Sunday, June 08, 2008

Superstar

Assalamualaikum WBT,

minggu lepas, sehingga ke penghujungnya kawan banyak kali ke alamanda. paling kawan seronok pegi alamanda bila kawan berjaya mengekang nafsu dan kehendak diri yang mengganas untuk swipe kad kredit membeli itu dan ini, dan menahan kaki dari menjejak kedai dan gerai yang jelas mempamerkan kehebatan potongan harga, terutama sekali beg (luggage) di HOL. yelah, kawan kan nak membelah lautan menjejak awan nanti, barangnya sebeban tapi beg kawan ada 1 saje.
cerita pasal alamanda ni, kawan lebih seronok lagi bila defisit tidak berlaku pada poket kawan. contohnya tempohari, angah insist nak menjejak ke kaunter bayaran dengan begitu yakin dan macho-nya. uh, takkanlah aku nak musnahkan limelight kemacho-an dia dalam moment itu. dan langsung dapat panggilan sejurus selesai sesi santapan percuma itu, boling pulak. ada pulak konsep entertain klien, tak pasal-pasal aku terlibat menghabiskan duit syarikat itu. maka berguling²lah bebola berat itu menghentam pin-pin yang tegak berdiri menerima hentakan hebat. ada juga beberapa kali aku nampak pin tu pakat² tahan gelak bila bola yang diguling mencuci longkang semata-mata. malu kawan.
encik TAOY ada mengajak melalak di alamanda, dan pelawaan itu kawan terima dengan gembiranya. hmm, dapat juga sejam setengah berpadu vokal dengan encik TAOY, pilihan lagunya mendera vokal sampaikan kami menjadi jejaka bersuara husky sekarang. haha. encik TAOY, nanti turn kawan pula mengajak. tunggu jelah kawan pelawa nanti yea.

..dan sesudah sesi dera vokal tu, sempat lagi kawan meluangkan masa ke panggung yang dah berbulan² dibuka tapi baru sekarang kawan berkunjung. kawan tonton kungfu panda. aduhai.. hebatnya muvi ni. kekuatan animasi kung fu panda ialah details on the facial expression. it was done miraculously well. superhebat. superkelakar. superchomel. heh.

kiranya lawatan kawan ke alamanda amat berbaloi. kalau diikutkan aktiviti dengan perbandingan relatif perbelanjaan yang kawan keluarkan, kawan dah boleh katakan hasrat kawan untuk berjimat itu menghampiri jaya. barangkali kebetulan cuma, tapi apa yang kawan nak sampaikan ialah.. jangan kerana nak sangat berjimat kita lupa tanggungjawab pada diri dan keluarga tercinta. betul, harga barang akan meningkat mencanak-canak lepas ni. kita mesti berjimat dengan kadar yang lebih hebat (kawan dah mula gosok baju sendiri.. sebelum ni hantar ke laundry khairy kat pangsapuri enggang.)

sampai jumpa lagi. kawan lapar.

p.s: aku dah bancuh air sendiri. aku smoke rokok percuma (ada orang souvenir dari langkawi). aku gi keja naik skuter. aku jaga makan. aku dah tak gi makan fasfud

Friday, June 06, 2008

aku.muzik.kamu

salam.

dah lama membebel kan. tapi tak pernah berkenalan. well, nama i khairabdullah. i adalah sebuah blog. i ada seorang jurutaip. i panggil dia khai aje. selain typist, dia jugalah sahabat i yang paling karib, selain you all la, of coz. dia juga claim i adalah sahabat paling karibnya sekarang.. terutama akhir-akhir ni.

dia akan ke india dalam sikit masa lagi. dalam banyak-banyak perkara yang dia bimbang dan akan dirindui bila dia bertugas kat sana nanti.. dia paling bersyukur sebab dia takkan kehilangan i. terharu i bila dia cakap mcm tu. hikhikhik. *blush!!*

semalam dia bagitau i dia nak berjimat. i sokong. memang patut pun. perut dia dah besar okkay, nanti kalau makin gemok kena pulak dia beli seluar baru. duit lagi. katanya i beruntung.. kenaikan harga minyak dunia, dan yang penting harga jualan domestik tak efek pada i. tapi kepada dia, agak hebat juga penangannya.

