Thursday, January 29, 2009

Kawan Saya

Saya ada seorang kawan baru. Nama kawan baru saya itu ialah Imran. Muka dia seperti orang arab. Tapi dia sebenarnya orang india. Saya tak berapa kenal dia. Tapi saya mula kenal dia sebab dia sudi bermain pingpong dengan saya.

Sudah dua malam kami main pingpong bersama-sama. Walaupun Imran tak pandai main pingpong tapi dia gigih mencuba. Imran seronok belajar main ping pong. Sepanjang suku abad hidupnya tak pernah tahu apa itu pingpong."Usaha tangga kejayaan!", saya katakan kepada Imran yang asyik kalah dalam setiap pusingan. Sengaja saya biarkan Imran menang sekali. Bukan main lagi dia berwajah bangga mengalahkan gurunya. Harapan saya supaya Imran akan terus menjadi kawan sepermainan pingpong saya. Sebab itu saya bagi dia menang dengan taktik kotor saya ini. Walaupun baru menang sekali, dia telah menunjukkan ciri-ciri bongkak dan lupa diri dengan cemerlang.

Saya seronok bila saya sudah ada kawan sepingpong. Dulu, saya ada ramai kawan yang sudi menemani saya untuk macam-macam perkara. Sekarang kawan-kawan saya jauh dari saya. Walaupun ada masanya saya terasa sunyi, tapi tidaklah sampai saya jatuh sakit kerana rindu dendam yang terlampau.

Sekarang ini setiap pagi saya mesti bersarapan dengan masalah dan dosa. Dulu di Malaysia saya makan juga benda yang sama, tapi dipanggil Masala Tose. Di sini, masala dosa dimakan begitu saja dengan macam-macam pencicah sambal kelapa tu. Sedapnya masala dosa. Masih terbau minyak sapi di celah jari hantu tangan kanan saya.

Ah. tercerita pasal makanan pula. Lapar sebenarnya.

Saya ingin tujukan klip video ini kepada salah seorang sahabat baik saya, nishashburn kerana saya tahu dia mesti akan sukakanya. juga kepada kawan-kawan saya yang lain. Semoga suka. (saya peminat regine velazquez pula sekarang.)



selamat malam. eh.. dah pukul 3 pagi rupanya.. patutlah saya mengarut yang bukan-bukan.

Monday, January 26, 2009

kite runner

3 bulan. hari ni baru habis baca. I skipped my lunch and all my weekend plans sebab terlalu asyik nak menghabiskan bacaan ke helaian terakhir naskhah pertama Khaled Hosseini.

Di sebalik kesungguhan tu sebenarnya aku sengaja cari alasan supaya dok rumah dan tak keluar hari ni sebab duit lenyap 5 digit .. dan tetiba aku rasa aku benci ngan manusia setempat sebab aku dimangsakan dalam arena rampok. Keji. So, novel Kite Runner menemani hari aku dengan penuh emosi dan penghayatan yang tiada taranya.

Aku mengaku aku menangis 3 kali sepanjang aku baca Kite Runner. Tak sangka bleh tersentuh sedalam itu.

First, masa Amir menjadi bacul, membiarkan Hassan dikerjakan dek Assef si bangsat tuh. Dan bila Baba menangis terpaksa merelakan Ali dan Hassan keluar disebabkan penipuan Amir sendiri. Aku tak dapat terima macamana harga sebuah persaudaraan dan persahabatan sanggup digadaikan demi rasa bersalah sebab menjadi penakut.

Second, setelah berpuluh tahun meninggalkan bumi Afghanistan, dan Amir kembali berjumpa si tua Rahim Khan.. dan masa itu Amir discovered Hassan ditembak di kepala bila cuba mempertahankan rumah tuannya.. dengan harapan tuannya akan kembali ke sana. Mulianya Hassan begitu taat setia dan tidak berdendam walaupun dia tahu Amir pernah mengkhianati persahabatan dan kesetian dia.

terakhir, dan adegan yang menyebabkan aku sebak sangat bila Farid, pemandu yang bawak Amir mencari anak Hassan, dia menggunakan dialog yang sama seperti yang Hassan pernah ungkapkan kepada Amir-jan nya sebelum peristiwa berdarah itu berlaku..

"for you a thousand times over".

