aku perlukan fun yang euphoric akhir2 ni. dan tetiba ader member call pakai voice converter mcm suara baby.. aku gelak pecah perut. sungguh kelakar.
pastu dia seronok dengar aku gelak non-stop, dia call aku lagi 3-4 kali guna suara pompuan, suara pembunuh bersiri 'scream', suara baby dan suara chipmunk.
dan aku gelak lagi sampai mengalir air mata.
lama tak gelak bersungguh-sungguh.. hilang separuh stress aku.
yang best tu dapat hilang stress tak payah bayar walau se-paise pun. huhu.
Thursday, August 06, 2009
Sunday, August 02, 2009
yang ada.. yang tiada
- Natraj menarik diri daripada ahli rombongan minggu depan.. akibat perhitungan kewangan tersasar di Dubai bulan lepas. sebab dia bagi Bvlgari Extreme sebotol.. maka aku tak amek ati la dia tak join rombongan. huahaha
- Lumix TZ7 pujaan hatiku dah jadi milik Kak Wan. Hmmm... kamera apa pulak nak dibeli lepas ni. DSLRkah?
- SET700 juga akan berkubur di kedai JJ esok. Trade in dengan NokiaXM 5130.. yeay.. :)
- Karpet warna warni yang dikelepet oleh Kashmiri durjana di Bangalore telah aku tukar dengan karpet pujaan hatiku yang bertona coklat keemasan dari kedai Kashmiri Durjan itu.. haha.. victory on my side!
- Kak Wan akan meninggalkan India minggu depan. Malam ni Puan Zarina bakal gantikan dia.. dijangka tiba mlm smlm.. tapi entah kenapa malam ni baru tiba.. huhu.. lawak.. lawak..
keringat tulang empat kerat
Khairabdullah mengaku penat. Benar, 20 hari merantau memang memerah keringat dan semangat. Geliga otak meligat, ada masa apa yang terancang bertukar jadi jerat. Huh.. melayan kerenah manusia memang macam-macam tabiat..
Ada juga yang ramah bertanya.."Dah tau penat apasal buat?"
Entah ye. takde sape pun suruh buat. Sendiri yang gegatal sangat.
Jawapan tipikal khairabdullah selalunya "Why not?". Bukan khairabdullah suka-suka menghabiskan duit rakyat. Pada pandangan orang lain yang berbeza niat, memanglah jalan sana sini tu sesuatu yang hebat. Siap ada yang kata lain kali bawaklah dia sama kalau sempat.
Esok Isnin pulak.. mesti lemas dengan kerja pejabat. Kuuuuuss semangat..

Sunday, July 26, 2009
letourdesakitperutlahpulak
saya masih ada seminggu lagi dalam perantauan edisi 2009 ini.
dan saya sakit perut sekarang.
Tuhan, kuatkanlah semangat dan kesihatan saya.

Tuesday, July 07, 2009
geromal
dalam purnama menjengah penuh kelak, hamba akan merantau lagi ke tanah asing. menjengah tanah merongbengaluru melepas lelah, sementelah itu menunggang geroda ke mangalorewangsa. ah, di sana istana yenepoya dan NITTEsari menanti kunjungan langkahku. begitu jugalah sida-sida dan bentaraharung di bumi mangalorewangsa bakal kutujah dengan belati kata-kataku,
yang tua datang bertongkat
yang muda berlari-lari
yang teruna terloncat-loncat
yang dara senyum sendiri
..............
Manipalia meledak dengan berita hangat. Bantahan pemberontak setelah ditegah halus supaya berlaku sopan tidak dapat diterima dengan jiwa bebas warganya. Melenting! Panas! Amarah! Jiwa muda membara untuk mendedahkan tubuh giur di pantai Goangga sedikit masa lalu. Hanya 2 keping kain menutup dada yang membukit segar, dan cawat itu tidak mampu menampal luas permukaan punggung yang mungil. Dikhutbahkan kepada mereka, lantas dibalas dengan pemberontakan? ingin disaman malu pula penegur itu dengan dakwaan membawa aib tertuduh? Melampau!
boing boing boing.. bergoyang-goyang
ah! Ahh! Arghhhh!!.. berbunyi-bunyi
ye.. ye.. ye.. jawab tak jawab
kusut masai .. kusut masai..
...............
Geroda menerbangkan hamba kembali ke merongbengaluru. vinayakapuri menjemput hamba menjamu selera dan beramah mesra dengan warga asingnya.. kerana hamba juga sama asingnya. rakyat asing di vinayakapuri yang terpacul di lembah gersang salemangga ditindas dengan kaburan janji manis ibarat tebu di bibir para pemerintah vinayakapuri.
apa diharap tanah sejemput
disimpan buruk, dijual murah
apa diperap hati yang renyuk
dipendam rajuk, diluah marah
...............
Innovabots telah aku tempah. Enjin tuanya akan menggerakkan aku dengan perjalanan ke belgaumana dengan pecutan 1/90000000000000 kelajuan cahaya, memakan masa separuh orbit bulan mengelilingi bumi. 54000000000 milisaat terpaksa kuhabiskan. Rakyat belgaumana mengharap RajawaharlalNehru tidak memandang serong lagi kepada mereka, hasil output negatif produk terdahulu. Aku sekadar mampu menjengah dan cuba menjernihkan gumpalan albumin kelabu dalam sanubari pemerintah, dengan harapan besar agar dapat menjadi pemangkin menjernihkan keadaan seperti kalium manganat 7.
boom boom boom.. berdentam-dentum lagu
gluk gluk gluk.. cairan haram diteguk
entah mana nak percaya
sama saja .. sama saja..
...............
rakyat Dharwadumina menjejak bumi lain kala hamba menunggang kaldai tua itu ke sana. Tak mengapalah, dapat singgah di teratak buruk itu melepas dahaga dan menjamah secubit rezeki, cukuplah bagi hamba. manalah tahu, penghulu dharwadumina sedia menerima kunjungan rakyat hamba di jajahannya kelak.
yang molek datang berjemput
yang capek datang tak malu
yang bijak datang bersambut
yang tidak sekadar lalu
...............
Taredavangere makin mengukuhkan kuasanya. Cods, Jejem dan Papuji semakin galak membeli jiwa.. dan menarik lebih ramai warga pendatang ke Taredavangere. Entah apa muslihat di sebalik kegigahan pemerintahnya. Gembirakah rakyat hamba di sana? Kenapa ada yang mengadu hidup umpama dalam penjara?
untung nasib sabut tenggelam
untung bertuah batu timbul
apa untung batu tenggelam
apa untung sabut timbul?
................
Istana Maisurupahit tersergam indah. Rakyat Jasas pemakan sayur itu mengharamkan segala pemakanan binatang dalam jajahannya. Hamba bakal ke sana membawa warga asing yang baru untuk cuba mengenankan selera dengan hidangan pepokok.
dan berakhirlah kelana hamba di benua luas ini kelak.
ah.. hamba tambah rungsing dan bingung cuba mencernakan segala masalah rakyat hamba di benua ini. Ada saja kerenah, ada saja keletah. Minta itu minta ini.. mahu itu mahu ini.
baik hamba tidur saja sekarang. malam pun dah larut.