Thursday, April 16, 2009

frustasi

No, my dear readers, me and mydearie are still in good relationship. In fact, I felt better since the yahoo ID fraudulent case. This frustration has got nothing to do with her.

I've been trying hard to carry out this job and responsibilities at my level best (just that kekadang sangat penat and I fell sick, so..)

Somehow, it is damn frustrating when decisions made were against the effort and spirit of certain tasks, against the justified, logical reasons.

Mau cakap apa lagi? Small potato saja mah!

Cakap banyak pun apa boleh buat Jack.. makan roti loh!



Saya yang menurut perintah.

Thursday, April 09, 2009

bizibiiiii..

aku bizi.. jarang aku balik rumah dantercatuk buat kerja tapi kali ni aku MESTI bekerja sampai kat rumah pun kena buat keja; buat agenda, email, buat report, coordinate itu ini, call students. aku tak gi gym yang aku bayar mahal-mahal tu, aku makan awal, dan aku tak kuar ke mana-mana. ofis, rumah, kerja.

dan malam ni aku bersungguh nak tengok American Idol. tapi tv buat hal.. arrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!

Thursday, April 02, 2009

Around India March 2009

Sidang pembaca,

Sekarang baru saya berpeluang untuk duduk sebentar dan mengapdet khairabdullah. Saya di Manipal sekarang. Kejap lagi saya akan berjumpa pelajar-pelajar yang baru saja tiba ke India awal Mac yang lalu.

Kejap tadi, baru je mengadakan sesi bersama beberapa pelajar yang terkandas perjalanan pelajarannya. Kesian ade, geram pun ada. Tapi sebagai abang (owww.. abang!), atau pegawai yang menjaga kebajikan pelajar di sini, saya mengambil langkah bersikap profesional dan memberi peringatan secara bermotivasi supaya mereka berusaha dan mengambil serius dalam pelajaran.

Ni ada beberapa gambar yang saya nak share dengan sedang pembaca sekalian. Sila tatapi!




Lawatan Kerja - ni kat Bangalore dan Tumkur. Lawatan Pengiktirafan juga. Jejaka yang rambut panjang tuh pemilik kolej, dan pelakon filem jua. Cool eh? kelihatan Zairan berusaha menandingi patung model sari di Favourite Shop.. heheh


Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta .. naik private jet ke Davangere tuuu. huhuhu.. kalo naik keta pensan semua ahli delegasi.



Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta lagi. ni kat Pune.
Kitorang dibawa melawat ke pusat biotek untuk bunga-bunga. Teruja!




Yang ni juga lawatan kerja. Saya tak mengiringi delegasi. So berkelanalah sendirian berkenal-kenalan dengan semua pemilik dan pengurusan tertinggi institusi2 nie. Abang penat!




Ni? Keagungan senibina Taj Mahal, seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya. White marble with carvings and precious stones embedded. Saya terkesima. 20000 pekerja. 22 tahun binaannya. 16 petak taman. 57 fountains. 3 gate. 3 makam isteri. 1 masjid di pintu barat..
Saya masih terkesima.




Transit di Delhi - ni Qutb Mina.


Juga di Delhi. Sempat merayap lepas mengadap Dato' kat Hi Comm. Jamma Masjid, antara tourist spot di New Delhi. Kagum betul dengan binaannya, dan kehebatan kerajaan Islam zaman dahulu kala.


Ni di Bijapur. Golgumbaz. Nampak Kubah tu? Kehebatan akustiknya adalah sangat mengkagumkan. kalau kentut pun satu bangunan buleh dengar. Tapi di Bijapur babi berkeliaran mengoutnumberkan bilangan lembu. Haram!! Haram!!



Sebenarnya saya dah mula rindukan Chennai. Apartmen saya.. Fur-fur.. dan owhhh.. kerja pejabat yang banyak tergendala.. aduhaiii. Malaysia lagilah saya rindu. Keluarga, sahabat, dan keenakan kepak ayam.. owhhhhhhhhhhhh...

NAK BALIIIIKKKK!!

sangat

saya sangat bizi, penat, dan kelam kabut serangkai mawar. Rasa mau fensan. Bertabahlah!

Thursday, March 19, 2009

keluar lagi..

hujung minggu ini saya akan keluar dari Chennai sekali lagi.. untuk tempoh yang agak panjang juga. seperti biasa.. 8-10 hari.

Kali ini barangkali saya akan sempat ke Agra. Menyaksikan Taj Mahal dalam perjalanan ke sana-sini di sebelah utara India.

Dalam pada itu saya masih tercangak-cangak merancang konvensyen yang saya nak buat awal bulan Mei nanti..

Dalam hati sangat seronok..

Tapi dalam otak rasa letih juga.

Claim tempohari pun belum buat lagi. And funds are running low now.

Hmm..