Time just freezes right after i read that line. I felt like I am Amir, with the huge guilt stinging his heart over the decades for making such life so unfair for Hassan. The lies. The burden. The regrets.

Seperti diceritakan, Amir menangis mendengarkan ungkapan itu dari mulut Farid. Entah kenapa secara otomatik aku pun menangis bersungguh2 juga.

nasib baek happy ending...

Sunday, January 25, 2009

My 100th Entry

I just lost quite a lot of money. I'm pretty sure it's not misplaced. It must've been stolen. tapi apa buleh buat. duit dah hilang. banyak pulak tuh. Inilah cabaran pertama bila nak mula menyimpan. Sabar dan redha sajalah.

I wanted to share this short story with you guys (sambil kepala memikirkan siapa yang curik duit aku tuhhh...)

Just a short one. About four friends with their pride of their kids. I just wonder, have I made my parents proud of me? Teringat dialog dalam cerita 6th Sense.. masa budak tu cakap kat mak dia dalam kereta tuh.. sedeyyyy..


So here goes the story.


Four friends, who hadn't seen each other in 30 years, reunited at a party.

After several drinks, one of the men had to use the lavatory. Those who remained, talked about their children.

The first man said, "My son is my pride and joy. He started working at a successful company at the bottom of the barrel. He studied Economics and Business Administration and soon began to climb the corporate ladder and now he's the president of the company. He became so damn rich that he gave his girlfriend a top of the line Mercedes for her birthday."

The second man said, "That's terrific! My son is also my pride and joy. He started working for a big airline, then went to flight school to become a pilot . Eventually, he became a partner in the company, where he owns the majority of its assets. He's so rich that he gave his girlfriend a brand new jet for her birthday."

The third man said: "Well, my son has been doing pretty well too! He studied in the best universities and became an engineer. Then he started his own construction company and is now a multimillionaire. He also gave away something very nice and expensive to his girlfriend for her birthday: A 30,000 square foot mansion."

The three friends congratulated each other just as the fourth returned from the gents and asked: "What are all the congratulations for?" One of the three said: "We were talking about the pride we feel for the successes of our sons! What about your kid?"

The fourth man replied: "My son is HIV positive. He's a transvestite who makes a living dancing as a stripper at a nightclub.. He's a she, my son by birth, a daughter by now. "

The three friends said: "What a shame...what a disappointment."

The fourth man replied: "No, I'm not ashamed. She's my daughter and I love her. And she's lucky, too. Her birthday just passed and the other day, she received a beautiful 30,000 square foot mansion, a brand new jet and a top of the line Mercedes from her three boyfriends..

Monday, January 19, 2009

kapalkeras menawan khairabdullah

selama ini saya memandang kapalkeras sebagai sesuatu yang kasar, kotor, lambat, miskin, sakit, sesak.. dan sebagainya.

hari ini genap hari yang ke-105 saya melayari kehidupan di kapalkeras.

menjadi tipikal, ada masanya saya berasa agak malang berada di sini. ah, saya mengaku saya tidak segagah itu menepis segala kesukaran sambil berwajah yakin sepanjang masa, lebih2 lagi bila terpaksa meluncur keciritbintang beberapa kali sehingga tubuh terasa bagai tidak bertulang.

menjadi optimis, saya menganggap semua itu sebagai satu cabaran supaya saya menjadi lebih kuat dan tabah. tipikalnya, saya mengambil masa untuk sedar makna sebuah pengorbanan dan menghargai ruang dan peluang di depan mata. maksud saya, ruang dan peluang untuk belajar dan menjadi lebih baik.

menjadi satu perkara yang asing, di luar jangkauan penaakulan fikiran saya yang tipikal dan pesimistik itu, apabila saya tak menyangka bahawa semakin lama saya di sini, saya dapat merasakan yang saya semakin kagum dengan tanah dan warga kapalkeras ini.

terdapat beberapa perkara yang saya lalui, dan karya layar putih yang saya tontoni. Ada beberapa ucapan yang saya dengari, dan bertemu beberapa insan yang wajar saya contohi.