banyak juga perkara kami bincangkan semalam. oh, dia juga cakap, dalam pada keadaan kewangan dia yang brokeback fountain sekarang ni, sempat lagi dia swipe kad kredit di carrefour semalam, beli CD baru. Faizal Tahir: "aku.Muzik.kamu". i kekadang lepak ngan murai.com dengan kekawan dia, ada masa dey oll tu ngompat si Faizal Tahir ni kaw-kaw juga. Tapi typist i tu bagitau, "aku perlukan muzik yang enak dan segar. dah penat dengar Judika..". tapi dia tak bagitau pulak best ke tak album FT itew. Dia layan Judika: One dari hujung tahun lepas lagi. nasib baik i sebuah blog. kalau i adalah cd Judika itew, memang i dah konfem barai sekarang ni.

"aku.Muzik.kamu" menang album terbaik AIM tempohari. kalah album Hadiah Daripada Hati dan album filler yang lelain. ala, kalau dia lawan Transkripsi mungkin dia menang tipis. mungkin juga kalah terus. Transkripsi [minus the stupid snippets of dialog] adalah satu naskhah muzik yang bagus. eh, kenapa i tak tulis pasal "aku.Muzik.kamu"? ye, sebab typist i tak bagi i dengar bebetul lagi. kalau setakat lagu² fofuler dia tu, boleh tahan. FT nyanyi dengan mencipta elemen dramatik. tapi stereotype. dia mesti nak nyanyi high notes, dan keras-keraskan suara dia. dia takde stand dalam permainan vokal.. mcm rocker wannabe. beza dengan Jude, yang menampakkan keupayaan rocker sebenar yang memanipulasi vokalnya dengan teknik pop dan RnB dengan penuh brilliant. bukan rocker kapak. i so lurph that album.

eh, typist i ada keja sket. nantila kita sembang lagi.

Thursday, June 05, 2008

ber[U]bah

salam.

hmm.. sengaja tajuk umum untuk entri kali ni. dan cara tajuk itu dipaparkan, semata-mata nak bagitau "I can't spell BER*BAH without 'U'".. hehe.

I was eagerly jumping from one blog to another to read entries about the hiking price of fuel we are facing now. Topik hangat. Encik MHH ada menulis. Entrinya ada di sini.


tengok tu.. banyaknye kereta semalam yang berpusu2an nak isi minyak penuh dengan harga lama. almost everywhere. (gambar ehsan bharian.com.my)

ini adalah satu lagi perubahan. kenaikan harga minyak. harganya berubah (lebih tinggi, dan akan terus meningkat, obviously).. begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan dalam sekejap waktu nanti.

jadi, gaya hidup kita juga akan berubah barangkali. korelasinya wujud, dan kebarangkaliannya tinggi. tak perlu pergi jauh, aku sendiri akan berubah banyak perkara.

oleh yang demikian aku perlu berjimat.. mesti!!

berjimat banyak perkara. maka inilah janji aku terhadap diri sendiri, sebagai warga bujang, yang cuba memelihara keadaan ekonomi dan kewangan peribadi supaya menjadi selesa untuk perbelanjaan pada masa yang mendatang.

Untuk itu, saya akan:

  1. masak air sendiri. di rumah aku selalu minum jus yang aku beli dalam kotak. sekarang, tiada lagi jus, aku akan minum air yang aku masak sendiri. bancuhlah, jadi teh atau kopi... atau oligo koko;

  2. kurangkan kemewahan dalam pemakanan. donuts, sushi, western food, kepak ayam, makanan segera. lagipun aku tengah menggemuk dengan jayanya. elok sangatlah berhenti makan banyak ni. tak mau gi Hartamas Square. Atau Toni Roma's;

  3. kurangkan bersuka ria. wayang, karaoke, jalan² window shopping (which will end up buying quite some things.. window je yang aku tak beli). destinasi yang paling tidak wajar untuk dikunjungi selepas ini ialah pusat membeli belah;

  4. tiada pembelian impulsif - misalnya membeli perfume, pakaian dan sebagainya secaratiba-tiba;
  5. Berhenti merokok secepat mungkin;
  6. balik kampung naik bas selepas ini;
  7. lebih menggunakan pengangkutan awam;
  8. abaikan pojok berjudul "SALES", "MEGA SALE", dan sebagainya dalam majalah dan akhbar; dan
  9. mengamalkan wasadtiah dalam kehidupan.

sebab tu aku rasa, nak berubah ni kena mintak pengaruh kawan² untuk sama² bantu aku berubah..

