sesuai dengan diri aku yang kini berjaya mengehadkan penumbuhan tambahan lelemak tepu di perut, maka wajah khairabdullah.blogspot ini juga aku facelift-kan. semangat kononnya.
yeah!
perabot Ghulam juga dah mula memenuhi palacio. arituh dapat dah daybed ngan study table, ngan giant mirrors, ngan nested-table, ni dah tambah pulak centre table ngan 2 glass display cabinet. apa kejadahnya aku amek bebanyak, maybe cabinet tu aku tolak kat nazrul nanti kot. but to tell u the truth, I was offered a very good bargain with those items. dan niat aku nak membantu sesama manusia.. kakak Ghulam tu sakit, tahu?
justified. now i feel better.
pendek cerita, yea, rumah pun dah nampak baru. Besar juga kemusnahan aliran keluar di situ.. sehingga terpaksa di-EMI-kan bayaran kepada Ghulam. aliran masuk? meja komputer jual kat khaifil. tapi disebabkan budak guard yang tolong aku angkat meja ke dalam kereta telah tercedera dengan daging ibu jari kaki kanannya tersompek sehingga menampakkan daging dan aku bayar dia sejumlah uang untuk pi jumpa doktor dan beli ubat dan membuatkan kesakitannya hilang segera dan dengan nilai duit itu, maka hasil jualan meja komputer didapati menguncup separuh. mengingatkan darahnya yang menitik-nitik tempohari, aku bersyukur tak pernah bercite-cite jadi dokter.
defisit. deng!
esok bakal kembara jumpa pelajar di Mangalore dan Manipal. ramainya yang gagal. 12 orang. tahun lepas aku dapat 15 orang. adoih. kat Mangalore lak ada 11 kegagalan, tambahan dari seketul tahun sudah. kat Mysore ada 1, dan yang sorang lagi tu macam sangat berpotensi nak gagal. kat Belgaum juga ada sebiji kegagalan. belajarlah dari kegagalan dan kesilapan ye adik-adik.. kalau dah tau lemau di mana-mana aspek, sila garingkan segera. Agak excited juga nak kembara, sebab tahun ni dah takleh nak buat sehebat tahun sudah. belanja berhemah, katanya.
tapi belanja untuk diri sendirik takde hemah langsung!.
oh ye, semalam aku gi gym.. berbual-bual ngan trainers sesudah sesi workout yang light-light. tetiber dia panggil aku chocolate boy. aku rasa pelik:
1. aku rasa kaler diorang lebih coklat dari aku. hahaha untuk diorang.
2. aku dah tak layak dipanggil boy. hahaha untuk aku.
3. aku tak paham maksud chocolate boy tu apa dia? hahaha utk aku sekali lagi.
so, aku pun go²gle.. jumpalah maksudnya dalam urban dictionary, yakni:
"is a term used to denote a male who takes impeccable care over his appearance. He will invariably be sunbed tanned and have spiky hair"
tetibe rasa ~cool. tett!
Tuesday, March 30, 2010
Tuesday, March 23, 2010
setitik motivasi untuk diri sendiri
pelbagai tekanan yang ada dalam lubuk sanubari aku ni aku pendam aje.. dan buat seolah2 mcm takde masalah. tapi semalam aku telefon sifu, yang selama ni banyak mengajar aku etika dan peel yang elok sebagai penjawat awam. i just need some thoughts, and Alhamdulillah I got what I needed.
lama berbual, sampai habis kredit telefon.
dengan perbualan itu, aku dapat simpulkan yang kesesakan jiwa dan kekurangan motivasi itu berpunca dari diri sendiri semata-mata.
I built my own limits. Tak bagus.
Perlu tenang, kerana dalam kekusutan penglihatan kita menjadi lebih terhad.
Perlu ikhlas, kerana mengharapkan balasan hanya akan menyebabkan kita kecewa.
Perlu syukur, kerana tanpa kesyukuran kita akan sentiasa membanding-banding dan semua jadi tak kena.
