Tuesday, February 09, 2010

ambooi.. Sri Lanka..

sangkaanku meleset belaka.

negara yang bentuk mcm tahi burung keguguran itu taklah seburuk yang aku sangkakan.. dan aku tak sudah-sudah berasakan yang Sri Lanka, atau Colombo secara spesifiknya adalah India, atau spesifiknya Chennai, yang amat IDEAL.

that's how Chennai should be.

cleaner town. less crowd. proper. friendlier.

am considering to come back.

for more noritake. and more blue sapphires.

I <3 SriLanka..

amboi.. sri lanka.. amboooii sri lanka..


lalalaaaaa
...

Friday, January 08, 2010

oh. dah weekend dah?

rasa baru je kelmarin sambut tahun baru.

tup tup esok dah jumpa sabtu sekali lagi?

kenapa aku rasa hari-hari kerjaku ini mcm tak cukup je..

Monday, January 04, 2010

aspirasi tahun baru?

  • tahun ni aku akan menginjak ke umur 30. apa pentingnya? tak penting.. cuma ingatan patutnya dah 30 tahun hidup di dunia, wajaran untuk tindakan dan pemikiran haruslah seiring dengan usia.
  • aku dah signed up dengan gym di depan rumah. yes. mari hilangkann lilitan asmara di atas pinggang ini!
  • aku nak travel lebih banyak tahun ni. cemburu tgk student aku dah sampai istanbul. aku nak ke europe, china, dan negara padang pasir - Egypt. ada rezeki terus buat umrah.. kan, kan? 2008 pusing Mesia, dah jejak Jordan dan Syria malah dipindahkan ke India. 2009 dah pusing India - Delhi, Agra, Jaipur, Gurgaon, Meerut, serata Karnataka termasuklah Bijapur, Pondicherri, Mahabalipuram, dah gi konsert AR 'Jai Ho' Rahman, dah sampai Vijayawada, dah experience acoustics yang hebat di Golgumbaz, dah lawat Mysore Palace, dah masuk Governor's residence di Raj Bhavan.. tapi yang paling menyentuh perasaan ialah dah masuk rumah sahabat baru di Delhi tempohari.. yang takde apa2 melainkan keikhlasan persahabatan.. huhuhu..
  • aku dah beli kamera yang OK.. sekarang tinggal nak amek gambar saja. puas hati dengan hasil belian dan prestasi a230 ni.. aku nak kena dalami fungsi dan kelebihannya dengan lebih teliti.
  • aku dah berjaya tempah suit yang elok. alhamdulillah, cantik fittingnya. i loike.
  • aku tak mahu shopping banyak2 dah. cukuplah apa yang ada.. melainkan harga runtuh yang melampaui batas kemanusiaan yang orang akan kutuk aku sampai ke mati sebab tak beli.. maka itu ajelah perkara yang akan aku beli. cuma.. aku terasa nak beli PS3 atau X-Box. mana satu yang elok?

Tuesday, December 29, 2009

1-2-19

Penyata Mini Akaun Pendudukan Kapalkeras
_______________________________

Pinjaman penuh: 3 tahun.

Bayaran selesai: 1tahun, 2bulan, 19hari.

Baki tertunggak: 1 tahun, 9 bulan, 22hari.

----------------------------------------------------------

Hati aku berbolak-balik. Tunggang terbalik. Lintang pukang.

Sebenarnya aku suka ke dok India ni? separuh hati aku kata ye, separuh lagi tidak. Aku suka cabaran kat sini. Juga sukakan kebebasan yang tak ternilai. Bleh parking di mana saja, boleh U-turn sesedap rasa.. malah kencing pun tak segan silu nak dihajatkan ke tepian jalan. Bebas.

Orang kat sini, pada aku macam di tempat lain juga. Cuma kadang terasa dia saja nak bagi tekanan darah aku go upstairs. Tapi ada juga yang amat baik hati dan ikhlas.

"Kat India best, bleh main mercun..", kata Khaifil.

"Kat India ni kita rasa macam kaya je.. ", kata Kak Wan. Betul gak.. setakat ni aku menikmati sedikit keenakan yang dinamakan financial freedom. Hutang besar dengan bank dah dibayar. Hutang kad kredit pun dah lancar menuju sifar. uh. i loike.

Walaupun sunyi.. tapi sebenarnya aku menikmati keindahan berseorangan. Camana tuh?

Then aku terfikir apakah akan terjadi (Jerat Percintaan.. tiberr jek) bila aku balik kampung nanti.. lebih kurang setahun 9 bulan lagi ni.

Hmm..

Adakah pergolakan di Batu 26 akan selesai? atau same old same old, status quo je?

Adakah aku sudah naik pangkat di kala itu?

Adakah aku bebetul telah bersedia nak berumahtangga? atau main redah jer?

Adakah kekawan aku masih seperti dulu?

Adakah aku akan mampu bayar installment rumah?

.. dan

Adakah pada masa itu pintu taubat masih terbuka dan dunia masih belum Kiamat?

...

Adakah aku masih hidup?

Tuesday, December 15, 2009

rindu ah ah

aku tatau la.. lately memang menusuk2 kerinduan kepada kampung halaman. tahniah buat anak sedara aku - Zul - dah selamat pun mendirikan mahligai perkahwinan pertamanya. biarlah yang pertama dan terakhir ye.. susah nak duga institusi perkahwinan sekarang ni.. kadar ketahanannya tidak berkorelasi dengan apa2 pun.

I miss being in kenduri kendara.
I miss having my family to be together.
I miss the food we will have during rewang2.
I miss karaokekampung during weddings.
I miss the warmth, friendliness and togetherness of orang kampung helping out for the ceremony.

I miss the kompang team, and silat pulut, and sudden toll plazas..
and the kendarats who will be in uniformed colourful baju kurung and red lipstick..

and kids fighting for bunga manggar.

endless food and endless iced-sirap..