"I can't spell BER*BAH without 'U'".. hehe.

Monday, June 02, 2008

Touch And Go?

Salam.
aku tak tau apa itu tag, aku sangka singkatan untuk Touch and Go dan aku terasa seronok, teruja.. nak mencuba dengan penuh sukacita. ceh, rupanya lain. ingatkan permainan yang seronok. main² jawab soalan dan pass kat orang lain. gatal sangat nak kena tag rupanya faruq dah lama tag aku, dan nisha juga mengkabulkan permintaan aku untuk turut sama main tag. Menyesal pulak mintak tag, kan dah kena jawab. deng.

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. A laptop
2. Akses internet ke ceruk mana saja aku pergi - maknanya Celcom nye 3G connection
3. Dapat hadiah fully-furnished house
4. Dapat pembantu rumah percuma sepanjang hayat
5. A cheque, to my savings account, RM500K. no less. more OK
LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:
1. A laptop - sebab aku takde laptop. aku grad sains komputer, tapi takde komputer sendiri. ironik. dulu aku ada la desktop sebiji.. pastu aku jual kat kakak. skang aku bersungguh nak laptop sendiri.. disebabkan aku tau takde siapa nak hadiahkan kat aku, maka aku pun buat pinjaman pembiayaan komputer untuk diri sendiri. Have been eyeing on this one for long.. seminggu dua lagi dapatlah ni.. HP Pavillion tx2000z series. HOT!

2. A cheque, to my savings account, RM500K. no less. more is OK. - alasan? hmm aku nak setel semua hutang piutang dan beli barang apa yang aku nak. kenapa tak mintak lebih banyak? tak maulah, nanti aku jadi bongkak. Pastu nanti korang mintak.. aku jadi pening camana nak bahagikan harta kekayaan..
3. Dapat hadiah fully-furnished house - aku tak kesah umah camana, i'm just sick and tired of renting dan menumpang kat rumah orang.
4. Dapat pembantu rumah percuma sepanjang hayat - lain.. bukan kategori bini.. kalau bini takleh nak marah dan suruh dia buat itu ini sesedap rasa. kesian laa bini kalau wat cenggitu kat die kan..
5. Akses internet ke ceruk mana saja aku pergi - aku rasa cambest je dapat akses anywhere 24-7..

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS:
faruqy & nishashburn
5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:
Faruqy: owh, faruq ni seawal umur aku belajar kat uni dulu aku dah kenal [muka je] dia sebab dia senior aku walaupun usia kalender aku lebih tua. tak penah tegur sapa pun, sebab aku seorang yang pendiam dan pemalu dan tak kacau idup orang lain. lagipun dia kenal kosmet aku, arryazua yang hot tuh. then, jadi sahabat masa join servis.
Impresi aku terhadap Faruq ialah:
1. sahabat yang amat baik. dia caring. sebagai seorang jejaka, tahap caring itu boleh aku katakan impressive. aku bangga jadi kawan dia.
2. naif. memula aku jangka itu naif yang plastic tapi rupanya dia memang gitu.ada masa naif itu meningkat ke tahap maksima sampai dia jadi pusat tadahan lawak jenaka dan gurauan orang lain. barangkali hatinya begitu jernih, atau jalan hidupnye lurus sangat.. atau dia memang plain naif. maka faruq, if u ever read this, watak hidup kau adalah begitu, jangan buat-buat nak jadi watak antagonis.
3. mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi. you can count on him.
4. berpengetahuan, dan english command dia juga sangat bagus.
5. bermasalah ingat jalan. selalu sesat. macam aku juga. masalah geo-navigasi yang agak kritikal. macam aku juga. hehe.
nishaashburn: kukenali ciknisha masa berkursus, dan start dari situ kami banyak bekerja bersama. pastu seopis pulak. lagilah kenal. lagilah rapat. pastu aku jadi orang ketiga :o dalam percutian ke Pulau Kapas ngan ellandegeneres.. so, makinlah aku kenali dirinya. nisha adalah orang yang beriya menyuruh aku menulis blog.
impresi aku terhadap nisha ialah:
1. ceria. tapi hati di dalam tiada siapa yang tahu. kene la ngan air muka dia yang ceria, cuma kalau time dia bengang dan garang, dah jadi macam makcik² dah. huhu. nisha ni kalau dia suka something dia akan cuba dapatkan.. kalau dia pangkah tak suka.. pangkah terusssssssssssssss..
2. sweet tooth - sangat teruja dengan manisan. gula kapas la, jajan kedai runcit Seng Poh.. laddu je dia tak berapa nak fancy.
3. rajin - busy bee. sangat dedicated dengan kerjanya, dan sentiasa bersedia membantu jika diminta. tu yang aku suka seopis ngan dia dulu. pastu dia akan wat to-do list yang aku sangat kagumi.
4. by 10 rules. owh, itu adalah waktu tidurnya. lewat daripada tu, jangan harapkan sangat komitmen bekerja, bersuka ria atau berbual.. dia otomatik ngantuk.
5. enviromentalist. dia amat murka bila orang tak pandai recycle.
MOST MEMORABLE THING HE/SHE HAS DONE FOR YOU:
faruqy: pada hari terakhir kursus bersama, dia bagi aku kad dan aku sangat tersentuh. thanx bro.
nisha: ahhh.. banyak sangat. tapi paling best keja sesama ngan dia. kat sg petani, kat perak tengah, kat terengganu. had a great time being ur colleague
MOST LOVED INVENTION
money and currency. bayangkan kalau betul sampai skang kena pakai sistem barter, besar mana agaknya kad kredit?

