Saturday, September 19, 2009

kusangkakan rayanya esokkkkk

Maka berkobar2lah semangat kami di Chennai nak menyambut raya kononnya esok.. sementelah semua sahabat di Malaysia sibuk berkongsi cerita beli baju baru, shopping kuih raya, pi PaRam untuk juadah berbuka dengan murtabak dan air katira berkampit2, dan menghantar ucapan raya kepada kami.. dengan ucapan "pandu cermat bila balik ke kampung halaman" macamlah kami boleh drive jer nak balik kampung cam diorang. Kami buat dek ajelah.. kadang2 orang bergurau ni walau terguris di jiwa kita ampunkan saja.

Kami, khairabdullah dan khaifilelmi (khai square?) terus menginterview Kumar, si supir tempatan untuk menjejak kedai menjual mercun di kawasan sekitar. Hah.. di sini, produk sebegini halal. dan tiada statistik budak cedera atau beraya di hospital sebab maen mercun. sama ada diorang memang cermat dan bijak, atau takde siapa pedulik kalau ada yang mati pun. Rasanya tak peduli la. Hohaha.
Pengembaraan bermula! diorang masih sibuk jual bunga dan buah2..
kalau di Mesia dah macam pasar borong kuih raya dan baju raya, kan?


senyuman puas jelas terukir di raut wajah subjek. "tengok tuu... mercun! ", katanya girang

Testing. Rocket parachute namanya. tapi bukanlah Dr. Syed Muzafar yang terjun

pelita raya. korang bleh figure out yang mana dari Mesia.. yang mana dari Chennai kan?

Dan yang paling menyentoh perasaan hamba, sahabat di tanah air, Puan Khairolin (another Khai square?) telah dengan jayanya menyampaikan bungkusan dari Mesia. Kuih tart gulungkah?

Ah! Po~oh dan sekeping surat bertinta hitam! Apakah tart gulung?

Dengan penuh teruja aku pun dengan rakus membuka bungkusan itu. Wah, K~Lynn kata ada kek lapis Sarawak lagi tu.. sunggoh hebat!

Kendatipun demikian ye tuan2 dan puan2.. tart gulung kelihatannya bagai digoncang2.. pecah bekasnya.. yang ada bagai serdak kuih raya saja. Tak apalah K~Lynn, akanku makan juga kuih tart gulung yang kau susah payah hantar ini dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata. U're an angel!

Thanx a lottt! Allah jualah selayaknya yang membalas budi baikmu. :)

Dan sudahnya, penat kami menunggu titah raja2 hindia.. tapi anak bulan masih segan mengintaikan wajahnya. Maka puasa lagilah sehari esok.. di kala sahabat di Mesia menjamu selera di Aidilfitri..

riang ria raya

banyak pulak menda nak cerita. make em short eyh?

YANG INDAH


  • sebulan seblom raya aku minta students di Davangere host sambutan hari pertama raya. On. 230 pelajar dari tempat lain akan bertandang. whoaa.

  • sepanjang ramadhan, alhamdulillah aku berjaya juga puasa dan berlapar (aku kata berlapar sebab ada hari tu aku tidur saja sampai lebam). 70kg yang gebu kini cuma 64kg yang kachak. ah.. saya suke. terutama bila membelek diri sendiri kat cermin, pinggangku tak lagi ada lilitan asmara. yeay!

  • 90% lawatan selesai. tinggal 2 tempat saya nak lawat. karad dan pondicherry. dan delhi juga. nak lawat pelajar. maka ada 3 trip lagi. dan 2 kolej lagi di Chennai. hmmm.
  • seminggu lepas, aku telah mencipta rekod peribadi memandu lebih 1600km : Chennai-Bangalore-Salem-Bangalore-Chennai. dalam jumlah itu aku yakin lebih 100km adalah perjalanan akibat kesesatan. haha. yang buat aku bangga tuh sebab aku drive sesorang. dan sharon, GPS Navi tuh ada masanya membantu.. tapi dalam kebanyakan keadaan menyusahkan dan menyesatkan. sungguh deng!
  • si chevvy yang baru je aku basuh tadi. berkilau!

  • azham hantar biskut raya.. bila bukak parcel semuanya cuma serdak dan habuk saja. dearsarah hantar set baju raya. sangat sukanya! haizam hantar kad raya. ada dato' DUN satu tempat tu.. dia pun hantar kad raya. taklah terasa terpinggir sangat bila ada orang sayang kat kita ni.. hehe *blushing*

  • dalam perjalanan kembali ke chennai, aku singgah beli mercun. beribu2 rupees berhabes.. tapi berbaloi-baloian. keriangan ruah bila nampak warna-warni api mercun tu menerangi laman rumah kapel semalam.

YANG PARAH



  • sahabat OZF akan berkampung di selatan dan utara.. dan aku terpaksa bersabar tak dapat bersama.. aduhai..

  • kampung halaman dan suasana raya? dun even mention dat.

