Sidang pembaca,
Sekarang baru saya berpeluang untuk duduk sebentar dan mengapdet khairabdullah. Saya di Manipal sekarang. Kejap lagi saya akan berjumpa pelajar-pelajar yang baru saja tiba ke India awal Mac yang lalu.
Kejap tadi, baru je mengadakan sesi bersama beberapa pelajar yang terkandas perjalanan pelajarannya. Kesian ade, geram pun ada. Tapi sebagai abang (owww.. abang!), atau pegawai yang menjaga kebajikan pelajar di sini, saya mengambil langkah bersikap profesional dan memberi peringatan secara bermotivasi supaya mereka berusaha dan mengambil serius dalam pelajaran.
Ni ada beberapa gambar yang saya nak share dengan sedang pembaca sekalian. Sila tatapi!

Lawatan Kerja - ni kat Bangalore dan Tumkur. Lawatan Pengiktirafan juga. Jejaka yang rambut panjang tuh pemilik kolej, dan pelakon filem jua. Cool eh? kelihatan Zairan berusaha menandingi patung model sari di Favourite Shop.. heheh

Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta .. naik private jet ke Davangere tuuu. huhuhu.. kalo naik keta pensan semua ahli delegasi.

Lawatan Kerja - Lawatan Pengiktirafan Kolej pergigian swasta lagi. ni kat Pune.
Kitorang dibawa melawat ke pusat biotek untuk bunga-bunga. Teruja!

Yang ni juga lawatan kerja. Saya tak mengiringi delegasi. So berkelanalah sendirian berkenal-kenalan dengan semua pemilik dan pengurusan tertinggi institusi2 nie. Abang penat!

Ni? Keagungan senibina Taj Mahal, seteguh kasih Shah Jehan kepada Mumtaznya. White marble with carvings and precious stones embedded. Saya terkesima. 20000 pekerja. 22 tahun binaannya. 16 petak taman. 57 fountains. 3 gate. 3 makam isteri. 1 masjid di pintu barat..
Saya masih terkesima.

Transit di Delhi - ni Qutb Mina.

Juga di Delhi. Sempat merayap lepas mengadap Dato' kat Hi Comm. Jamma Masjid, antara tourist spot di New Delhi. Kagum betul dengan binaannya, dan kehebatan kerajaan Islam zaman dahulu kala.

Ni di Bijapur. Golgumbaz. Nampak Kubah tu? Kehebatan akustiknya adalah sangat mengkagumkan. kalau kentut pun satu bangunan buleh dengar. Tapi di Bijapur babi berkeliaran mengoutnumberkan bilangan lembu. Haram!! Haram!!
Sebenarnya saya dah mula rindukan Chennai. Apartmen saya.. Fur-fur.. dan owhhh.. kerja pejabat yang banyak tergendala.. aduhaiii. Malaysia lagilah saya rindu. Keluarga, sahabat, dan keenakan kepak ayam.. owhhhhhhhhhhhh...
NAK BALIIIIKKKK!!