakin jauh. Kalau aku call pun, aku banyak bercakap dengan Mak je.

Aku pun tatau nape aku tak rapat ngan Abah. Mgkin sebab dia tegas masa aku bebudak dulu. Tak pastila tegas atau tak kesahkan aku.. tapi masa sekolah rendah, mesyuarat PIBG dgn sekolah dia mesti datang tiap-tiap thn. Dulu, abah is the only one in the family who knows how to drive. Everyone sangat dependant kat abah. Abah pandai bertukang. Abah kuat mengaji. Abah pandai berdukun. Kalau setakat sakit gigi.. adalah cara dia nak ubatkan orang. Lagilah bila aku dah besar ni.. generation gap makin besar.

Tapi aku rasa dalam adik beradik aku.. aku yang paling tau apa yang abah suka. Dia suka kemeja yang ada poket kat dada. Abah suka jam tangan.. aku dah bagi dia beberapa utas jam tangan.. yang latest Casio yang aku beli sebagai hadiah hari jadi aku sendiri tahun lepas. Bday tahun ni aku dapat hadiah jam tangan, so jam Casio tu aku bagi kat Abah. Everytime aku tgk dia pagai jam tu aku terharu. Oh.. abah pun suka makan western food. Dia suka coleslaw, mashed potato, fish burger with cheese yang ada jual kat Marrybrown tu. Chicken chop pun dia suka. Teringat hari tu aku bawak makan kat uptown.. syok tengok dia makan bersungguh-sungguh.

Khamis lepas mak call. Abah demam panas. Terlalu lemah tak boleh bangun sampai dia muntah dan buang air besar atas katil.. terbiar mcm tu sampai ke pagi. Terus aku balik kampung.. adik beradik aku semua balik gak. Sebak aku tengok abah. Pakai adult diapers lak tu. Malam tu aku tukarkan diapers abah.. masa tu Allah je yang tau hati aku. Aku kuar, belikan burger dan mashed potato kesukaan dia.. dia tak mau makan pun. Aku cuba nak berbual ngan abah.. dia pandang sepi je.

skang ni every weekend aku balik jenguk abah. Alhamdulillah, abah dah boleh makan sate favourite dia.. dah boleh bercakap, dan ketawa tengok keletah cucu cicit dia. Aku lega.