rasa baru je kelmarin sambut tahun baru.
tup tup esok dah jumpa sabtu sekali lagi?
kenapa aku rasa hari-hari kerjaku ini mcm tak cukup je..
Friday, January 08, 2010
Monday, January 04, 2010
aspirasi tahun baru?
- tahun ni aku akan menginjak ke umur 30. apa pentingnya? tak penting.. cuma ingatan patutnya dah 30 tahun hidup di dunia, wajaran untuk tindakan dan pemikiran haruslah seiring dengan usia.
- aku dah signed up dengan gym di depan rumah. yes. mari hilangkann lilitan asmara di atas pinggang ini!
- aku nak travel lebih banyak tahun ni. cemburu tgk student aku dah sampai istanbul. aku nak ke europe, china, dan negara padang pasir - Egypt. ada rezeki terus buat umrah.. kan, kan? 2008 pusing Mesia, dah jejak Jordan dan Syria malah dipindahkan ke India. 2009 dah pusing India - Delhi, Agra, Jaipur, Gurgaon, Meerut, serata Karnataka termasuklah Bijapur, Pondicherri, Mahabalipuram, dah gi konsert AR 'Jai Ho' Rahman, dah sampai Vijayawada, dah experience acoustics yang hebat di Golgumbaz, dah lawat Mysore Palace, dah masuk Governor's residence di Raj Bhavan.. tapi yang paling menyentuh perasaan ialah dah masuk rumah sahabat baru di Delhi tempohari.. yang takde apa2 melainkan keikhlasan persahabatan.. huhuhu..
- aku dah beli kamera yang OK.. sekarang tinggal nak amek gambar saja. puas hati dengan hasil belian dan prestasi a230 ni.. aku nak kena dalami fungsi dan kelebihannya dengan lebih teliti.
- aku dah berjaya tempah suit yang elok. alhamdulillah, cantik fittingnya. i loike.
- aku tak mahu shopping banyak2 dah. cukuplah apa yang ada.. melainkan harga runtuh yang melampaui batas kemanusiaan yang orang akan kutuk aku sampai ke mati sebab tak beli.. maka itu ajelah perkara yang akan aku beli. cuma.. aku terasa nak beli PS3 atau X-Box. mana satu yang elok?
Tuesday, December 29, 2009
1-2-19
Penyata Mini Akaun Pendudukan Kapalkeras
_______________________________
Pinjaman penuh: 3 tahun.
Bayaran selesai: 1tahun, 2bulan, 19hari.
Baki tertunggak: 1 tahun, 9 bulan, 22hari.
----------------------------------------------------------
Hati aku berbolak-balik. Tunggang terbalik. Lintang pukang.
Sebenarnya aku suka ke dok India ni? separuh hati aku kata ye, separuh lagi tidak. Aku suka cabaran kat sini. Juga sukakan kebebasan yang tak ternilai. Bleh parking di mana saja, boleh U-turn sesedap rasa.. malah kencing pun tak segan silu nak dihajatkan ke tepian jalan. Bebas.
Orang kat sini, pada aku macam di tempat lain juga. Cuma kadang terasa dia saja nak bagi tekanan darah aku go upstairs. Tapi ada juga yang amat baik hati dan ikhlas.
"Kat India best, bleh main mercun..", kata Khaifil.
"Kat India ni kita rasa macam kaya je.. ", kata Kak Wan. Betul gak.. setakat ni aku menikmati sedikit keenakan yang dinamakan financial freedom. Hutang besar dengan bank dah dibayar. Hutang kad kredit pun dah lancar menuju sifar. uh. i loike.
Walaupun sunyi.. tapi sebenarnya aku menikmati keindahan berseorangan. Camana tuh?
Then aku terfikir apakah akan terjadi (Jerat Percintaan.. tiberr jek) bila aku balik kampung nanti.. lebih kurang setahun 9 bulan lagi ni.
Hmm..
Adakah pergolakan di Batu 26 akan selesai? atau same old same old, status quo je?
Adakah aku sudah naik pangkat di kala itu?
Adakah aku bebetul telah bersedia nak berumahtangga? atau main redah jer?
Adakah kekawan aku masih seperti dulu?
Adakah aku akan mampu bayar installment rumah?
.. dan
Adakah pada masa itu pintu taubat masih terbuka dan dunia masih belum Kiamat?
...
Adakah aku masih hidup?

