Wednesday, August 27, 2008

Dubai


Tempoh transit jam terakhir sblm ke hashemite kingdom

Monday, August 25, 2008

star nite

ni saje kawan bubuh gambar pintu masuk dari dalam d'EssG sempena majlis makan malam YBhg TS bersama peserta deepeeyea bilangan 120o8. kalau perasan di pintu masuk itu digerbangi tetiang ala garden wedding, dan di luar tu ada pameran yang hebat.. amat kemas dan teratur. di dalam, segenap slot dinding ditampal gambar yang dimagnify saiz poster tapi diprint dalam bentuk tiles.. amat smart.. dan menimbulkan aura yang sangat grand. pentas toksah cakaplah.. memang semangat dengan lampu lip lap dan bintang kejora segala...

tapi kalau kawan nak cerita overall.. hmm.. mula dengan kumpulan kawan sendirilah ye:

120o5: penuh dengan perasaan sebak dan pilu. nothin much on the performances, pameran (nanti bias plak kan.. sebab kawan perform dan in charge juga utk pameran.. huhuhu) or hiasan dewan.. tapi aura kesedihan memang berat menyesak dada kami semua. unlike others, malam itu memang malam terakhir kami beraksi di lembah ki*ra.. esoknya semua orang dah kena evac asrama. menjelang jam 11 malam tepat, sebaik dinner itu tamat, kami semua mencabut nametag latar cerah itu (skang dah kekuningan warnanya) menandakan tamat sudah gelaran peserta kursus.. yang menunggu isnin kemudiannya adalah gelaran penolong pengarah, penolong setiausaha, penolong pegawai daerah.. dan kawan juga telah terconvert menjadi penyelaras projek (sebelom ditukar menjadi penyelaras program). di ki*ra air mataku tertumpah.. huhu.

220o5/6: hiasan dewan paling superb. super hebat. kumpulan ini adalah yang pertama mencipta suasana serba baru d'essG denga facelift yang gah. blok-blok abjad sebesar budak darjah satu dengan replika rerama yang melambangkan kitaran metamorfosis sudah lengkap untuk menerjah realiti karier. persembahan yang diingati - nyanyian live lagu hindustan OST cerita Mann yang menyebabkan kawan ternganga dengan tangan memegang sudu tak sempat suap ke mulut sampailah diorang habis menyanyi.. pheuh.. punyalah menusuk kalbu.. tegak roma di tengkuk..

120o7: penuh dramatik. persediaan saaaaaangat last minute. kawan sendiri panas punggung tengokkan persediaan yang agak tergelincir dari jadual asal. tapi biasalah petede nih.. kalau kata jadi tu, jadi jugaklah. hiasan dewan melampau.. penuh d'essG dengan karya lukisan dari Balai Senilukis Negara. kerja encik peterpan la tuh yang jadik floor manager. time nih ada tarian jawa.. koir borneo yang syok [tinggi-tinggi gunung kinabalu.. kinabalu..kinabalu..]... yang seronok time tu tengok expenghulu menari tarian india terhenjut-henjut.. haha.. chomel. paling syok, majalah diorang yang sangat menarik.. hwaahhh!! finale sangat best, lagu malaysia berjaya.. finale penuh impact. terasa puas tu sebab kelam kabut di awalnya terbayar dengan kesempurnaan yang dipersembahkan. malam itu juga kelihatan encik ZP menari tarian bhangra.. katanya tak pernah menari tapi mcm dah biasa je.. it's in the blood bro!

220o7: berbanding kumpulan terdahulu.. yang ini persediaannya lebih teratur. yang kelakar bab pameran.. nasib baik by the time dinner nak start, diowang wat perubahan sket. yang menjadi kenangan adalah persembahan ala-ala boria cum choral speaking cum dramatari cum stomp performance yang sungguh catchy dan bersemangat. ada tarian zapin yang penari wanitanya kenit-kenit .. huhu.. tarian asmaradana yang tersendiri.. dan koir yang akhirnya menjadi jua setelah konduktornya ditukar [barangkali]. nyanyian iringan dinner juga menarik dengan iringan suara latar chipmunks yang akhirnya menguasai pentas dengan alunan vokal mantap untuk lagu kuintai cinta dalam rahsia. dan malam itu majlis makan malam terakhir di bawah pimpinan dato' di in*an.

