Sunday, November 15, 2009

needs motivation

dah lama tak gi gym. 8 bulan?

i need some motivation. really badly.
i just hate the bau ketiak of these people. BO issues!

Saturday, November 07, 2009

bila terasa malas

- i hardly move a muscle
- i'll watch tv, nap, tv, nap, tv, nap, tv, nap, tv, nap.....
- i shower once for the day...
- i dun answer calls, i dun make calls
- i wonder why i still get hungry
- i eat junk food. And chocolates
- i regret myself at the end of the day for not enjoying life and let time pass just like dat

Friday, October 30, 2009

Sekretariat Setengah Penuh

Aku selalu jadi sekretariat.. bukanlah maksudnya aku nak kata aku rajin, terel, mahupun hebat mengurus acara.. tapi semua yang aku buat dulu adalah sebagai sekretariat penuh..

sepanjang 4 hari ni aku bertugas di Bangalore.. seronoknya sebab kena jaga 2 perkara je. Dan membantu memana yang boleh. Jadi peningnya amatlah kurang, walau terpaksa tidur jam2-4 pagi setiap hari dan bangkit sebelum fajar menjelang.

aku terasa juga badan mudah lenguh dan letih. dah berusia badan aku ni.. dalam kereta on the way nak sambut YB dan delegasi kat airport.. asal kelip mata je terlelap.. kelip mata je terlelap.. bunyi hon bukan lagi sesuatu yang jengkel dan mengganggu.. huhu.

esok event dengan student di Bangalore. kena jadi pengacara mejlis. hehehe.

Monday, October 26, 2009

bukan semuanya indah

akhir2 ni jiwa sedikit kacau.

fun things are not quite fun anymore. or probably having too much fun will not do u any good.

some things in life may not be as perfect as per planned. it's so damn easy to say, tapi such a burden to experience on our own.

kadang tu mudah aje nasihat pada orang lain yang perlukan pandangan kita pasal kejadian-kejadian yang tidak diingini. dan bila kena pada batang hidung sendiri.. mulalah teraba-raba.. dan jiwa menjadi kacau.

i tend to think, i've been going through life not the smooth, easy way.. but sometime small things happened and i whine about it for some times, and it actually shook me off! mana pengajaran dari pengalaman masa dulu.. ??

apakah transisi lokasi dan kerjaya ini dah berjaya mengubah nilai-nilai kehidupan yang aku pegang selama ni? hati sudah tukar keras.. dan bila keadaan jadi sikit sukar, aku pun jadi bongok tak mampu berfikir dan bertindak secara matang dan rasional.

aku sentiasa pandang tinggi kat orang lain dan mengharapkan supaya daya intelek, kebijaksanaan dan jati diri sama tinggi dan terpuji, atau lebih dari yang disangka.. terutama sekali pada golongan yang lebih berusia.

tapi makin lama meniti jalan hidup ni, terang sungguhlah kebenaran bahawa usia bukanlah penentu kematangan. pengalaman juga tak semestinya menandakan seseorang itu mempelajari sesuatu dari apa yang terjadi. bukan semua orang tahu mengambil iktibar, dan menghargai pengorbanan orang lain.

ada masanya hati remuk dek perangai orang. tapi apalah guna meratap.. kerana timun tetaplah timun, kalau dilanggar durian hancurlah dia.

belajarlah bersabar, memaafkan, dan lebih bersyukur.

entri kali ini memang tak berstruktur. penceritaan caca-marba. tiada pengenalan dan subjek utama tidak diolah. tiada klimaks atau perjalanan pembacaan yang indah. sememangnya jiwa masih kacau.

sekian.

Wednesday, October 14, 2009

jenazah ke pangkuan

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Seorang pelajar aku di India meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya petang tadi. Esok aku akan ke lokasi embalment untuk menuntut jenazahnya, dan uruskan perkara2 yang perlu supaya jenazah dapat dipulangkan kepada keluarganya di Malaysia.

Barangkali, mungkin sekali akan perlu mengiringi jenazah itu jua ke Malaysia.

Di sebalik aku berkongsi rasa sedih mengenangkan sahabat dan keluarganya yang pasti berduka lara, jauh di sudut hati aku nampak rahmat Allah, barangkali ini sebabnya aku tak dibenarkan pulang berkursus tempohari. Kalau dah balik tu, mesti aku sambung cuti ke kampung halaman yang dirindui selalu, kan? dan mesti aku takde kat Chennai, kan? kalau dah aku takde takkanlah Chief Consul mampu mentahkikkan tindakan yang wajar dengan situasi yang tak pernah diuruskannya itu, kan? ye.. dalam sedih termengumpat pula ye.

Insaf.. insaf. Mohon ampun Chief!

Al-Fatihah buat Fatimatussolihah Aziz.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang syahid berkorban dalam perjuangan menuntut ilmu.. amiiin.

Sama-samalah kita doakan.