Wednesday, March 03, 2010

ke hyderabad pula

kadang bila hati meredam rasa tak seronok, eloklah keluar berjalan2 dan hilangkan sementara rasa yang tidak seronok itu.

maka tuan tanah pun mengembaralah ke hyderabad. toksahlaa tanya apa sejarahnya, raja apa, kenapa itu dan ini pasal hyderabad, aku tak amek tahu pun. zaman skang kalau org tanya, jawapan nya ada 4 benda yang paling signifikan:
  1. Hyderabad adalah IT City - macam Bangalore dan Pune
  2. Biryani dikatakan amat sedap..
  3. Mutiara adalah produk natural yang amat feymes.
  4. Keadaan di sini agak meruncing disebabkan desakan perpecahan Andhra Pradesh menjadi 2 negeri berbeza - satu lagi adalah Telangana. dan Hyderabad jadi rebutan.
dan kenapa aku gi Hyderabad? saja. Chennai tak best. dan aku tak penah pi Hyderabad lagi. dan kekawan 'tempe' aku ada kat sana - Ronald Stephen Fernandez.

So, kami naik tren petang itu. kol 6.10 petang dari Chennai Central, dan tiba di Secunderabad 13 jam kemudian. tapi sangat selesa. Tidur saja dalam coach sleeper AC 2-tier itu sambil main kad. Sampai saja di stesen pakcik Ravindran datang menyapa - susah payah dia datang. Pas bekfes, terus ke tempat penginapan. Cipta rekod peribadi di situ - nek autorickshaw 6 orang sekaligus, pastuh nek lak MRT dia yang mcm sardin [hangus] tu.. wahh.. azab rupanya.

menghabiskan masa sesudah bermarhaban secara trio. permainan itu bukan berjudi ye. jangan tuduh saya yang bebukan pula. tgk kepala nazrul bertandukkan air oren tu.. comel kan?

MRT yang azab. Menyesal pulak aku tak suruh Harsha tahan teksi. Perjalanan merentas 7 stesen, bayar cuma Rs2.00 je sekepala - Secunderabad to Hitec City. Murah.. patutlaa jadi sardin hangus.


Sesudah kami tak ke mana sangat. Singgah Charminar - best! rasa mcm kat Arab Street - dan ada masjid yang dipanggil Mecca Masjid. Disebabkan sambutan Maulidurrasul, keadaannya agak ketat dengan sekuriti, dan aku takut kena bom jagi aku blah cepat2. Then singgah pulah ke Hussain Sagar untuk makan tengahari kat waterfront dgn ronald dan angela, pastu melawat taman2 rekreasi. Seronok jugak. rasa liberated. malamnya kami ulang semula ke Hussain Sagar naik bot ke tengah tasik [yang busuk] tengok patung Buddha kat situ (kononnya diukir dengan seketul marble yang amat besar). Makan malam tu kat umah ronald.. capati dia sodap bona.. den tambah 3 kali.. huhu.

seblom makan sempat lagi main boling. pak mentua ronald pun join. cayalah uncle kenny! seperti biasa haruslah aku juara.. tak perlu ditanya dahhhh.. itu dia aksi sang juara.. yeahh!


Malam tu aku takleh tidur.. hangat sungguh. so, aku tidur atas lantai. Sejuk sket. nyamuk plak menyerang macam tak penah hisap darah lelaki kacak macam aku.. habis kulit aku yang mulus ni bintat-bintat.

Esok paginye menjelang, kami makan kat Chutneys. sodapppp.. sampai menjilat celah kuku! then perjalanan diteruskan ke Ramoji Film City.. bosa bona.. den kagum. Cantik pulak tu. Disobabkan den malas nak upload, korang tengook laa gambar kat fesbuk den yo.

Nilah entrance film city.. aku ingatkan tak best.. rupanya best giler.. setakat Mines Wonderland tu takyah la nak banding. yang tak best cuma panas giler.. panas leting eyh?


Esoknya kami beli pearl - itu pun sebab ada org sibuk nak kirim.. pada aku kat Sabah lagi cun.. pastu pi Salar Jung Museum.. pastu makan biryani kat Hyderabad House.. pastuh kami pun balik naik flight. Oh.. airport Hyderabad sangatlah serupa ngan KLIA.. dalam skala yang lebih kecil je. Memang ada kolaborasi ngan MAB katanya.. kagum lagi saya dengan kehebatan bangsa dan kepakaran rakyat negara saya..

Kenapa aku kena tulis kat blog? Janganlah tuduh aku:
  • berlagak banyak duit - asyik berjalan je pastuh nak tunjuk kat korang.. ni catatan supaya aku taklah lupa apa yang berlaku dalam hidup aku.. nanti cucu aku tanya aku bleh bagi dia URL blog ni.. senang, kan?
  • takde kerja kat oversea - asyik berjalan je. helloo.. ni cuti weekend, kebetulan maulidurrasul kami cuti sama..
  • tak buat kerja tapi sibuk hapdet blog - hello.. hello .. hello.. aku buat kerja2 lagha ni kat umah.. kat opis aku buat kerjalah.
dah.. karang melarat pulak. aku pun tak paham kenapa semenjak dua menjak ni aku mudah sangat nak melenting.

tarik napasssssss... hiusshhhh.. ok.. mari rembeskan endorfin di Talwalkar!

