Monday, June 30, 2008
Thursday, June 26, 2008
tag lagi
1 hari yang lalu, apa anda buat.
berpisah ngan rumet touch and go selepas makan satay, durian dan kepak ayam yang 'sehingga menjilat tapak tangan'. sedap!
1 orang yang terakhir menelefon kamu.
brader jual perfume. update order.
1 makanan yang baru dibeli
makanan untuk nafsu hidung. beberapa botol perfume bertambah lagi- CK Truth+after shave, CK eternity + free deo stick, dan Bvlgari pour homme set dgn douche gel et barre de savon. gile. terlebih sudah!
1 barang yang baru hilang.
urine. hilang bersama flush di bilik kecil itu sebentar tadi.
1 cerita yang baru ditonton.
Along Pvt Ltd. hahaha.. sungguh lucu.
1 hal terakhir yang digossipkan.
khai nak kahwin tahun ni? <- gosip disampaikan oleh fiqadhurri. bukan hal yang digosipkan. kawan ni ha.
1 kata yang ingin diluahkan.
hantarkan ON HIDUNG ke 32999. ^@%^#!^@%@^#E%.
1 buku yang sudah dibaca.
quick reference HP Notebook PC. ngantuk juga nak ngabeskan.
1 penyakit yang sering datang.
penyakit malas. siapa ada ubatnya?
1 keinginan.
ingin menjadi rajin dan bermotivasi
Wednesday, June 25, 2008
bersama Gabby
hari gaji typist i hari ni. patutla maybank2u manjang.. bayar hutang sana sini.
dan hari ini buat pertama kali dada I tercatat melalui Gabby.
i kagum dengan kehebatannya. apatah lagi Gabby memanjangkan langkah terpaut ke jaringan maya dengan kebolehan tanpa wayarnya itu dengan kelajuan yang memeranjatkan.

obvious sangat typist i merasai nikmat keterujaan setelah sekian lama dia suffer penyakit ahedonia: kehilangan upaya merasa teruja. sket2 nampak dia tersengih dan menyebut "waaaahh....!" dengan kadar volume vokal yang rendah. kakchah kat sebelah dia menunjukkan riak muka yang menyampah dalam gurauan sambil jiwanya barangkali mengumpat "wah angkuhnya wajahmu dengan laptop baru sampai akak cakap ape pun wat dek je". knowing my typist, i tahu hatinya berkata.. "ada aku kesah?".
esok lar i cerita panjang. typist i nak balik dah.
Monday, June 23, 2008
tukang tag
kawan baru rancang nak buat keja dengan penuh komited (dengan penuh harapan hari ni ada kerja), dan merancang apa nak ditulis pada dada khairabdullah untuk perkara-perkara yang berlaku akhir-akhir ini seperti kelahiran Gabby dalam hidupku(i'm in luv to my Gabrielle Solis) , atau balik johor tanpa perancangan (which left me to brokeback fountain status as always.. lagilah minyak naik rege ni) atau medcham lepak umah kawan sebab dia nak report duty ka psd sementelah terlantiknya menjadi ppudpa.. yang penting ialah dia ikut cakap kawan suruh potong rambut.. baiknya ya Allah muka encik medcham walau perangainya masih sama seperti biasa.. oh makin kurus juga dirinye (part muka je, barangkali guna face lifting cream atau teknologi nano, sebabnye perut mcm sama seperti biasa juge seperti sediakala.. huhuhu)..
malangnya semua perancangan kawan terdivert oleh encik sani yang mana telah mengetag dada khairabdullah dalam catatan blog beliau. dan enche zahack juga. dan titianalayolamacapagalarroyo juge. ameklah!!