Tuesday, December 15, 2009
rindu ah ah
aku tatau la.. lately memang menusuk2 kerinduan kepada kampung halaman. tahniah buat anak sedara aku - Zul - dah selamat pun mendirikan mahligai perkahwinan pertamanya. biarlah yang pertama dan terakhir ye.. susah nak duga institusi perkahwinan sekarang ni.. kadar ketahanannya tidak berkorelasi dengan apa2 pun.
I miss being in kenduri kendara.
I miss having my family to be together.
I miss the food we will have during rewang2.
I miss karaokekampung during weddings.
I miss the warmth, friendliness and togetherness of orang kampung helping out for the ceremony.
I miss the kompang team, and silat pulut, and sudden toll plazas..
and the kendarats who will be in uniformed colourful baju kurung and red lipstick..
and kids fighting for bunga manggar.
endless food and endless iced-sirap..

Thursday, December 10, 2009
geromal hujung tahun
aku tak berapa sedar plak dah nak masuk tahun baru.. selalunya kat mesia jejak je disember tetiber bersaljilah semua pasaraya.. kat sini lambat pulak nak jadi saljinya. siapa agaknya buat open house krismas kat chennai ni eyh? kalau buat thanksgiving makan ayam belanda terkangkang tu cubalah ingat-ingat aku yang dah seminggu melantak megi ni.
oh. megi. kenapa? semua gara-gara pushpa kena chicken pox. aku yang jadi mangsa. kalau nak kena chicken pox pun kena laa time aku travel. sebagai tanda protes, aku biarkan semua pinggan mangkuk yang kotor dalam sink. sebagai tanda kebodohan aku, malam tadi aku kena gigit semut karapolley dengan banyaknya, akibat meninggalkan terlalu banyak sisa makanan dalam sink. Bloodymeri betul. Ini semua kau punya pasal pushpa!
Naain ngan Haizam pun dah kembali kepada kehidupan yang penuh suka ria di Malaysia. terharu sungguh aku diorg sanggup datang jejauh nak melawat aku kat India ni. Kesian diorang terpaksa menerima hakikat bila mengorek hidung, tahinya berwarna hitam akibat terlalu berdebu di Delhi. Seronok. Dapat kawan nama Sohail.. aku rasa antara perkara paling unik. Kebanyakan orang kat Delhi kalau nampak tourists akan cuba mengkapur duit.. tapi baiknya si sohail ni.. dia cuma pekedai jual baju dan muffler je .. tapi bersungguh2 belanja kitorang naik beca ngan metro gi shopping. malam tu siap ajak ke flat dia. sedey.. flat 1 bilik je.. kongsi 3 orang ngan Tabrez dan Ghulam. Part yang indah tu, dia melayan kami sebagai tetamu dengan kesungguhan yang penuh beriya-iya.
Tak sempat hantar Naain dan Haizam balik ke Malaysia, kami berpisah di Bangalore saja. Maka di airport itu aku ke penerbangan berikutnya, sedangkanNaain ngan haizam dengan senggangnya catwalk mencari Vinayaka kat luar. Aku attend hari penyampaian hadiah kolej di sana dan satu event kebudayaan pelajar yang hebat.. M A L A T H O P P ! ! Penat jugalah melayan tetamu kehormat yang badannya di Manipal, hatinya di Delhi.. dalam pada tu sempat juga kutujukan sebuah lagu di pentas KMC Greens.. hak hak.. lepas gian.. lama tak nyanyi atas pentas dengan crowd 2000 orang.. hehehe.
Tahun depan apa pula ye? hajatnya nak mendekati pihak kerajaan tanah kapalkeras. tahun ni, ye.. semua pelajar dan institut aku dah jejak.. maka misi pengenalan dah selesai dengan jayanya. tahun depan buat² macam good-good la..
tahun depan juga aku nak mula belajar bahasa Hindi. aap kaise hain? mein aacha hoon. Hindi karo? thoda thoda ..
Tahun depan aku akan pastikan aku dengan konsistennya kembali ke gym. oh.. ruginya ada lagi membership sampai februari.. Poya telah memberikan sedikit inspirasi. tapi yang buat aku malas tu.. 8 bulan aku tak pegi.. hari tu aku singgah aku tengok saaaaamaaaaaa je keadaan gym-mates aku.. takde progres pun.. mungkin semua dah dapat 6-packs.. sebab tu tak nampak..
Tahun depan nak kena hantar beberapa dulang ke sana.. hmm..
Dan tahun depan, adakah udara 44 masih sama, sedangkan ramai sahabat dah melompat ke tangga 48?? mungkin.. mungkin tidak, berserah saja dengan pasrah yang tebal.

Jumpa lagi.. have a great weekend!