Tuesday, February 23, 2010

cebis-cebis

  • dah seminggu pi eksesais. ketara sungguh sendi dah berkarat. buat sit up sikit pun cramp. ciri-ciri manusia 3 dekad usia semakin ketara, cecita 6-pack mungkin aku kuburkan jadi family-pack saja. Gambar di bawah.. oh, janganlah dibayangkan muka aku akan berbadan macam itu. Having said dat, katalah tetiba regime eksesais berubah menjadi ekstrim dan tetiba terjadi lah pulak torso aku sebegitu.. oh..
  • dulang-dulang dah mula diisi. hmm.. tinggal sikit2 je lagi. kena buat sikit2lah. kalau nak terussss jer nak siapkan sekali jalan.. pensanlah pakcik.
  • bulan ni dan bulan lepas hampeh takde saving. asyik jadi banker. bagi kat sana, bagi kat sini.. [bunyik mcm tak ikhlas lak kan].. i thought i gave enough, but some people seem to live life with a little help every now and then. sekarang mungkin rezeki aku lebih sikit.. esok lusa siapa tahu kan. Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa.
  • staf aku ni, makin lama makin tipis kesabaran aku pada dia... sabar ajelah.. niat nak pecat tuh membara sungguh! Tapi aku masih berpegang pada satu motto "Kebodohan orang adakalanya barangkali adalah disebabkan oleh kebodohan pengajarnya".. jadinya.. aku masih menganggap aku masih perlu mengajar.. dengan kesabaran.. dengan cara baru.


  • 2 rancangan TV yang amat melalaikan telahpun muncul di kaca TV skang ni.. So You Think You Can Dance - yang mampu membuatkan kepala aku teroleng-oleng ikut movements dan koreografi.. Dan American Idol yang tak pernah gagal membuatkan aku terkagum dengan bakat manusia di muka bumi ni. Tapi apa yang sebenarnya aku suka adalah cara pengkritik itu meluahkan komen yang membina dengan jujur dan penuh detail. Punyalah mendalami sampai kekadang air mata diorang pun menitis sama. Dan perkara persembahan pentas ni bukanlah semudah yang disangka.

OK, mau tidurin dulu.

Saturday, February 20, 2010

penjilat buntut dan kenapa aku menyampah dengannya

  1. aku lurus bendul;
  2. walaupun hakikatnya bila 'buntut dijilat' itu rasanya enak, tapi aku bukanlah seorang 'penjilat buntut';
  3. bukan hasil kerja yang dinilai, tapi keenakan jilatan yang diambilkira;
  4. 'penjilat buntut' sanggup memijak kepala orang lain supaya jilatannya enak dan memuaskan
  5. selain itu, mereka juga sanggup tikam belakang, kiri, kanan, malah secara berdepan supaya sentiasa berpeluang menjilat dengan jayanya;
  6. penjilat buntut amat pakar mencuri kredit.. semua benda dia tahu dan dialah yang buat;
  7. walaupun aku lurus bendul, tapi aku selalu terperasan perilaku seorang penjilat buntut. so, takdelah aku ni lurus sangat rupanya;
  8. pernahkah buntutku dijilat? ah, di sini jilat buntut adalah kebiasaan. asal berduit sikit, habislah buntut akan dijilat..
  9. penjilat buntut selalu akan dilihat sebagai manusia yang kompeten dan berdaya saing, sedangkan kerjanya hanya menjilat buntut saja;
  10. aku nak tengok penjilat buntut betul-betul menjilat buntut. mesti lepas tu diorang insaf.
- entri penuh marah kepada penjilat buntut yang menyumbang kepada politik pejabat yang tidak sihat. perlukah aku pos entri ini? opps.. tertekan butang 'publish post' di situu

sekian.

Friday, February 12, 2010

post bergambar:

Para pembaca, sila nikmati!

bersama Rahmat Ekamatra, paling kanan dan kena tindih.. hahahaha



beetlejuice di tengah rumput - ala-ala scene citer Gladiator, kan? kan?


World's End - pemandangannya Subhanallah.. cun


Ending your life at World's End - if you fly to the other direction

Baker's Falls. Airnya sejuk, dan aku terlupa bawak spender lebih.. so tak mandi kat situ!


konon kat New Zealand.. bersama dua penggembala biri2.. huhuhu


Tasik yang indah di waktu mentari muncul di ufuk timur


Botanical Garden di Nuwara Eliya.


Blue Tea Garden @ Kandy


Tapak Kaki Buddha - Tooth Temple kat Kandy


Tooth Temple minaret, Kandy

Thursday, February 11, 2010

Pity kay..

gagal sekali lagi.

apalah benak sangat aku bleh dapat D untuk satu paper?

atau haruskah aku bersyukur sebab satu paper dah lulus.

Maka, bersyukurlah aku dalam kepiluan...

uwaaaaaaaaaaa...