1. Nama timang-timangan oleh orang tersayang?
Family : erol (macam comel), cik un (anak sedara), tok cu (cucu sedara)
Friends : kerol (kawan kampung), koden (kawan skolah rendah.. ), gillette (masa skolah menengah.. blame the sdarians), erol (masa diploma di kolej karisma), din (masa degree kat upm dan keja kat PTP) dan khai (masa jadi peeteedee). kenapa khai? sebab masa LDK unggul ada orang dah amek nama Din. orang itu ialah Saharuddin Mohd Kia. last-last orang panggil dia Sahar. dan nama kawan jadi Khai. sampai kat ellyq, zahack, ezra, fiqadhurri dan yusnalee, nama kawan dijadikan pokai (kami mulakan dengan 'po'.. poya, pori, poha, poqa, poyus..sebab tu zubethdah tak join grup kitowang dulu sebab nama dia akan jadi podah!! sowie poha..)
er.. orang tersayang panggil kiter 'awak'..
2. Anda seorang yang?…
rujuk: lelaki pisces yang tipikal.
3. Insan teristimewa…
ramai sangat.
4. Makanan dan minuman kegemaran saya…
Makanan - ayam. kawan adalah peminat ayam in denial. tiap² hari makan ayam. tapi tak nak ngaku. paling best ialah ayam masak bugis yang mak masak pada hari raya dan dimakan dengan lahapnya bersama burasak yang lemak.
Minuman - teh-O-laici-suam-kurang manis-nipis-gelas besar. ye, mamak memang selalu tak dapat tangkap order kawan seolah-olah kawan baca ingredient Big Mac yang bla bla ... sesame seed bun...
5. Favourite colour
sekarang ni hitam. barangkali kerana ingin menyorokkan lilitan asmara sekitar pinggang.
6. Favourite song
sekarang ni, di bilik air suka melalak lagu Belahan Kedua. di dalam kereta ketika memandu-Mengenangmu (kerispatih) tapi all time favourite ialah lagu Now and Forever oleh encik richard marx. jiwang rupanya.
7. Siapa yang selalu buat saya gelak?
mimo dan tito. dan nabil, raja lawak itu.
8. Sikap yang buat anda stress
i-pemandu wanita yang tipikal. tapi kwn² kawan semua terer. betul, ini jujur dan ikhlas. yang tipikal itu adalah pemandu wanita yang tidak tahu fungsi cermin pandang belakang, kiri dan kanan, tidak punya kebolehan menganggar jarak kereta lain, tidak reti menggunakan signal untuk membelok.. atau dalam satu perkataan: sengal.
ii-bila tak tau ujung pangkal nak buat keja yang disuruh tapi orang ingat kita ni pandai sangat buat keja. rasa macam bodoh tengin.
iii-bila buat salah yang dari awal dah tau akan jadi masalah tapi buat jugak. contoh paling mudah ialah malas bangun awal pagi sambil mematikan alarm dengan selambanya dan terus enak dibuai mimpi. sudahnya kawan lambat, memaki hamun pemandu wanita tipikal (seperti di atas) di jalan raya dan rasa macam bodoh kat pejabat (juga seperti di atas).
9. 3 benda yang selalu ada dalam poket? (soklan asal dalam handbag. giler aper nak bawak hembeg?)
henfon, kunci, wallet, duit, rokok, lighter, thumbdrive, pas keselamatan, dan resit yang selalu kawan simpan lepas tu hancur-bila-masuk-mesin basuh-dan-meninggalkan-cebisan-noda-noda-putih-pada-pakaian-berwarna-gelap. eh, banyaknya barang dalam poket. bagai poket ajaib doraemon pula.
10. Kali terakhir anda beriya-iya menangis…
bila dapat surat pertukaran, kawan dapat hadiah daripada keluarga udpa. diorang bubuh mesej dalam botol-botol kecil dan comel.. susah gile, terkial-kial nak keluarkan. setiap satu pesanan itu dibaca dengan linangan air mata yang tak dapat ditahan-tahan sehingga termenangis tersedu-sedan kerana kasih sayang dan kenangan indah bersama keluarga udpa. ada satu botol je tak baca lagi sebab dia tulis kat luar mesej tu- baca bila sampai india. sudahnya esok tu mata bengkak ke pejabat.
