Tuesday, December 29, 2009

1-2-19

Penyata Mini Akaun Pendudukan Kapalkeras
_______________________________

Pinjaman penuh: 3 tahun.

Bayaran selesai: 1tahun, 2bulan, 19hari.

Baki tertunggak: 1 tahun, 9 bulan, 22hari.

----------------------------------------------------------

Hati aku berbolak-balik. Tunggang terbalik. Lintang pukang.

Sebenarnya aku suka ke dok India ni? separuh hati aku kata ye, separuh lagi tidak. Aku suka cabaran kat sini. Juga sukakan kebebasan yang tak ternilai. Bleh parking di mana saja, boleh U-turn sesedap rasa.. malah kencing pun tak segan silu nak dihajatkan ke tepian jalan. Bebas.

Orang kat sini, pada aku macam di tempat lain juga. Cuma kadang terasa dia saja nak bagi tekanan darah aku go upstairs. Tapi ada juga yang amat baik hati dan ikhlas.

"Kat India best, bleh main mercun..", kata Khaifil.

"Kat India ni kita rasa macam kaya je.. ", kata Kak Wan. Betul gak.. setakat ni aku menikmati sedikit keenakan yang dinamakan financial freedom. Hutang besar dengan bank dah dibayar. Hutang kad kredit pun dah lancar menuju sifar. uh. i loike.

Walaupun sunyi.. tapi sebenarnya aku menikmati keindahan berseorangan. Camana tuh?

Then aku terfikir apakah akan terjadi (Jerat Percintaan.. tiberr jek) bila aku balik kampung nanti.. lebih kurang setahun 9 bulan lagi ni.

Hmm..

Adakah pergolakan di Batu 26 akan selesai? atau same old same old, status quo je?

Adakah aku sudah naik pangkat di kala itu?

Adakah aku bebetul telah bersedia nak berumahtangga? atau main redah jer?

Adakah kekawan aku masih seperti dulu?

Adakah aku akan mampu bayar installment rumah?

.. dan

Adakah pada masa itu pintu taubat masih terbuka dan dunia masih belum Kiamat?

...

Adakah aku masih hidup?

Tuesday, December 15, 2009

rindu ah ah

aku tatau la.. lately memang menusuk2 kerinduan kepada kampung halaman. tahniah buat anak sedara aku - Zul - dah selamat pun mendirikan mahligai perkahwinan pertamanya. biarlah yang pertama dan terakhir ye.. susah nak duga institusi perkahwinan sekarang ni.. kadar ketahanannya tidak berkorelasi dengan apa2 pun.

I miss being in kenduri kendara.
I miss having my family to be together.
I miss the food we will have during rewang2.
I miss karaokekampung during weddings.
I miss the warmth, friendliness and togetherness of orang kampung helping out for the ceremony.

I miss the kompang team, and silat pulut, and sudden toll plazas..
and the kendarats who will be in uniformed colourful baju kurung and red lipstick..

and kids fighting for bunga manggar.

endless food and endless iced-sirap..

Thursday, December 10, 2009

geromal hujung tahun

aku tak berapa sedar plak dah nak masuk tahun baru.. selalunya kat mesia jejak je disember tetiber bersaljilah semua pasaraya.. kat sini lambat pulak nak jadi saljinya. siapa agaknya buat open house krismas kat chennai ni eyh? kalau buat thanksgiving makan ayam belanda terkangkang tu cubalah ingat-ingat aku yang dah seminggu melantak megi ni.

oh. megi. kenapa? semua gara-gara pushpa kena chicken pox. aku yang jadi mangsa. kalau nak kena chicken pox pun kena laa time aku travel. sebagai tanda protes, aku biarkan semua pinggan mangkuk yang kotor dalam sink. sebagai tanda kebodohan aku, malam tadi aku kena gigit semut karapolley dengan banyaknya, akibat meninggalkan terlalu banyak sisa makanan dalam sink. Bloodymeri betul. Ini semua kau punya pasal pushpa!

Naain ngan Haizam pun dah kembali kepada kehidupan yang penuh suka ria di Malaysia. terharu sungguh aku diorg sanggup datang jejauh nak melawat aku kat India ni. Kesian diorang terpaksa menerima hakikat bila mengorek hidung, tahinya berwarna hitam akibat terlalu berdebu di Delhi. Seronok. Dapat kawan nama Sohail.. aku rasa antara perkara paling unik. Kebanyakan orang kat Delhi kalau nampak tourists akan cuba mengkapur duit.. tapi baiknya si sohail ni.. dia cuma pekedai jual baju dan muffler je .. tapi bersungguh2 belanja kitorang naik beca ngan metro gi shopping. malam tu siap ajak ke flat dia. sedey.. flat 1 bilik je.. kongsi 3 orang ngan Tabrez dan Ghulam. Part yang indah tu, dia melayan kami sebagai tetamu dengan kesungguhan yang penuh beriya-iya.

Tak sempat hantar Naain dan Haizam balik ke Malaysia, kami berpisah di Bangalore saja. Maka di airport itu aku ke penerbangan berikutnya, sedangkanNaain ngan haizam dengan senggangnya catwalk mencari Vinayaka kat luar. Aku attend hari penyampaian hadiah kolej di sana dan satu event kebudayaan pelajar yang hebat.. M A L A T H O P P ! ! Penat jugalah melayan tetamu kehormat yang badannya di Manipal, hatinya di Delhi.. dalam pada tu sempat juga kutujukan sebuah lagu di pentas KMC Greens.. hak hak.. lepas gian.. lama tak nyanyi atas pentas dengan crowd 2000 orang.. hehehe.