Perlu pantas, kerana tanpa kesegeraan, kita akan ketinggalan dan tiada apa akan dicapai.
Dan yang paling penting, sentiasalah kita memberi keputusan kepada diri sendiri, untuk sentiasa gembira. Buat apalah nak sedih2, marah2.. kan hidup lebih bermakna kalau kita gembira dengan apa yang sekadar ada?
I choose to be happy today!

Monday, March 22, 2010
'apa cer' dan India tempatan
adalah selalu aku mendapat mesej2 ringkas, yang ditulis 'ape cer?'.
teknologi sekarang memanglah dah makin menyebabkan hubungan kemanusiaan menjadi hambar, kurang berseni, malah hilang adabnya. aku tak tahu kenapa, tapi agak benci jugalah baca mesej macam tu, sebabnya aku tak tahu nak jawab apa, tak tahu nak jawab macamana.
samalah macam berbual dengan India tempatan, bila kau angkat telefon soalan dia ialah "tell me sir" dan di tengah perbualan akan banyaklah soalan jengkel seperti "what else?", berkali-kali, sampai aku akan terus letak telefon bila dapat rangkai kata tu. Nanti India tempatan itu akan telefon semula, marah, 'why you hang the phone?' dan aku akan jawab 'i have nothing else to say'. haha.
Berbalik kepada soklan 'apa cer?' tadi, camana ye nak jawab? nak kata 'fine, everything goes well..', tak bunyi macam cerita, kan? atau 'cerita biasa je.. macam cerita Tamil'.. rasa macam bodo plak jawab mcm tu.
disebabkan aku selalu sangat dapat soklan ni daripada org yang sama, maka aku selalu buat deerrrrk je dgn soklan 'apa cer' itu. Kamon laa.. aku ada FB, aku ada blog.. mcm2 cerita ada kat situ. Dan balik-balik, soalannya adalah 'apa cer'. Bosan. Macam sama je ngan India tempatan kat sini.
Walaupun aku dah tinggal kat sini selama 1 tahun 5 bulan dan 12 hari, tapi aku masih sukar terima perangai orang² kat sini. Antaranya:

- Suka menjawab - "No sir, I have check... " bla bla bla.. huh, rasa nak melempang je kalau aku dapat jawapan dengan perkataan pertamanya adalah 'NO'. I don't take 'no' for an answer.
- Suka berjanji, dengan keyakinan tinggi - "No problem sir, this is the very best, cheap and best. 1 year warranty no problemm"
- Suka berjalan kat tengah jalan. Kalau dulu aku hon juga dengan penuh kesopanan, skang ni aku langgar je. Apa kau keballllll?
- Suka park kereta dan menyusahkan orang lain - ikut sedappp je, nak nak parking kat parking slot aku.
- Suka melintas jalan tanpa tergesa-gesa - dengan penuh santai dan lemah gemalai kau berjalan, sambil bagi isyarat tangan seolah-olah "talk to the hand".. apa kau keballllllllllllllllllllllllllllll??? - yang ni memang takbleblaa
- suka memotong di sebelah kiri di saat kita nak belok kiri dan dah bagi signal awal-awal. nak-nak motor dan autorickshaw. bunguk sungguhhhhh!!!!!!!!!! apa kau kebaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaallllllllllllllllll???
Tuesday, March 16, 2010
its big
Thursday, March 11, 2010
tiga dekad
syukur
kepada
Tuhan,
peluang
untuk
aku
hidup
hampir
genap
3
dekad
usia.
semoga
terus
dikurniakan
berkat
dalam
rezeki
dan
disedarkan
diri
selalu
sebagai
hamba
Allah
di muka
bumi.
Amin.
kepada
Tuhan,
peluang
untuk
aku
hidup
hampir
genap
3
dekad
usia.
semoga
terus
dikurniakan
berkat
dalam
rezeki
dan
disedarkan
diri
selalu
sebagai
hamba
Allah
di muka
bumi.
Amin.