Showing posts with label minyak mahal. Show all posts
Showing posts with label minyak mahal. Show all posts

Sunday, June 08, 2008

Superstar

Assalamualaikum WBT,

minggu lepas, sehingga ke penghujungnya kawan banyak kali ke alamanda. paling kawan seronok pegi alamanda bila kawan berjaya mengekang nafsu dan kehendak diri yang mengganas untuk swipe kad kredit membeli itu dan ini, dan menahan kaki dari menjejak kedai dan gerai yang jelas mempamerkan kehebatan potongan harga, terutama sekali beg (luggage) di HOL. yelah, kawan kan nak membelah lautan menjejak awan nanti, barangnya sebeban tapi beg kawan ada 1 saje.
cerita pasal alamanda ni, kawan lebih seronok lagi bila defisit tidak berlaku pada poket kawan. contohnya tempohari, angah insist nak menjejak ke kaunter bayaran dengan begitu yakin dan macho-nya. uh, takkanlah aku nak musnahkan limelight kemacho-an dia dalam moment itu. dan langsung dapat panggilan sejurus selesai sesi santapan percuma itu, boling pulak. ada pulak konsep entertain klien, tak pasal-pasal aku terlibat menghabiskan duit syarikat itu. maka berguling²lah bebola berat itu menghentam pin-pin yang tegak berdiri menerima hentakan hebat. ada juga beberapa kali aku nampak pin tu pakat² tahan gelak bila bola yang diguling mencuci longkang semata-mata. malu kawan.
encik TAOY ada mengajak melalak di alamanda, dan pelawaan itu kawan terima dengan gembiranya. hmm, dapat juga sejam setengah berpadu vokal dengan encik TAOY, pilihan lagunya mendera vokal sampaikan kami menjadi jejaka bersuara husky sekarang. haha. encik TAOY, nanti turn kawan pula mengajak. tunggu jelah kawan pelawa nanti yea.

..dan sesudah sesi dera vokal tu, sempat lagi kawan meluangkan masa ke panggung yang dah berbulan² dibuka tapi baru sekarang kawan berkunjung. kawan tonton kungfu panda. aduhai.. hebatnya muvi ni. kekuatan animasi kung fu panda ialah details on the facial expression. it was done miraculously well. superhebat. superkelakar. superchomel. heh.

kiranya lawatan kawan ke alamanda amat berbaloi. kalau diikutkan aktiviti dengan perbandingan relatif perbelanjaan yang kawan keluarkan, kawan dah boleh katakan hasrat kawan untuk berjimat itu menghampiri jaya. barangkali kebetulan cuma, tapi apa yang kawan nak sampaikan ialah.. jangan kerana nak sangat berjimat kita lupa tanggungjawab pada diri dan keluarga tercinta. betul, harga barang akan meningkat mencanak-canak lepas ni. kita mesti berjimat dengan kadar yang lebih hebat (kawan dah mula gosok baju sendiri.. sebelum ni hantar ke laundry khairy kat pangsapuri enggang.)

sampai jumpa lagi. kawan lapar.

p.s: aku dah bancuh air sendiri. aku smoke rokok percuma (ada orang souvenir dari langkawi). aku gi keja naik skuter. aku jaga makan. aku dah tak gi makan fasfud