Tuesday, May 25, 2010

balik kampung


makin dekat harinya nak balik Malaysia. Ni kali keempat aku menjejak semula ke tanah air tercinta, dan barangkali sebab kerap semacam itu, aku tak berapa jakun nak balik. macam dah ready sangat je.  huhu.

ekceli ada banyak perkara nak diselesaikan kali ini. selain tarikh 6 Jun untuk menghantar dulang-demulang dan menyarung-cincin-mengikat-janji-setia, aku perlu hadir berkursus juga. oh, bukan kursus yang itu. ni kursus yang aku tertinggal tahun sudah yang mengundang dengan rasa kecewa tertinggal satu perjalanan komuter. syukurlah, masih dibukakan peluang untuk turut serta.

aku telepon mak tempohari. katanya abah dah tak dapat mengawal motions penyahtinjaan chota dan bada nya lagi. kesian pada mak, kadang termuntah2 membersihkan kesan-kesan peninggalan. belum biasa. kesian mak. aku rasa nak kena bawa abah buat 'Ultra Sound scan, tgk post-void residue pada prostate' - seperti kata Dr. Chandrasekhar Chandilya dari Apollo Hospital. Untuk kawalan air kecil, aku kena dapatkan Urimax  0.4mg. hmm.

yang rasa tak seronok tu sebab aku terpaksa tinggalkan pejabat dalam tempoh yang panjang. tapi bila kenangkan asyiklah takde letrik, network kerap sangat down, laporan yang dah dibuat kena taip balik, emel yang hantar tersangkut kat draft. tensi.. tensi.

aku rasa nak buat road triplah. pusing satu semenanjung. siapa nak ikot?

Tuesday, May 11, 2010

award lagi?


thanx Chech - ada ayat yang mengatakan "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa".. maka u pun telah diberikan award juga. sila baca previous entry

award ni ditujukan khas buat 12 orang penerima, yang bila aku baca blog mereka, membuatkan hati saya ceria - menari-nari bagai bunga kembang setangkai ditiup angin yang nyaman. It's not in any particular order tho, so janganlah berebut korang dapat nombor berapa.
lagi 4 aku tak mau bagi.. sebab diorang dah laama tak update blog.

So, untuk yang dah dapat anugerah, silalah publish gambar anugerah itu dalam blog korang, dan seperti biasa berterima kasih kat saya sebab memberi anugerah, kemudiannya memberi anugerah itu kepada yang lain.. nak bagi kat saya semula pun boleh. huhu.

Bye

Monday, May 10, 2010

and the award goes to....


...me!

yeay!

me - as in myself 'khairabdullah the blog'?
hello! :)
lama tak hello korang yang suka skodeng diri ai.
sebab my typist selalu overshadow, i terpaksalah bagi peluang.

owh. I terharu ni.. I dapat anugerah ok!!

eh..

ni bukan untuk i ni..

ni utk typist i..

sentap!

~


aha! (^_^)

1. thank and link the person that give you the award.
Psenk - how to pronounce dat? macam PERSENGKETAAN - amek 'perseng' tu pendekkan jadi psenk.
thanx la.. saya tataw lak saya 'beautiful', sampai layak dapat anugerah.

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
jap.. award ni utk blogger yang cantik kan? so org pompuan ajelah yang buleh dapat ni?
takyahlah sampai 15 kot.. nak bagi anugerah kena ikhlas dan tulus kan??

1. semestinya my Sarah : for having the beautiful patience for me all these years
2. Adninosaurus - for always having beautiful entries, presented in words.
3. Pengkisahan tentang dirinya: FendiOsman - for revealing the good, the bad, and ugly; beautifully.
4. daDIDIdu - short, sweet, and beautiful. your blog, i mean.
5. altitontuya - cakes, escapades, weddings, shoes - in 'beautiful' photos.
6. Mama Khalish - beautiful life, shared.
7. K~Lynn - beautiful listings, everytime.

dan sesiapa sahaja yang berasakan dirinya beautiful sebagai seorang blogger - semua adalah pemenang.

3. contact said blog and tell them they've won the award.
will do - janji India.

4. state 7 thing of yourself.
1. i know i'm very good at doing nothing
2. refer answer no. 1
3. other than doing no 1 (and 2), some people say i'm shopaholic. No I'm not.. naahh..
4. i love traveling. but only with fun people.
5. i love to eat, like my brothers.. but dun wanna be fat, like my brothers.
6. i hate running on treadmills. or exercise for cardio and abs. i'm so gonna be fat.
7. i get bored easily. I do things for the thrills of discovering, and after that will be bored.




Sunday, May 09, 2010

lagu di kotak fikiran

aku minat muzik, tapi keghairahan aku mendengar lagu sangat berkurangan sesudah telinga aku penuh dengan bunyi hon di sekitar india.

sejak bila aku suka muzik? tak ingat.. tapi aku masih ingat perasaan euphoric dan puas lepas dengar lagu masa zaman aku kanak-kanak. lagu apa ye? tak ingat, tapi itulah, rasa macam 'terbang'.

antaranya, aku rasa masa aku tertonton Siti Nurhaliza masa dia perform Final Bintang HMI - yang telah mengubah hidupnya selepas kemenangan tu.

tercopong aku masa tengok dia nyanyi.

dan sedekad lalu bila aku mula berjinak2 menyanyi, aku makin faham, secara praktisnya, bukan mudah menyanyi.

di hari minggu yang tenang ni, aku halwakan telinga dengan mengyoutubekan diri, mencari semula rasa 'terbang' yang siti bangkitkan dulu.

tiada. nada, yillek.

tapi adalah satu klip ni yang aku rasa aku suka tonton, dan berharap dia tak transform jadi Mariah Carey yang suka nyanyi lagu pop upbeat yang takde jiwa, dan hilang peminat selepas itu, dan bercerai, menjadi gemuk, depress, kemudian kahwin dengan lelaki muda.

terlebih imaginasi di situ.

kalaulah dia masih akan menyanyi seperti ini..



untuk ezri - post bergambar

 ni gambar isi perut Gateway of India, dipancar mentari petang


punyala ramai manusia.. bau pun memacam juga. huhu

 kehadiran british digalakkan dan amat dialu-alukan?

itulah bot-bot yang akan membawa penumpang ke Elephanta - tapi aku tak naik sebab rimas.
 Gateway of India dari jauh, masa aku berjalan2 sambil berpeluh2 dengan hebatnya

 antara bebangunan yang menarik kat Mumbai. 

 art museum - tak rasa nak masuk juga.. hehe

 opis imigresen kat Mumbai

 tempat tumpang tidur- apartmen Azam

 ni kalau aku tak silap stesen keretapi dia - CST

 bangunan lama-lama kat mumbai.. banyak mcm ni

azam dan anak-anak dia - ayip dan ami

 orang mumbai mandi air laut - air masin?
 ni rumah shah rukh khan. tapi dia takde kat umah. jejalan kot

 
ni udang yang dikeringkan.. perisa mungkin ada sikit lain sebab aku nampak burung tu mentinja