Sunday, July 05, 2009

the last tym dat i cried

my hectic-full-of-fun weekend.. is over. Harsha and his buddies came over for VISA all the way from Bangalore, and stayed back in Chennai for Kak Wan's farewell party @ Accord Metropolitan. What more I could possibly ask? Weekend full of crap-talks, bad singing in my BlackBox room, great food, and some hell-of-good-time with Tamil actor Prashanth (he played in Tamil movie 'Jeans' with Aishwarya Rai 10 years back.. with loads of other blockbuster movies after that known to Tamil movie fan).

Yeah, the great weekend is over. Missed the uber cool ambience at Aqua@The Park, mamak style food (nasi kandar, kari kepala ikan, puyuh goreng, and satay kambing just to name a few.. hehehhh), and Kak Wan's special nasi lemak.. hmmm. Tomorrow will definitely be a start for a super busy week. and weeks after dat too. but no worries, Uzair is in da house.. my new member of the team is here.. right by my side. so thankful.. the burden is somehow 'shared' now.. pheuh!

Today, out of the blue.. i suddenly recalled the last tym that i cried. i mean, really cried. I had just finished the last curly string of Maggi TomYam, and suddenly teringat zaman susah takde duit yang memaksa aku makan Maggi. And it brought me down the memory lane on the spot of the last time that i cried dengan penuh kesungguhan. It was on the 2nd of May, 2009. It was pure sadness of regret, of discovering my very own self deciding on something that may have turned another chap's life jobless. I never wanted to be dat kinda person, with absolute power and influence, abusing it for someone else's life. And I cried. Unstoppable. Regretting. But fortunately it wasn't too late to do some correction. I thank Allah for still allowing that to happen. More than that, to allow me to still being human.

I'm writing this so that I will always remember that very moment. Always.


P/S: (.. sebenarnya tak tahu pun kalau si Muniappan tu bebetul kena pecat.. lantaklah!)

Wednesday, July 01, 2009

hapa cherrr?

hmm.. salam semua!!
some updates here.. :)
  1. skipped gym for 3 months now for some health and other reasons. Missed the sweat and pain!
  2. been traveling for quite some places after coming back from Malaysia: Delhi, Agra, Bangalore, Salem.. i tot of doing it less for Kak Wan is leaving for Prague.. but i did enjoy the trips anyways.. hehe
  3. been [a bit] broke. really need to be careful with my spending habits. Need to keep my credit cards away!
  4. discovered that i was cheated for the carpet that i bought in Bangalore. Damn you Kashmiris!!
  5. had a Dubai fren Natraj: who's crazy with girls on the net. Dah balik Dubai pun..
  6. finally appointed a clerk.. starting today! all documents safely put in the files.. yeayy! alamak I owe nisha all the docs.. coming soon ya Sha!
  7. will be touring again in July 2nd week. can't hardly wait :)
  8. wanted to congrat milmozibang for being a father to Julia Batrisya: Si Rambut Panjang Yang Bijak. Rename to Rapunzel.. can aa?
  9. hur-hur is now red in kaler.. so kiut now :)
  10. rindu kat Sarah.

Tuesday, June 09, 2009

bukuwajah

Salam.. :)
Lama tak hapdet blog ni. sebenarnya sebab akhir2 ni agak asyik menghapdet buku~wajah. akaun buku~wajah saya yang dulu-dulu tuh entah ke mana, entah apa passwordnya ntah.

saya dah sihat hampir sepenuhnya sekarang. pergi pejabat pun dah penuh tenaga. syukurlah.

kepada sahabat-sahabat pengikut setia khair abdullah yang punya akaun buku~wajah, silalah menambah saya sebagai rakan rangkaian virtual anda di buku~wajah.. sudi-sudikanlah yea. :)

Jangan pula menggatal mengorat bakal² doktor yang sedang menuntut di India ni yang telah menambah saya sebagai rakan buku~wajah mereka ye. Sila jaga kelakuan masing-masing.

Tuesday, June 02, 2009

basi

Vanakam dan salam mesra.

ye, lama tak hapdet, cerita cuti dah basi. balik malaysia demam, kembali ke chennai juga demam. dah sembuh, demam semula sampai tekak berdarah. memang musim sekarang ni. cikugunya, selsema khinzir, demam pilihanraya, demam karaoke.. huh.. banyak sangat.

neway, balik mesia tempohari banyak perkara selesai. lega rasanya. banyak orang dapat jumpa.. walau sekejap cuma. banyak makanan sempat dijamah, walau sedikit saja. kepak ayam dengan echah masih aku dendam nak makan. teh tarik nikmat hidup kat esso depan umah sewa aku dulu tu pun aku dendam juga. tu belum kira rosti, ketiauw udang dan spageti cabonara chicken slice kat hartamas square. dan mi rebus stulang yang hebat kat stulang. atau ubi rebus empuk yang panas2 makan dengan ikan kering sepat yang baru digoreng sambil menghirup kopi panas.. huhuhuu.

malaysia memang syurga makanan. patutla ramai yang obese. no offense ye. hehe. cuma hati-hatilah bila makan. kencing manis, kadar kolestrol dalam darah, tekanan darah tinggi, stroke.. sekarang normal je walaupun usia masih 20-30-an.

banyak juga stok aku dah tambah. makanan, rumah, portable HD, Lumix TZ7. Lumayan juga menabur dan melabur di sana sini.

berdoa bersama-sama saya untuk sahabat saya yang sedang menjalani prosedur kimoterapi. semoga semuanya lancar dan stabil, dan tahap kesihatan bertambah baik.

ingin juga ucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi meluangkan masa di celah-celah kesibukan masing masing untuk bersua walau sekejap cuma. kalau ada yang berjanji sakan nak beradu vokal bersama tapi tak kesampaian, tak apalah, barangkali ada rezeki di lain hari.


sampai berjumpa lagi.

