Saturday, September 27, 2008
Friday, September 26, 2008
Thursday, September 25, 2008
Snippets: Extraordinarily Happy
- Semalam : Unit DPT berbuka puasa beramai-ramai di DapurMas. the food was OK, sirap pun sedap.. cuma agak cramp. yang penting, suasana meriah dan terasa benar semangat kekeluargaan. Rupanya bos kata it was my farewell event sekali dengan majlis iftar. huh.. terharu..
- Malam tadi: I slept like a baby last nite. Tho CSI Miami magnetized me to become a highly-committed couch potato after watching several other programmes back-to-back like lim5 - malam tadi finale (yeay bapak dia dapat kumpul semua 5 anak dia!), JLL, and few other programmes, i just walked away and dozed off with wonderful dreams like never before. Woke up fresh for sahur.. get myself ready for work, and it's my perfect hair day!
- Hari ni: Iftar dengan my ex boss yang dah naik pangkat jadi timberland di KemBeS. Dan immediate bossku yang dulu juga naik pangkat mengambik post yang ditinggalkan boss ittew. Maybe ni la kali terakhir dapat lepak beramai-ramai dengan dierang..
- Esok Subuh: my dearie sampai KL.. yeay.. journey to the south start Subuh esok.. ingat nak bawak shopping terus kat JB, berbuka ngan Mak kat pekan then hantar dia ke kota... huhu.. dan aku akan balik kampung setelah sekian lama tak balik.. Mak janji nak masak lempeng...nyum nyum!
Wednesday, September 24, 2008
Oktober dan Syawal
Menjelang oktober makin berdebar dada aku.
Mungkin itu yang buat aku takleh tidur akhir2 ni.
Mak kat kampung masih berharap keputusan itu berubah.
Dan aku sengaja tak balik kampung dalam weekend2 sepanjang September supaya Mak dan Abah tak terasa sangat ketiadaan aku Oktober nanti.
Kali ini tatkala Oktober datang menjengah, Syawal bertandang sama seiring.
Tak seperti tahun2 sebelum ni.. kalau nak raya aku pun bersungguh juga beli itu dan ini untuk keluarga. Tapi Mak dah bersuara awal-awal dia tak mau raya sangat tahun ni. Baju raya pun tak mau pakai. Langsir pun tak mau tukar. Mak mogok. Rajuk dengan aku barangkali. Aku diamkan saja. Manalah layak aku nak membantah keputusan Mak. Tapi, dalam diam-diam aku plan nak tukarkan tikar getah kat rumah mak.. dah pecah2 dan koyak sana sini. At least timbul jugaklah perasaan 'baru' tu menjelang raya..
Untuk Abah, aku ada sepasang baju melayu warna pucuk pisang muda ni.. untuk Abah pakai pagi raya nanti.
Untuk diri sendiri, aku dah siapkan sepersalinan baju melayu warna ungu siap bersampin... Kononnya sepasang dengan dearyct.. tak tahulah baju yang dia tempah dah siap ke belum..
Untuk keluarga.. tahun ni aku akan keluarkan duit belanja untuk semua hidangan raya - ayam, daging, santan, rempah, beras, daun.. dan aku nak makan puas-puas. Tahun ni aku tak bagi duit raya kat bebudak sebab aku nak kena berjimat banyak.. bukan jimat sikit2..
Untuk deary aku dah ready lama.. wangian dan pakaian untuk dilaramkan di hari raya..
Untuk para sahabat.. kemampuan aku setakat mendoakan yang baik-baik.. kalau berkesempatan aku akan singgah untuk mengurangkan stok kuih raya korang.. :p
dan yang lebih penting menghapuskan dosa dan cela di jiwa..
Semoga diampunkan silap dan salah
Mana yang jelek laku dan tingkah
Andaikan ada kata yang kasar
dan khilaf diri yang kecil dan besar
..............
10 Oktober nanti aku akan berlepas ke sana.. seperti yang telah terancang 7 bulan nan lalu. Kurang lebih adalah 2 minggu lagi nak menyiapkan semua benda..
Mana yang tak sempat aku lepak dan jumpa.. aku ucapkan terima kasih atas doa dan sokongan kawan-kawan semua.. Teringat tempohari aku gi buka puasa dengan 2 orang kawan lelaki aku yang tak puasa dengan sesuka hati diorang. Walaupun tak puasa.. makannya sama je banyak macam aku yang puasa tanpa sahur nih. "Khai tahun depan nanti kitorang datang Che**ai lawat kau", kata Tan Kay Kiang sambil disokong Tan Pang Yoong dengan anggukan tanda setuju dengan mulutnya sibuk mengunyah edamame.
Ye.. dah mula mengarut aku tulis ni.
Babai dulu. nanti sambung.