120o8: yang terakhir, dan paling terkini. hiasan dewan sangat cantik, pameran juga sangat kemas dan rapi. opening tualang 3, mcm 120o6. ada tarian jawa, lagu yang sama mcm 120o6. multimedia guna lagu Gemuruh, mcm 22o06. tarian etnik, ada yang menarik, ada yang macam overdose.. agak ralat sebab agak mencalar kerapian keseluruhan majlis. tapi highlight, yang terbaik antara semua persembahan yang pernah kawan saksikan, adalah tarian jawanya. liuk lentuk, gemalai dan aura keyakinan sangat captivating.. i will pay to see such performance again! memang kualiti terbaik. rapi, precise, penuh art.. one of the dancers really² stunned me. penah tengok aishwarya rai menari dengan hebat dalam filem taal? hmmm.. itulah perasaan yang melanda kawan masa tengok dia menari. endingnya gabungan tarian dengan joget usik mengusik. cute. dan VVIP bergambar sama dengan para performers di atas pentas sebaik persembahan berakhir.

makin lama, it gets better and better. kawan memang seronok tengok persembahan malam kemuncak ni. sebenarnya yang lebih seronok ialah persediaannya. time tu la nak menangis.. nak mengamuk.. nak merajuk.. nak sakit hati.. tapi atas pentas maintain je..

barangkali ini adalah catatan terakhir sebelum kawan terbang ke Hashemite Kingdom esok. sampai jumpa lagi.. doakanlah kawan selamat pergi dan pulang. nervous juga nak ke sana nih. semoga Allah permudahkan segala urusan.. amiiinn

Friday, August 22, 2008

occupied

sekarang ni kawan sedang menikmati detik indah tak cukup tangan wat kerja.

terasa syok.. exponentially better than having nothing to do.

minggu depan diarahkan mengiringi bakal doktor ke Hashemite Kingdom.

kena menyambut ramadhan di sanalah nampaknya..

Wednesday, August 20, 2008

Snippets (..and sing along folks!)

  • Too much of something never do me good. Having loads of naps (er.. sleep?) put me in a sleepless nite and get sleepy the next day. Too much food makes me fat. Too much karaoke bored me (really??.. huhu). Too much work makes me kelam kelibut. Too much leisure makes me lazy. Too much comics makes me hate reading beneficial reading materials even more.

Too Much of Something is bad enough,
But something's coming over me to make me wonder,
Too Much of nothing is just as tough,
I need to know the way to feel to keep me satisfied

Too Much: SG
  • Learn, appreciate and take actions on mistakes on the past. Me, a last minute person. As much as the thrills and frills somehow worked me at my best, I always regret for doing things too late a second to its due time. Studies, especially. Got something big next week and nothing, zero, nada, yillek is in my head now. Failed once, is ok. Twice is frightening, 3rd time? Aiyoooohhh!!


Regrets, I've had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.

My Way: FS

  • Money is soooo not to be saved. It’s meant to be spent. That’s my SOP so far. What matters is how wise u spend em. It’s another thing I always have issues with.. when the calendar struck by the middle of the month. Each day towards end of the month puts me in brokeback fountain status. Not that I’m homophobic, I never like the feeling of being broke. Loser. Big time.

Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit: M.N

  • The car is not an asset. It’s a liability, and will lead you to other liabilities as well. Not to mention the ridiculous fuel price, the car alone needs treatments, repairs, and aging for wear and tear degrading condition. U rush, u got tickets. U slow, u’ll be late. U make up, maintenance will be more to look after. U neglect, pay even more.



Mobil mama, mobil papa

Kita nongkrong dipinggiran jalan

Mobil mama, mobil papa

Walau pinjam cepat dikembalikan

Mobil Mama: GF


  • Staying positive is damn hard. To my practice, I tend to become a pessimist and find out ways to turn things into views from the eyes of an optimist. I’m an original pessimist I guess. In a way, yeah, it’s good to think the worst thing that could ever happen. I’ll take all the preventive actions to make things right. I’ll try to look at the matter inside out of the box. But it makes me sick. And people will tell me to chill. And the little loser voice will tell me I’m not good enuff and incompetent if something goes wrong. What do you call that? Perfectionist wannabe? I taught myself the word syukur for things I failed, or unable to get.. and be content, and appreciate what I have around. And what do u call dat? Flawed perfectionist?

