Tuesday, June 17, 2008

hari ini


salam


suasana agak tegang di unit ini. seawal pagi kelihatan memuncung beberapa pegawai. mungkin ada masalah.. dan barangkali ada yang kena marah.


hari ini kawan nak melampiaskan nafsu membeli belah. kawan nak beli lappie sebiji yang memang dah lama kawan idam-idamkan. yelah, duit biaya kawan dah terima! :)


dah lama sangat kawan ushar.. hari ini kawan akan dapatkan. wah.. terujanya!
lepas kerja ni kawan nak berkejar ke SENIM. nak cari DVD installernya sekali. bagusnya.. inilah harta dunia kawan yang paling kawan idam-idamkan sekarang ni. it's a tablet bebeh :)


Monday, June 16, 2008

Belahan Kedua

salam.

arizal, the composer emailed me yesterday with a news that made me to smile ear-to-ear.

the song.

finally. dah siap!

Magik: Belahan Kedua
oh bulan sinarilah
cahaya yang indah
sinar di wajahnya
tidak terungkap rasa
lihat saat bahagia
kini jadi miliknya
oh bayu tiupkanlah
hatiku berkata
aku cinta dia
belahanku kedua
hariku takkan bermakna
tanpa ada dirinya
c/o
saat bila kasih mulai rebah
kerana aku musnahkan semuanya
dia masih teguh di sana
wajah suram dan mata berkaca .. ooh
aku dibendung rasa bersalah
wajah terlukis seribu dosa
aku hilang jejak arahnya
kala dia melangkah dan hilang
Readers, catch the song in a compilation CD - Start From Breakfast due August this year by Universal Records.
can't hardly wait :)

mi diskoverrina

salam

weekend lepas banyak benda yang aku discover. dan aku lebih kenal diri sendiri.

JUMAAT
jumaat malam, aku temani seorang sahabat berjumpa kawannya.. dan aku terlepak sama dengan satu komuniti yang sangat menarik. cara bergaul dan bersosial yang beretika. aku jadi macam rusa masuk kampung. nasib jugalah aku ni peramah juga dalam ala-ala paksaan. aku ni pemalu juga orangnya.. hehe. dan kerana paksaan meramahkan diri itu, takdelah aku jadi kera sombong. disco verry yang amat membuka deria. dan menyemarakkan nafsu ingin tahu yang menggalak dalam sanubari.

SABTU
hari sabtu aku keluar temani sahabat seorang lagi, mencari henfon dan laptop. apa yang aku discover? kalau nak beli henfon, biarlah betul-betul perlu saje. kalau setakat gatal-gatal nak tukar tu, tak usahlah. dari siang menjejak ke malam, aku kepancetan trekking sekitar bandaraya KL.

AHAD
seawal pagi ahad, sesudah subuh aku dah keluar rumah. cikmaya mengajak aku turut serta mendaki gunung nuang di hulu langat. aku tanpa berfikir panjang (juga tanpa persediaan rapi, physically) terus saja bersetuju tanpa banyak soal. RV di petronas cheras, sebelah restoran cerana berdekatan MPDRM dengan cikmaya dan encikasim, kami menunggu ketibaan coaster
intan yang bawak 5 orang lagi jejaka tulang besi urat dawai intan.. antaranya encikazmi, encikjalal dan encikmahzan. dada aje dah macam bantal.. urat betis dah macam lebuhraya MRR2.

sesudah berjumpa, kami bergerak ke hulu langat. lapar perut, kami singgah kedai makan untuk sarapan. aku, yang memang bukan morning person ni memenuhkan perut dengan roti canai sekeping, dan horlicks panas.

10.15 pagi kami mulakan ekspedisi, lepas sedikit senaman regangan otot dan memanaskan badan. memula tu excited.. tapi bila dah masuk kilometer kedua jalan mencerun dan berbukit, nafas aku menjadi sesak, dan peluh berterusan keluar seluruh badan. baju aku dah lencun jadinya.

sejam setengah kemudian, barulah kami tiba di kaki gunung. mula merentas belantara dengan iringan bunyi air di jeram yang segar dan nyaman. memula aku seronok.. yelah.. tadi jalan turap batu grebel.. tak syok.. skang ni bnyk pokok.. sangat syok.. tapi sekejap je seronok tu rupanya. kami tiba di kem lolo (chomel sungguh nama campsite ni) dan di situlah aku mula tertinggal di belakang yang lain². dan perkara yang paling aku geruni bakal terjadi...