Monday, May 04, 2009

post-party KKP 2009

Takde parti pun.. takde apa-apa. Cuma aku tengah duduk sekarang ni memikirkan impak atas segala kejadian yang berlaku semasa mengelolakan Konvensy*en Kepim*pinan Pe*lajar 2009. Baru habis semalam. 'Parti' post mortem tengah berlegar-legar dalam kepala aku. Berjayakah? Berbaloikah belanja duit rakyat bebanyak? Sepadankah penat lelah yang diberi dengan hasil yang dicapai?

Beb, it's super hard to create awareness and to change people. Siriyes. Apatah lagi aku ni bukanlah pakar motivasi, atau cendekiawan bijak laksana. Aku cuma pegawai biasa, yang kekurangan sana-sini.

Betul-betul aku amat appreciate apa yang aku belajar di INTAN. Event management. Protocol. Psychology. Professionalism. 'Plan B'. Communication. Punctuality. Follow-up and follow-through. Time management. Human touch. Reward and punish. Dan Encik Zafli*n, mentor peribadi aku dulu mengajar aku maksud bekerja dengan ikhlas bersama rakan seperjuangan yang lain. Thanks a lot Abang Bulu!

Syukur Kak Wan dan Khaifil sudi membantu sebagai fasilitator. Syukur juga last minit aku bawak Liyaquath, kerani kat konsulat sebagai urus setia. Syukur Tuhan aturkan semua itu.

Sangat banyak dugaan mengendalikan program ni. Setiap malam di Nandi Hills, aku dan urus setia tidur cuma 2-3 jam. Ada satu ketika aku diduga dengan tekanan yang amat berat. Bukan kena tindih dengan makhluk ghaib. Kisahnya VIP jemputan aku, Dato' PT, terpaksa tunggu lebih 1 jam hanya kerana yang tidak bertanggungjawab itu dengan selambanya bangun lambat. Hari aku dimulakan dengan panggilan telefon jam 6.30 pagi daripada Dato' yang sibuk bertanyakan di manakah pemandu yang sepatutnya tiba. Patutnya dia dah siap amek Dato' pukul 6.30 pagi, tapi rupanya dia baru bangun tidur 7.00 pagi. Bang*sat sungguh. Kelam-kelibut aku jadinya. Tak keruan hidup aku sepanjang hari.

Betul-betul mencabar batas kewarasan dan amarah aku. Tapi dengan penuh wajar aku aturkan kenderaan lain untuk Dato'. Selesai masalah seketika, walaupun kredibiliti tercalar dan kesabaran teruji. Dalam masa yang sama, ketara sekali disiplin dan penampilan pelajar sangat teruk. Tak menepati masa, malah selekeh, walau berkali-kali aku dah ingatkan. Aku amat kecewa, dan amat takut pelaburan duit rakyat ni sia-sia belaka. Bukan duit aku. Duit rakyat! Disebabkan tekanan mental dan emosi bertalu-talu, akhirnya aku kecundang jua. Aku mengaku aku sangat tertekan sampai menitik air mata aku depan students. Katalah aku cengeng. Katalah aku lembik. Barangkali bahu aku tak mampu lagi menanggung beban dek terlalu menahan sabar, merasa kecewa, dan terlalu mengharap sampai aku terpaksa bayar dengan beberapa rembesan air mata anak jantan yang memang tak boleh ditahan-tahan lagi. Atau barangkali aku terlalu penat dan aku tak tahu apa lagi yang mampu dan terdaya aku buat dengan kederat yang ada dan tulang empat kerat untuk kelolakan semua benda dalam satu masa yang sama.

Sudahnya, dengan geram dan sakit hati yang masih berakar dalam tangkai jantungku itu, semua orang aku sembur. Bos driver tu pun aku maki sesedap rasa. Aku terus cakap dia bodoh sebab tak pandai mengajar driver dia kerja sebagai driver. Driver tu pulak tak payah cakaplah.. kalau aku tak fikir aku ni pegawai dan aku memegang imej negara, maki hamun aku mesti dah berbakul-bakul. Students? hmm.. 1 jam aku membebel dengan intonasi marah non-stop.. dan aku rasa budak nak kentut pun takut.

Begitu tertekan dengan frustrasi, aku lepaskan portfolio aku dengan rasminya pada petang itu sebagai pengelola konvensyen. Lantaklah korang nak buat apa pun. Buat la apa korang nak buat. Berambuslah kalau nak sangat balik ke kolej atau berjalan-jalan di Bangalore. Pakailah apa korang nak pakai. Mahu bogel pun aku dah tak mahu ambil kisah lagi.

Bila dah kena marah.. baru la nak buat kerja. Boleh pun pakai lawa-lawa. Boleh pun bekerjasama. Boleh pun bersopan santun, meminta maaf, dan meminta tolong.

Sejarah tercipta untuk diri aku sendiri. Baik, buruk, embarrassing, whatever it is, terpulanglah kepada yang menilai. No regrets though, I learned my lesson very well. Really well.

Hari ni aku masuk pejabat. Penat masih terasa. Tapi dada aku rasa lapang.

Urat dan sendi masih sengal. Laporan masih dalam progres. Aku dah tak daya nak fikir sama ada program ni berjaya atau tidak tapi ramai pelajar berterima kasih dan memohon maaf. Biasalah tu. Aku rasa aku dah cuba yang terbaik menjalankan tanggungjawab. Biarlah kalau tetap ada yang degil tak mahu berubah. Aku dah tak marah.. sebab aku akan sentiasa ingat moment seorang pelajar berbangsa Cina, semasa bersalaman, tunduk mencium tangan aku semalam.

Terasa penat semua hilang serta merta. :)