'Cuz we lost it all Nothing lasts forever

I'm sorry I can't be perfect

Now it's just too late and We can't go back

I'm sorry I can't be perfect

Perfect: SP

Tuesday, August 19, 2008

the knot - milmozibang


Alhamdulillah.. selamat sudah Milmozibang menikah sabtu lepas. sekali lafaz, dengan intonasi kontrol macho. takleh lupa perasaan terkejut lepas akad nikah selesai tetiba dia bangun dan meminggirkan tetamu.. owh rupanya dia semayang sunat.. huhu.. saspen je. ingat nak pensan ke.. atau tetiba jadi Runaway Groom ke.. hehe.. imaginasi terlampau pulak.
  • Kilko tak rapat dengan Milmozibang memula dulu. In fact, bila dia masuk dan menyemakkan bilik ofis dulu hati kilko berkira-kira penuh curiga. dan senyuman selamat datang itu separa ikhlas saje dalam paparan riak wajah kilko. huh. tapi bile fikir semula dgn kewajaran dan rasional, sebenarnya ruang itu kepunyaan dia sebelum kilko masuk menjajah. and hey, watdeheck.. dia minat menyanyi macam kilko, asal johor macam kilko, anak bongsu macam kilko.. it makes the two of them in one room. cuma tak taulah apa dia fikir pasal kilko plak kan.
  • as time goes by, persahabatan kilko dan milmo menjadi bertambah akrab biler kena perform bersama sepanjang bekerja di unit dipengaw. dari utara ke selatan, ke timur dan barat. p*l*da, ik*as, in*ura, in*im, kaykaybee, d'AssG hinggalah ke borneo juga kilko dan milmo menyanyi bersama semasa dijemput ke negeri di bawah bayu itu dengan persembahan separa akustik. kilko dan milmo juga menyanyi bersama dengan iringan instrumen tradisional Asw*ra yang mana merupakan pengalaman paling unik dalam sejarah perjalanan seni suara kilko dan milmo. breathtaking, sweet experience. hmmmmm. pertama kali rehearse kilko dan milmo terasa amat terharu sehingga terasa ingin mengalirkan air mata T_T. episod itu meningkat ke satu tahap lagi apabila milmo telah merakamkan vokalnya untuk lagu kesukaan pegawai baru petede.. lagu dipengaw. dan dalam studio yang sama, kilko juga tak mau kalah, telah merakamkan Dia / Belahan Kedua. di studio yang sama.. :p
  • kilko dan milmo memang rajin berkaraoke. lebih banyak berkaraoke berbanding pergi berjoging atau ke gym. kilko dan milmo rasa karaoke penting untuk menjaga kesihatan mental. semasa bekerja, atau berurusan dengan manusia, tak semua rasa dapat diluah dengan bebasnya. di karaoke? ye. segala rasa yang halus dapat diluah sepenuh jiwa.
  • kalau insaf dinasyidkan.
  • kalau sedih dibaladakan.
  • kalau gembira dipopkan.
  • kalau marah dirockkan.
  • gitulah kisah persahabatan kilko dan milmo. di sebalik menyusur denai minat seni suara, sebenarnya persahabatan antara kilko dan milmo sudah ibarat satu persaudaraan. bisnes partner..rakan gelak ketawa.. atau sekadar teman makan cuma. tiada apa yang berubah walaupun akhirnya kilko keluar dari unit dipengaw. tak lama kemudian milmo juga melangkah keluar sama. kilko dan milmo tidak lagi berkongsi bilik pejabat yang satu. tiada lagi maki hamun bila pesta berbalas pantun bermula. tiada lagi berebut-rebut siapa beradu di sofa empuk atau di bawah meja..
  • dan menengokkan milmo selamat menikah sabtu lepas, kilko tumpang gembira. banyak sungguh onak duri dan rintangan kisah cinta milmo dan pasangannya. penuh drama dan saspens. dan kilko sebagai seorang sahabat mendoakan yang terbaik untuk pasangan mempelai. semoga masalah dapat diakali dengan rasional dan keterbukaan, dan dikurniakan zuriat yang sihat, cerdik dan beradab. Amin.