11. Perkara paling lucu atau memalukan dalam hidup anda…
kawan suke menyanyi. tapi tak suka perform. masa berkursus setengah tahun dulu ada satu minggu tu tetiap malam disuruhnya kita perform. nyanyi, joget, nasyid, nyanyi lagi dan lagi. ada satu malam tu direquest lagu a**** z*** . kawan tau kawan takleh bawak lagu itu ikut key asal.. maka dipesanlah pada technician supaya turunkan dua takuk key lagu tu. rupanya dia salah tekan punat remote control, dia up dua key!! bagai terc*r*t kawan menyanyi atas stage sehingga satu part dah takleh tekan dah, suara off tune ke lautan hindia.. kawan pun cakap dengan penuh yakin "maaf, saya kurang sihat" dengan muka yang pucat dan perasaan yang maha aib tak ingat. kawan-kawan kat bawah pun muka pucat juga kerana begitu perit menahan pencemaran bunyi. sejurus menyanyi dengan tahap vokal yang buruk itu, lepak backstage kejap dan terus meninggalkan majlis dengan alasan yang kawan declare tadi. kurang sihat. konon. turun pentas, encik faruqy beriya tanya, "ko ok ke?"..
kawan gi hartamas square, makan kueytiau kerang, dan segala-galanya pada malam itu bagai tidak pernah berlaku.
12. Tag 6 orang rakan2 ku…
faizaladinda, didi, adni, adzsha, fendiosman dan rushmurad.. heh.. YOU'VE BEEN TAGGED!!
babai. :)
Friday, June 20, 2008
rindu
seronok sangat bekerja, buat memo, buat surat, kutip dokumen.. sampai terbengkalai dada khairabdullah tanpa catatan apa-apa.
terima kasih masih sudi singgah ye!
teman-teman kawan dah dapat tarikh untuk ke dua negara timur tengah. nanti boring jugala kawan kat sini. takpelah. mungkin besar rahmat di sebalik tiap perkara ni kan?
minggu ni kawan mengganas juga dengan jualan perfume. alah.. bukan nak amek untung pun.. bantu kawan-kawan lain nak dapatkan perfume mahal dengan harga melampau murah. semalam je 14 biji miniature pelbagai jenama berjaya kawan jual. paling seronok moment bila tengok muka customer happy dengan wangian memasing. tapi yelah kan, ada defect sikit. tapi yang penting original. teruja supplier kawan bila tetiap hari kawan order baru.. huhu
- en. pyan amek bvlgari extreme (my very first customer.. yeyehhh!!)
- cik putri amek SF subtil dan bvlgari pour homme
- tuan AS amek bvlgari pour homme da hugo XY
- tuan RR amek chanel allure utk wife dia
- en. nizam amek chanel allure homme
- cik putri II amek CD forever and ever
itu tak kira lagi partner in crime kawan nye jualan. market dia lagi ganas. dia dapat order:
- SF white pour femme
- eau de cartier
- bvlgari omnia crystalline
- bvlgari extreme
- dunhill desire red
- chanel allure pour femme
dan masih menunggu shipment baru untuk beberapa order baru..
hari ni juga hari terakhir bersama encik hasmat yang bakal terbang ke jordan mgu depan. lepas ni encik MHH pulak awal Julai nanti. tinggallah kawan dan encik opet. seronok juga sekarang ni bantu unit ni utk pendaftaran student yang buat kursus persediaan ke india nanti. mcm2 ragam. harap² masa persediaan ni diorang dapatlah belajar menjadi lebih rasional dan matang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai student tajaan kerajaan, malah lebih penting sebagai duta kecil malaysia ke negara luar. kawan dulu nak buat matriks pun tak dapat. bukan pasal kawan tak layak, tapi kesilapan teknikal terhadap borang kawan. diorang ni perlu bersyukur dengan peluang dan kemudahan yang diberikan.. walaupun dihantar ke negara status kapalkeras.
p.s.: petang ni kawan nak gi amek lappie kawan yang dah kawan tempah tempohari. yeay!