dalam usaha meneruskan cita-cita murni itu tetiba beberapa kali kaki kiri aku terenjat. pedih. ni ada potensi nak cramp ni.. bisik hatiku sambil buat-buat konfiden. ye, rupanya memang aku cramp pun tak lama lepas hati aku berbisik manja tadi. aku tengok jam.. wah, rupanya dah 3 jam kami berjalan. aku terus lagi memanjat.. zapp.. kaki kanan pulak. berhenti lagi. aku cuba lagi.. ZAPP.. dua-dua pulak kaki aku cramp di saat aku mencuba melepasi halangan kayu yang merentang denai. menitik air mata jantan menahan pedih, tapi yang paling sayu bila fikir aku mungkin gagal menawan puncak nuang. berehat agak lama.. dan perlahan-lahan aku gagahkan juga melawan perit dan RV bersama yang lain di kawasan datar. aku tengok encik-encik otot masih berwajah segar.. yang aku dah terpisat-pisat segan sebab melambatkan ekspedisi ni. weakest link. damn!

tepat jam 1.20 ptg, kami teruskan lagi. aku dah ok, walau setiap langkah yang berjejak, lutut aku mcm dah tercabut, dan ligamen sekitarnya mcm dihiris². pedih bang. dan tak lama lepas tu, ada ahli yang meminta pusing balik. sakit. dan aku dengan senang hati menemani dia berehat. haha! aku rasa aku boleh teruskan lagi. penat tu aku boleh tipu diri sendiri je.. psiko.. tapi yang buat aku fikir 2 kali tu ialah keadaan teman yang sakit itu, dan kaki aku yang asyik cramp. kang nyusahkan orang je. so, aku opt untuk patah balik, dan kami berjanji utk RV di waterfall dalam perjalanan turun nanti.

encikasim dan encik-encik otot yang lain teruskan memanjat. berlari. kami berdua menurun. terkial-kial. kalau ikutkan hati dan perasaan, aku nak bergolek saje ke bawah. kaki dah tak daya diangkat.. diseret sepenuh jiwa. sampai di tempat yang dijanjikan, kami menunggu ahli yang lain, dan aku tak lepaskan peluang berendam di jeram yang menerjunkan air jernih yang sejuk dan segar.. ahhhhhhhhhhh.. dalam hati memujuk.. alah, kat puncak pun sama juga airnya.. yelah.. rasa macam loser je akibat kegagalan meneruskan ekspedisi. dan di saat aku nak bangun semula.. AAAARRRGHH.. kaki aku cramp lagi! lesson: kalau dah cramp jangan mandi air sejuk!

dalam jam 3.00 kami bersama-sama turun ke bawah. bila turun ni kaki tak cramp pulak.. cuma pedih dan penat je. sepanjang perjalanan yang memeritkan itu, setiap kali ada lembah yang aku turuni, aku terfikir macamana aku boleh mampu berjalan sejauh itu dalam keadaan jalan yang berbukit bukau dan curam. aku memberi kredit kepada diri sendiri dengan rasa kagum dan bangga. vain kan? tapi sekejap je. lepas tu aku terasa tak best sebab dipintas oleh 2 orang apek yang berusia sekita 50-an dengan selambanya. deng!

jam 5.30 petang kami tiba di kwsn parking kereta. bersiap², solat, dan makan aiskrim.. kami yang kebuluran terus menjejak restosan untuk makan tengahari+tea+dinner jam 6.30 petang. restoran apantah kat tepi padang tu.

balik rumah, maghrib sudah. aku mandi sepuas hati, basuh baju, baring atas tilam dan terus padam jam 8.45 malam. telefon bertalu-talu berbunyi.. aku buat dek je.

demikianlah tadi hari hujung mingguku yang amat berpeluh. rasa hilang 3 kilo nih.

sekian discovery channel.

Friday, June 13, 2008

occupied

salam

kawan dah mula gegas sekarang. dah ada assignment kerja. saya suka. setidak²nya tidaklah kawan rasa macam underutilized.. atau lebih teruk lagi tidak berguna kepada nusa dan bangsa.

kawan nak ucapkan terima kasih kepada faruqy for the treat yesterday. lepak skali ngan faizalthani dan matunclehusin. terasa diri kawan muder semula.

owh.. adni, salina dan kengkawannya juga ada. enche akmal pun sama, ngan adiknya.

lunch plak, tengahari itu terserempak dengan ruzek ngan shah. hmm.. lama x jupe ruzek. dah engaged rupanya.

ari ni kena gi shah alam..

k guys. la'er.

Wednesday, June 11, 2008

Happy Birthday, Angah!

Salam.

Hari ni 11 Jun, hari ulangtahun kelahiran anak saudara aku, yang juga aku anggap macam adik dan kawan karib aku. dah 23 tahun ko hidup ngah.

Angah, if u ever read this, i wish u the bestest things in the world and beyond in your days ahead. aku mungkin bukan contoh terbaik, tapi kalau ada sekuman benda yang baik tu, contohilah, dan berjuta perkara yang tak baik tu, jadikanlah sempadan dalam kehidupan.

I hope that somehow or rather, you had fun sharing the moments together living and working in KL.

Jangan lupa famili. makin kita meningkat dewasa, makin banyak dugaan. jadilah lelaki matang yang mampu berfikir rasional, dan bijak mengawal keadaan.

Selamat Hari Jadi. malam ni kita makan Burger King k! Pak Su belanja!