  • reseat PTK. adoih. again? adoidoidoihhh..

  • hutang laporan.. em.. banyak tuh.
em.. sangat tak menarik topik2 terakhir ni. aura loser terasa amat fokus di sini.

neway readers.. ENJOY RAYA!

Tuesday, September 08, 2009

membebel, memarah.. dan tak relevan.

m.

m. a.

m. a. l.

m. a. l. a.

m. a. l. a. s.

.. kenapalah orang2 itu terlalu suka mengamalkan teknik taichi.. tak paham2 ke aku ada keja lain... dan staf korang tuh ramai.. RAMAI!!

R.

R.A.

R.A.M.

R.A.M.A.

R.A.M.A.I.

tahu? staf aku ada sorang aje tau. setakat bukak website cari maklumat pun nak suruh aku ke? buat ajelah.

nak apa? duit? siapa kata aku cop duit kat sini? sejak bila ni?
apa? ada masalah dalaman? takleh setel? dah tu nak suruh aku buat apa..?? selesaikan masalah ngko?

ah.. penatlah!

esok mood aku elok baru sambung cerita. OK?

Monday, September 07, 2009

cerita makan-makan dan tak boleh makan

Salam Ramadhan Al Kareem

Berpuasa di Chennai? tak menarik sebab aku blom discover bazaar Ramadhan sampai ke sudah. dah lebih 2 minggu puasa, tak pernah sekali pun aku berbuka puasa kat rumah sendiri kecuali semalam masa aku jadik hos untuk iftar. Humak aihh.. abso~effing~penat~lutely lah. ader ke orang bujang yang selalu masak megi guna microwave oven ni disuruh jadik hos? Patutkah?? Ponder.. ponder!!

Tapi atas konsiderasi Perwakilan.. Mak-mak Dara pun menyerang apartment aku smalam.. habis dapur aku diorang rewang buat nasi ayam. Aku yang gigah bersemangat tak nak kalah, mengeluarkan 2 botol prego dan mula juga masak Spageti Bujang Terangkat.. huh.. kalau nak lumba dengan nasi ayam Mak Dara, Spageti Bujang Terangkat siap kena masak 2nd batch u ols!! Abang terbangga lah sikit.. tapi takdelah sampai riak pulak. Dosa kan?

nasi ayam mak dara ni nampak mengghairahkan sungguh! tapi kenapa spageti bujang terangkat juga yang dikejar orang? sedap sangat kotttt.. kuikuikui..

Neways, di sini yang menariknya waktu dan tarikh berpuasa berbeza mengikut tempat. Negara luas.. so timing ada sikit lari. Chennai start puasa awal tempohari.. sedangkan Bangalore dengan Delhi dan beberapa kawasan lain lewat sehari pula. Chennai bersahur dan berbuka 10 minit lebih awal dari Bangalore.. sekitar jam 4.38 pagi untuk waktu akhir sahur dan berbuka 6.20 malam. Yang lebih menarik tu ikut mazhab lelain.. Hanafi akan buka lewat, Syafei pula awal. Fitrah pulak, Syafei lebih mahal.. dan Hanafi lebih murah. So kalau berlainan mazhab, jiran sebelah rumah pun boleh buka lain2 waktu.

Pastuh kan.. kat Chennai ni kalau kita sibuk menggelar raya itu sebagai Aidilfitri, atau Lebaran yang Mulia.. diorang bleh lak panggil Ramzan. Penatlahh aku explain kata Ramzan bulan puasa.. raya plak kena makan! hehe.

Pastuh, kalau diorang tak sahur je terus kata takleh puasa. Bila aku tanya sejak bila sahur itu wajib.. pandai pulak kata tak wajib, "but it's a must, sir". hehe..

Neways,

Aku rindu betul kuih tart gulung ni..

tolonglaa pos gi Chennai wehh..

korang ni takde kasih sayang kat aku ke woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??

Kenapa dunia telah menjadi begitu kejam? Kenapa??

Kenapa????????????????????????????????????????????????????????????????

Bye.

Wednesday, September 02, 2009

hujan

chennai mula hujan.

syukurlah. kalau tak bukan main extreme panasnya. kena pulak tym puasa ni.. syukur jugalah.. taklah dahsyat sangat cabaran berpuasa. perut pun dah susut nie.. seluar semua longgar.. huhu

rindu betul nak ke bazar ramadhan. teringat zaman kat UPM dulu.

hidup di Chennai semakin payah. chevvy dah sampai, maknanya servis basheer tamat serta merta. aku rasa memang sukar nak memandu (dengan selamat) kat hindia ni. tak taulah.. mungkin tugas aku kat sini memang termasuk sekali skop kerja pemandu.

ok folks. dun feel like writing anyways. a million of things are there yet to be done .. dan aku tak boleh tido nyenyak kalau keja tak siap. tapi gi shopping boley pulak.. hawhawhaw..

later aye!?
Publish Post


bye