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST
nyamuk.
and idiotic but educated people

6 PEOPLE YOU WANNA TAG
i will pass this one.

p.s: aku dah tukar layout. rasa lebih lapang. kan?

Bloggas Favoritas

my everdearests,

aku memang banyak masa senggang sekarang. sewajarnya aku menelaah nota PTK yang dah 2 kali aku duduki masih gagal dengan jayanya itu, atau buat kerja renyah yang boleh aku selesaikan di sini, di tanah air tercinta, sebelum bergalas rindu di negeri orang nanti. Ye, Fail Meja dan MPK itu kan renyah kerjanya. di negeri orang itu, yang asal-usul sebilangan manusia berkongsi rezeki dan nikmat sama-sama kat sini, tapi masih tak pandai bersyukur dan menuntut yang bukan-bukan. Negara yang itulah. Huh. Tak boleh nak cakap banyak, nanti aku mencari rezeki di sana juga.

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik makan ubi rebus sambil minum kopi 'O' bila hari hujan di negeri sendiri"
(ok, aku tau tak lawak pun, tu peribahasa abang long aku waktu aku dijadikan bahan dan pusat tadahan kutukan kat kampung tempohari pasal dah berkulat tunggu nak fly ke Negara Itu..)

Oh, niat aku menulis kali ni sebab aku nak mintak izin pada tuan tanah sekalian, yang aku ingin sekali memautkan (kata akar 'paut', bukan 'maut' ye) laman-laman blog tuan tanah sekalian di laman aku ni. misalnya:

Miss Shakira @ adzshakira : this aint ads
En Tengku @ Bellan
En Syamabella @ Mr Sixty: Medcham C Ais
Cik Chah Seribu Tahun @ cikchah writing
Pn K-Lynn @ khye square
Cik Paris @ aimi parisakura
Pn Chech @ being chech - the one who taught me to Enjoy The Now!
En Datuk D @ menjadi dian
En Paghok @ faruqy: somewhere only he knows
Cik Nishashburn @ nisha burning ashes
En Ultra @ curse of the dead
En TAOY @ pengkisahan fendiosman
En MHH @ haruman Jasmine di Cairo
Pn Hal @ missezrra's Life in Chapters
Cik Titiana @ swit@kon sanctuary

tuan/puan adalah golongan manusia berjari lantang, tinta berdarah dan gasang berbahasa yang telah saya pilley untuk saya adakan dalam laman saya. Dan sebagai jejaka berperi santun, saya pohon keizinan tuan/puan jua untuk memautkan laman seni tuan puan di sini. untuk yang tidak tersenarai, usah gusar.. akan tersenarai jua sedikit masa lagi.

Eh, mana order perfume??