semuanya terdetik mula apabila lelaki itu dengan selambanya mengatakan kapalkeras adalah b*ngsat. Kasar bunyinya, kan?. Saya memang tak kenan dengan lelaki itu, apatah lagi bahasa sopannya selalu keterlaluan. lantas dengan tipikalnya saya memandang serong kepada dirinya secara automatik tanpa perlu dipaksa-paksa. Dalam perspektif keserongan terhadap lelaki itu saya mula mencari alasan bahawa warga kapalkeras adalah jauh lebih bagus berbanding dirinya.

dan di situlah ianya bermula.

nilai kemanusiaan bukan pada warna kulit, bahasa, agama mahupun cara kehidupan. tapi sekuat mana menentang getir cabaran. setegar mana semangat untuk bangkit teruskan kehidupan. sebanyak mana cinta dan kasih sayang bercambah tanpa sempadan. sepintar mana memutar belit keadaan supaya segalanya menjadi kenyataan.

kekaguman saya amat tinggi sehingga sukar saya terjemahkan dalam perkataan. malah agak sukar juga menafsir..

.. kerana kekaguman itu dituruti dengan busuk, kotor, lambat, jahat, putar belit, kasar, sesak, sakit..

saya sekadar mampu mendoakan agar lelaki itu menggunakan akal dan budinya untuk melihat kehidupan. jujur dari hati, sebenarnya saya kasihan. saya juga kasihankan diri sendiri kerana seharusnya kesedaran itu perlu timbul dari otak dan benak saya, bukan melalui kemualan saya pada perangai dan sikap tidak terpuji lelaki itu.

sekian dulu. jumpa lagi!

Friday, January 16, 2009

Palacio

Dear all,

It's almost a month now since I shifted from the hotel to this apartment. I like. Feels like home. dan rasanya cukup selesa kalau setakat ada students atau tetamu sudi nak singgah..

Ok, I tak bubuh banyak2 gambar la. after all ni bukan rumah I pun, cuma rumah yang disewakan untuk i tumpang berteduh jer.

Niat di hati bila I hidangkan gambar2 nie.. harap u ol akan berselera jualah nak menjejak kaki ke Chennai yea. Barulah berseri sikit apartmen I dengan kunjungan u guys.



  • Pic 1 & 2 - Ruang Tamu. Tempat I nonton DVD hindustans.. huhu
  • Pic 3 - The Ruang Makan / hall . Luas nak mampos..
  • Pic 4 - Bilik terapi vokal. Little BlackBox. Sengaje swoh landlord cat kaler pure black on feature wall nan kosong ittew. I nak tampal poster2 artis kat sitteww. I bubuh 2 buah sofa cum bed di BlackBox supaye jika kepancitan sesudah terapi vokal boleh tido terus di sittew. Bijak kan?
  • Pic 5 - kat india rumah diorang mesti ada ruang Pooja. I convert Pooja area nih memula tempat study, pastu nampak tak seswai. So i letak barang2 hiasan sajer. Bangau 2 ekor tu diperbuat dari Gading Gajoh. Walaupon I bubuh di ruang Pooja, bukan bermaksud I menyembah bangau yer.
  • Pic 6 - Ahaa, ini I sediakan khas untuk tetamu beradu. Siap semua dah.. u datang bawak baju je.
  • Pic 7 - Terapi tekak. Little BlowBar. (maknanya blow away ur thirst). I akan furnishkan dengan barang2 nan relevan untuk membasahkan tekak nan kering. Posisinya amat strategik. Bebetul setentang dengan Little BlackBox dan berada di tengah2 semua area. Kalau ader jamuan, I akan bubuh minuman dan dessert di situ. Mungkin kena upah bartender sorang tolong tuangkan oren ker.. coke ker..
  • Pic 8 - modular kitchen. sorry yer berterabur sikit.. maknanya I guna laa tu walau sekadar masak megi, bancuh teh dan goreng cucur adabi sajer.. huhuhu
  • Pic 9 - kamar beradu I. U ol kalau datang, semua bilik kat apartmen ini adalah aksesibel kecuali kamar beradu I.. sajer swoh landlord buh lampu jiwang2 ayam supaya mudah I tidur walaupun di siang hari.. huhu.
OK u guys.. I dah open nie.. kalau mau datang shopping saree, barang2 stainless steel, mahupun lawatan formal.. singgahlah ke Palacio yea. Encik TAYO jangan kater I kekwat tak jemput lak.. huhuhu.












Posted by Picasa