Tahun depan apa pula ye? hajatnya nak mendekati pihak kerajaan tanah kapalkeras. tahun ni, ye.. semua pelajar dan institut aku dah jejak.. maka misi pengenalan dah selesai dengan jayanya. tahun depan buat² macam good-good la..

tahun depan juga aku nak mula belajar bahasa Hindi. aap kaise hain? mein aacha hoon. Hindi karo? thoda thoda ..

Tahun depan aku akan pastikan aku dengan konsistennya kembali ke gym. oh.. ruginya ada lagi membership sampai februari.. Poya telah memberikan sedikit inspirasi. tapi yang buat aku malas tu.. 8 bulan aku tak pegi.. hari tu aku singgah aku tengok saaaaamaaaaaa je keadaan gym-mates aku.. takde progres pun.. mungkin semua dah dapat 6-packs.. sebab tu tak nampak..

Tahun depan nak kena hantar beberapa dulang ke sana.. hmm..

Dan tahun depan, adakah udara 44 masih sama, sedangkan ramai sahabat dah melompat ke tangga 48?? mungkin.. mungkin tidak, berserah saja dengan pasrah yang tebal.



Jumpa lagi.. have a great weekend!

Tuesday, November 24, 2009

cakap-cakap yang besar

Halo!
Banyak benda yang mula berubah semenjak dua menjak ni. Pegawai bertukar ganti, ada yang baru datang, ada yang baru pergi.. dan aku memerhati saja gelagat orang-orang baru kat sini.

Tak kiralah sebanyak mana pun pengalaman yang kita ada, dan sebesar mana nilai digit usia kita, janganlah kita mendongak ke langit menujah hidung ke angkasa. Letaklah tapak kaki ke tanah, dan sedarlah kita cuma makhluk Tuhan yang kecil sahaja.

Masa aku masuk kerja dalam servis yang orang kata elit ni, aku terbawak2 cara kerja dengan omputeh kat pelabuhan dulu. Aku boleh panggil GM kat opis lama dengan nama dia je.. "Martijn, I don't think it's a good idea to do it that way.." ecece.. itu belum bercakap dengan Vincent Elfring yang botak tuh pulak.. "Vincent, with the capacity of job and tasks that we have to handle everyday, I strongly believe that we've been underpaid, and frankly I am not happy with the figures in my salary slip". Sebulan lepas tu aku letak jawatan. No, that is not the matter of discussion sebenarnya. Sebulan pertama kerja dengan sektor awam, aku kena sound kat telefon sebab guna perkataan 'awak' dalam ayat "kalau macam tu nanti saya emel awak berkenaan dengan jadual.." lantas dipintas dengan ayat "you ni new officer ye? belum pergi kursus lagi? Nanti masa kursus cuba belajar macam mana nak bercakap dengan pegawai, ye?". Wah. Bila dah lama sikit dalam servis, barulah aku paham TAK ADA RUGINYA KITA MENGHORMATI ORANG LAIN. Thank Mr. SalPar.

Masa kerja swasta dulu, kalau kau muda sekalipun, time kau bercakap dalam mesyuarat orang akan dengar dan respond. Itu adalah profesionalisme. Bukannya sebab kau tua dan jawatan kau besar, pastu orang muda tu ada point yang patutnya ko dengar, ko potong cepat2 percakapan orang muda tuh. Bukan ke lagi jelas kelihatan kebangangannya macam tu? Huish.. yang ni dah setahun lebih aku terasa ni.

Akhir2 ni, kes cakap besar melanda. Memang la kau dah lama kerja.. tapi pegawai lain tak pernah pun cakap aku-kau selancar tinja merembes bila cirit-birit menyerang. Time tak formal, ko cakaplah apa pun. Time official, pepandailah kan.

Aku bengang. Menyampah pun ada. Kalau bodoh, aku dengan senang hati nak menolong bagi kau pandai. Tapi kalau kau bodoh, sombong dan berlagak, mintak maaflah kan. Bercakap macam bagus ibarat lautan yang tak bertepi, tapi kerja takat sebutir pasir besarnya kau nak gah pada pantai.. huh. Benda yang penting kau tak buat.. benda ntah hapa-hapa ko fokus pulak.

Aku bukan nak mendabik dada kata servis aku bagus, sebab ada je yang buat tahi berbakul-bakul, terpalit pada semua yang sekandang. Jap, apasal asik cerita pasal najis je nih? Anyway, pokoknya kami diajar, ditegur, dinasihat, dilatih.. supaya bersikap baik, berpersonaliti unggul, berpengetahuan tinggi, kompeten, profesional, efektif dan efisien, teliti dan berketrampilan.

Dan bila aku tengok orang yang tak sedar diri nak berlagak tak tentu hala ni.. ringsa jantung aku nengokkan kerenah orang macam ni.
  • "dulu masa meeting ngan menteri I ada sekali dalam meeting room.. i tau cerita ni.." - tapi bila tanya apa keputusan mesyuarat, tak tahu pula..
  • "I selalu jadi sekretariat, I taulah pasal protokol semua ni" - padahal tengah citer pasal protokol lain..
  • "pegawai xxx ni lalai.. ada ke benda macam ni pun tak semak betul-betul" - alah.. ko buat surat eja 'cheque' pun jadi check.. apa hal?
  • "I nak beli beli Honda lah.. I dah biasa pakai BMW dulu I tak sukalah.. tapi Naza Suria I pakai minyak jimat sangat" - motif sebenar kau ialah apa?
.. dan bertimbun2 lagi ye tuan2 dan puan2.. aku tak larat ar. Hish..

Monday, November 16, 2009

thanx Sha..

ah.. beautiful song..

Thanx to nishashburn.

Enjoy!